tag:blogger.com,1999:blog-65261898831629884922024-02-08T10:47:58.012+08:00pena.kata.grafiksudut tulisan dimana kata-kata itu menjadi perantara.patah kata untuk dikongsikan.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.comBlogger114125tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-40717904755790814142011-06-05T08:55:00.000+08:002011-06-05T08:55:13.230+08:00Kita akan senyum bila kita tahu apa yang kita mahukan itu sudah berada dalam genggaman.Melewati kembali memori pemikiran lalu, atas setiap apa yang berlaku pasti akan menyedarkan kita tentang banyak perkara. Ada yang gembira, ada yang derita, ada yang kecewa dan ada juga yang menitiskan air mata. Perkara yang sudah lepas itu tidak akan boleh diubah, kerana ia sudah menjadi sejarah. Mungkin sesuatu yang boleh dimegah, atau sesuatu yang mempunyai bisa berdarah. Kelakuan kita pada masa lampau mengubah banyak persepsi dikalangan mata yang memerhati.
Bukan mudah untuk kita perjelas tingkah laku kita.Keputusan yang dibuat mungkin tidak akan menyenangkan semua pihak.Risikonya tinggi bila kekeliruan merantai diri. Emosi mati dan tidak akan peduli.Rasional akan hilang, jiwa tunggang langgang.
Aku juga mengaku aku bukan manusia sebaik mana.Aku juga punya bahagian jahat dan tidak sempurna. Tidak sempurna yang agak ketara sekali sekala. Banyak kesilapan yang telah aku buat. Aku tidak tahu bagaimana aku mahu memperbetulkan keadaan. Tapi aku tahu bagaimana untuk aku terus cuba untuk terus meneruskan kehidupan.
Setiap yang berlaku itu ketentuan Tuhan. Untuk aku, 3 bulan yang lalu banyak mengubah aku dari pelbagai segi. Minda aku makin matang bila berhadapan dengan keadaan yang boleh dikatakan malang.Tuhan menunjukkan jalan, dan aku perlu berusaha untuk maju kedepan. Boleh jadi setiap sejarah lalu, tindakan dan tertuturan yang "mengganggu" golongan tertentu akan membuatkan kita menjadi bahan bualan,kita boleh dikeji dan dibenci oleh manusia lain. Itu adalah lumrah dunia dimana manusia akan mempunyai persepektif sebegitu.
Menyesal tentang perkara lalu mungkin boleh.Tapi mengubahnya tidak akan pernah boleh berlaku.Apa yang perlu, pandang ke hadapan. Bersihkan diri daripada hasad dan pelbagai kekotoran. Golongan yang membenci mungkin tidak dapat memaafkan atas kesilapan.Biarkan sahaja.Berdiam,fikir dan teruskan usaha memperbaiki keadaan.Menjadi lumrah hidup, kita mungkin boleh jadi begitu.
Cuma sekarang ia telah berubah. Manusia perlukan kemajuan dari segi rohani dan jasmani.Kematangan fikiran dalam menyelesaikan permasalahan. Untuk hidup gembira kita perlukan minda yang menjana kegembiraan. Ada hari kita boleh jadi bahan keji dan bualan orang ramai, ada hari lain kita mungkin disanjung tinggi. Tuhan yang menentukan keadaan, manusia pula perlu berusaha untuk memaksimakan kesempurnaan.Segala cakap-cakap yang meruntuhkan semangat dan mematikan emosi itu adalah ujian. Lepasi ujian dan kita memperlengkapkan diri dengan sikap terpuji.
Kita adalah apa yang kita fikirkan.Jangan ego,jangan bongkak. Apa yang perlu itu satu tindakan minda rasional untuk berfikir.Ia akan mengubah diri kita dari segi rohani dan jasmani.Kita perlu sedar mana yang baik dan tidak.Kita akan senyum bila kita tahu apa yang kita mahukan itu sudah berada dalam genggaman.
nota kaki : mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan lalu. Sekarang hanya mahu jadi yang lebih baik.Lebih baik daripada keadaan yang sebelumnya. Semoga Tuhan akan merahmati kita semua.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-40609981989402726242011-05-02T19:29:00.000+08:002011-05-02T19:29:04.360+08:00mengaku tewas.Memang senang untuk kau tuduh,
Kau tuding jari,
Semua yang kau mahu,
Tidak kau dapat,
Ego kau tidak mahu menerima hakikat,
Yang kententuan Tuhan itu bukan seperti mana,
Yang kau sangka dan kau jangka.
Kau naik berang,
Kau lontar kata-kata tidak puas hati,
Nafsu amarah kau itu menguasai,
Kau salahkan dia,kau salahkan mereka,
Kau kata dunia itu kejam!
Kerana kau tidak dapat apa kau mahu.
Sudah jelas,
Manusia itu akan buat silap,
Terpulang pada pemikiran kau yang menentukan,
Jika kau terus dengan egois marah,
tidak mahu menerima keadaan dan situasi,
Engkau yang mencipta masalah sebenarnya,
Bila apa yang kita mahu itu tak diperolehi,
Bila kata-kata orang itu menyakitkan hati,
Bila pandangan mata orang itu mula memerhati,
Tanyalah diri sendiri,
Adakah nafsu amarah itu membelenggu perasaan?
Adalah lebih mulia dengan tindakan,
Mengaku tewas dengan kententuan.
Senyum,lapangkan fikiran.
Itu tanda kemenangan.
Kemenangan dalam pembikinan,
Yang pasti diperoleh di masa depan.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-29542635108382098002011-04-27T17:48:00.000+08:002011-04-27T17:48:34.887+08:00Menunggu.Aku rasa ramai akan setuju dengan aku. Menunggu itu memenatkan. Kita jadi tak tentu arah kerana menunggu. Hati tak tenang.Pemikiran kacau bilau.
Penat sehingga kita sendiri jadi tak betul.Kita tengok jam,kita tengok telefon bimbit kalau-kalau ada mesej masuk.Itu contoh-contoh orang menunggu.
Aku memang tak suka menunggu sesuatu yang sangat-sangat aku harapkan.
Kalau boleh biar keputusan,jawapan dan kesan itu terus jadi.Lagi mudah bukan?
Nota kaki: Teringat zaman-zaman aku menunggu bas untuk pulang ke rumah.Menunggu bas hampir dekat 2 jam setiap hari benar-benar memenatkan dan menguji kesabaran.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-72675518060212000552011-04-26T00:45:00.000+08:002011-04-26T00:45:45.657+08:00rezeki dan usaha.Sekarang ini aku banyak melihat dan memerhati keadaan yang sangat berbeza. Ketika ini banyak persoalan-persoalan yang sering bermain dalam pemikiran aku. Seperti mendongak ke langit memerhati awan, tunduk kebawah dan terus berjalan.Ya, aku mencari penjelasan atas semua sebab yang berlaku. Memang kedengaran seperti sangat ego bukan? Aku mengaku kadangkala akal aku mungkin berfikir terlalu jauh.
Sememangnya Tuhan sudah menentukan setiap rezeki yang akan diturunkan kepada hamba Nya.Ada yang cepat,ada yang lambat. Ada yang mengharap ada yang menanti. Dan berbagai lagi keadaan yang pasti boleh terjadi. Hidupnya kita ini sudah ditentukan segalanya.Pendek kata Tuhan telah menetapkan segala yang terjadi.Rezeki,soal hidup mati,soal jodoh pertemuan, bukan kita yang tentukan.Tuhan menentukan dan manusia itu berusaha keatas itu.
Kewujudan manusia yang mahu berusaha kearah rezeki yang sudah ditentukan Tuhan itu amat aku kagumi.Aku sendiri belum sampai ketahap itu.Mahu masih cuba-cuba.Cuba mahu jadi manusia yang berusaha kearah rezeki.Rezeki yang ditentukan. Usaha saja tak akan kemana.Aku percaya dan yakin tentang ini.
Tadah tangan berdoa.Mohon pada Nya.Kuasa penyerahan (power of submission) itu sememangnya memberikan satu kekuatan yang tiada tolok bandingnya.Ia juga menjanjikan ketenangan yang amat mendamaikan jiwa. Rezeki itu ada,usaha itu perlu.Kerana semuanya telah ditentukan oleh yang Maha Esa.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-112224468844031992011-04-23T13:59:00.002+08:002011-04-23T14:11:08.603+08:00tentang buku.Sekarang ini setiap hari aku penuh dengan pembelajaran. Bukan pembelajaran akademik di mana aku perlu skor untuk mendapatkan gred yang terbaik,tapi pembelajaran melalui pembacaan,perkongsian dan pengamatan.
Ya,meningkat usia hari demi hari memang membuatkan aku lebih peka dan sedar tentang realiti kehidupan. Mula mengenali erti hidup dan halatuju. Nasib baik ada banyak benda yang membantu. Buku-buku bacaan yang banyak memberi gambaran dan perspektif tentang itu.Kuasa internet yang tiada sempadan banyak membantu masa kini.Ya,banyak benda aku google saja di internet.Lagi mudah.Tapi sebuah buku yang wujud secara fizikal itu lebih dekat di hati aku rasa.Nilainya tiada tanding.
Ada seorang rakan ini pernah berkongsi,jika seseorang penulis atau pengarang buku itu bersusah payah memerah otak beberapa lama ( mungkin minggu,mungkin tahun) untuk mencari pengisian terbaik hasil tulisannya (buku,artikel,jurnal dan sebagainya),dan kita hanya mengambil masa beberapa hari untuk membaca bererti segala ilmu dan pengisian yang bertahun lamanya itu sudah masuk kedalam minda kita dalam masa beberapa hari saja.Hebat bukan?farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-90380355425326586132011-04-12T14:54:00.002+08:002011-04-12T15:08:57.259+08:00Setelah 23Jutaan terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan buat semua sahabat,kenalan yang sudi memberi ucapan selamat hari lahir kepada aku tempoh hari :) setiap ucapan kalian itu aku sangat menghargainya.
Meningkat setahun lagi usia bermakna makin berat tanggungjawab aku sebagai manusia di dunia.Menoleh kembali sejenak kebelakang,memikirkan banyak perkara yang sudah aku lakukan selama 22 tahun aku hidup.Kesilapan,kesalahan,salah faham,iri hati dan persengkataan juga berlaku sepanjang itu. Namun hakikatnya aku juga manusia yang tak akan kurang daripada buat silap.
Hujung minggu lalu aku banyak menyedari di mana silapnya aku selama ini. Aku bukan mahu mengatakan yang aku ini baik sangat,cuma aku mahu cuba jadi yang lebih baik. Mungkin apa yang pernah aku buat itu tidak kena pada tempatnya dan mengguris hati pihak tertentu.aku mohon maaf kerana aku harus buat pilihan dan keputusan untuk masa depan.
Setelah 22 tahun hidup ini, ada beberapa keputusan aku kurang bijak dan menimbulkan masalah.Tidak mengapa kerana aku masih belajar untuk hidup.Sesungguhnya membuat keputusan itu adalah tindakan paling penting dalam hidup manusia.Dan kita belajar daripada pengalaman dan keputusan yang diambil.
Mencapai usia 23 aku mahu teruskan usaha untuk menjadi matang dalam berfikir.Aku berterima kasih kerana aku punya banyak mentor-mentor yang sudi berkongsi dengan aku dan membimbing aku sekarang.Walaupun berlainan bangsa dan agama, namun hasrat mereka sama untuk kebaikan.
Aku juga mahu buang segala yang keruh, ambil yang jernih. Sikap kebudak-budakan dan tidak matang dalam berfikir harus dihapuskan.Berfikir secara rasional dan terbuka, kerana itu lebih membina.
Jika aku pernah ada musuh dan pihak-pihak yang tidak senang dengan aku selama ini, aku mohon maaf.Aku mahu kurangkan persengketaan dan "musuh-musuh" jika ada. Kerana hidup ini kurang barakahnya kalau orang membenci kita dan berdendam dengan kita. Aku mahu punyai halatuju yang lebih baik dan lebih aman.
Sekali lagi,jutaan terima kasih aku ucapkan buat semua rakan-rakan :)
berubahlah untuk masa depan yang lebih baik.sekian.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-4653992109200720182011-04-09T00:01:00.002+08:002011-04-09T00:07:32.470+08:00halatuju.Memang sukar untuk ditulis apakah perasaan yang paling tepat untuk mendiskripsikan apa yang bermain dalam pemikiran.Keyakinan diri kita tidak sama dengan apa yang kita mahukan.Apa yang jiwa sebenar kita fahamkan.
Memulakan langkah untuk sesuatu yang baru adalah payah. Memecahkan klise pemikiran lapuk manusia generasi sebelum lagilah payah. Halatuju anak muda masa kini sudah berubah.Berubah menjadi lebih elok dan tidak lama lagi seperti dulu.Pemikiran kolot dan tahap lama yang menjadikan hidup seperti tiada jalan keluar daripada kemelut masalah yang pasti akan tiba.
Hala tuju aku memang lain.Memang asing.Tapi aku mahu buktikan yang aku mampu.Aku percaya aku boleh. Lantak apa yang sekeliling katakan.Aku tahu jalan aku.Aku pasti.
Tidak akan menoleh kebelakang lagi.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-11068456040025012492010-12-27T06:13:00.002+08:002010-12-27T06:16:57.186+08:00the journey
" Sometimes we did not realized things that already been there for a long time. Things that really make us feel better and good every time. Once we realized it, we should be grateful and appreciate it to the fullest.Thank God we still have the chance to discover it before it is gone forever "farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-32497130544779856312010-12-08T21:44:00.003+08:002010-12-08T22:09:39.754+08:00Fotolog Penang : Makanan terbaik!Sessi jalan-jalan Malaysia kali ini telah ditaja oleh Emak dan Abah (jutaan terima kasih diucapkan).Destinasinya adalah Pulau Pinang ataupun Penang. Kepelbagaian makanan di Pulau Pinang ini (Georgetown terutamanya) sangat menyelerakan. Beberapa tempat untuk saya kongsikan bersama :)
Restoran Sup Hameed, Jalan Penang. Sup istimewa yang sangat sedap.Hidangan Roti Canai juga lembut dan garing.Berbeza dengan roti canai di sekitar Lembah Klang.
Setelah membaca review di internet dan disyorkan oleh kawan, Nasi Kandar Kampung Melayu ini adalah tempat yang terbaik sekali untuk hidangan nasi kandar. Rasa kari nya yang cukup unik ( boleh dikatakan setaraf dengan Nasi Ganja,Ipoh)
Pasembur Padang Kota ( Food Court Baru )
Char Kuey Teow Udang, Padang Kota ( Food Court Baru)
Restoran Kapitan, Jalan Chulia Georgetown. Ayam Tandoori terbaik yang saya pernah rasa. Ayam nya yang lembut dan kuah cicahnya yang rasanya cukup sempurna untuk mereka yang sukakan Ayam Tandoori. Minuman Susu Badam juga adalah keistimewaan restoran itu.
Setelah selesai makan di Restoran Kapitan itu, saya berkesempatan untuk melihat senditi penangan Nasi Kandar Beratur yang katanya sangat sedap dan memang ramai orang. Kedai ini hanya buka pada jam 10.00 malam setiap hari.Ya, foto diatas membuktikan memang Nasi Kandar ini bertepatan dengan namanya. Memang ramai yang beratur.
Sebelum bergerak pulang ke Shah Alam, abah sejak mula datang ke Penang telah mengajak kami sekeluarga ke Restoran Nelayan ini.Keistimewaannya, Ikan Bawal Goreng Panas.Memang sangat garing dan kuah cicah serta sambal kicapnya memang terbaik! Kari Utara dan tauhu sambal menjadi hidangan terakhir sebelum meninggalkan Penang.
Penang memang istimewa dengan makanan. Memang tak rasa lapar langsung sepanjang berada di sana :Dfarhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-11099730118487452252010-12-05T12:38:00.002+08:002010-12-05T12:42:11.908+08:00hijau semalam
Semalam aku cuba benda baru dalam hidup. Menyeronokkan dan banyak pengalaman baru aku dapat. Sekarang aku rasa aku mahu jadi seorang pengembara yang boleh menjelajah sana sini. Aku mahu jadi orang yang boleh lihat dunia.
Aku cintakan hijau dan ketenangan.Aku bersyukur sebab ada semalam.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-73259182202547687522010-12-04T00:12:00.004+08:002010-12-05T11:24:42.778+08:00farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-15253234879174327622010-08-11T22:02:00.003+08:002010-08-13T22:44:03.924+08:00pertemuan kembali"....Ada satu waktu itu, aku rasa situasi dan keadaan melemahkan jiwa. Membunuh semangat dan memeritkan. Tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya. Setiap kegusaran dan kerisauan pasti ada jalan penyelesaian dan kegembiraan..."
Beberapa hari lalu, aku peluang untuk bertemu seorang teman baik aku sejak daripada zaman kanak-kanak aku lagi.Zaman remaja aku, banyak juga aku kongsi bersama dia. Teman rapat aku sejak sekolah rendah. Kali terakhir aku bertemu dengan dia adalah pada tahun 2006. Ketika itu pun kerana ada perkara yang perlu diselesaikan.
Intipati pertemuan kali ini sangat berbeza aku rasa. Kematangan perbualan aku dan juga dia sangat memberikan pandangan baru dalam melihat sesuatu. Pengalaman dia berada di luar negara sedikit sebanyak memberikan pengajaran berharga untuk aku.
Dia seorang teman yang kuat hatinya. Ujian Tuhan yang melanda dia itu bukan semua yang dapat mengharunginya dengan rasional. Jawapan yang keluar daripada mulutnya itu benar-benar menyedarkan aku tentang segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan.
Walaupun pertemuan itu sangat singkat,tapi silaturrahim itu terus kekal terikat. Semoga pertemuan selepas ini akan lebih bermakna. Aku dan juga teman sudah berjaya hendaknya.
InsyaALLAH.
dan dia itu satu manusia
yang hanya melihat dengan mata.
tiada kisah dengan apa yang tertulis dalam hati.
dia biarkan semuanya berlalu pergi.
kata orang perasaan itu adalah kunci.
yang sebenarnya terjadi
walaupun kita tidak pasti.
hilang girang kerana masalah.
hilang rasional kerana emosional.
hilang teman kerana tanggapan.
hilang sudah satu perkara
yang buat dunia jadi gelap gelita.
moga satu hari.
setiap jawapan yang perlu akan diketahui.
setiap masalah yang terjadi pasti akan berlalu
berlalu jauh.
semoga akan dapat terima.
semoga hati akan faham.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-89028553852081469712010-02-11T20:25:00.006+08:002010-03-08T18:21:05.578+08:00Attention Economy dan peranan media masa kini
Dalam era global masa kini segala maklumat,berita dan informasi boleh didapati dimana sahaja. Kewujudan sistem canggih dalam alat-alat teknologi mengubah perkembangan maklumat dan penyampaian informasi pada hari ini. Empayar internet yang sememangnya menjadi satu keperluan masa kini adalah contoh betapa pesatnya pengembangan informasi berlaku. Dalam masa beberapa minit sahaja, informasi dan maklumat yang ada diinternet boleh diketahui satu dunia.
Pada pendapat saya, pengembangan pesat dan meluas dengan adanya "dunia tanpa sempadan" internet ini telah memberikan alternatif kepada kebanyakkan orang untuk mendapatkan informasi dan maklumat yang mereka cari. Keadaan ini juga telah mula dirasai sejak awal abad ke 21 lagi. Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, (Pengarah Zentrum Future Studies) pernah menyatakan bahawa dalam abad ke 21 ini manusia akan lebih tertumpu ke arah " Attention Economy" dimana perhatian manusia itu adalah kunci segala aktiviti di dunia ini. Attention Economy boleh di definisikan sebagai satu bentuk ekonomi yang berkembang disebabkan oleh pencarian atau perhatian yang diberikan dan dimahukan manusia. Hal ini jelas sekali terjadi dengan penggunaan internet yang meluas. Enjin carian digunakan untuk mencari informasi tertentu dan maklumat tertentu.Dan jika maklumat itu tidak mendapat perhatian si pencari tadi, maka dia akan beralih kepada informasi lain yang ada di internet.Jadi itulah sedikit sebanyak tentang Attention Economy.
Peranan media-media cetak yang berada diarus perdana sekarang ini sememangnya semakin kurang "sengat" jika hendak dibandingkan dengan 10 tahun lepas. Media cetak masa kini boleh diguna pakai untuk memberitahu berita, dan untuk kepastian dan informasi lanjut pembaca media cetak akan gunakan internet. Empayar internet ini memang sukar untuk dibendung kerana perubahan globalisasi sememangnya menjadi penyebab utama kepada wujudnya media elektronik yang nampaknya lebih berkali ganda memberikan kesan dan impak berbanding media cetak.
Oleh yang demikian, pemikiran orang ramai kini adalah tertumpu kepada bahan material yang dirujuknya. Tiada lagi sekatan seperti zaman terdahulu, kerana kebanjiran dan limpahan informasi itu terlalu banyak untuk dikawal. Zaman media cetak untuk menjadi "raja" dalam aspek penyebaran maklumat sudah berakhir. Kini mereka-mereka yang berkepentingan tidak lagi punya jalan untuk memonopoli penyebaran maklumat.Baik syarikat, pertubuhan dan persatuan.
Mungkin revolusi ini baru sahaja mula dirasai sekarang. Sukar untuk kita tahu, apa yang benar dan apa yang tidak.Mana yang baik dan mana yang tidak.Tapi kita ada pilihan sekarang. Media elektronik sentiasa boleh diakses 24 jam. Yang pasti, pemikiran kita perlu terbuka dan menilai sendiri dengan rasional dan bijak.Bukan dengan emosi melulu seperti zaman-zaman terdahulu.
Sekian.
farhannazmey
farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-83812683639736016432010-02-10T13:26:00.005+08:002010-02-10T19:13:10.028+08:00Perspektif ekonomi dimata anak muda
Setelah lebih kurang 100 posting yang bercampur-campur isi kandungannya. Mulai saat ini saya mahu menjadikan ruangan blog saya di Blogger ini sebagai kolum berkongsi rasa dan pendapat tentang isu-isu mutakhir dan semasa. Saya sedar bahawa, usia saya dan pemikiran saya mungkin akan dipersoalkan untuk membicarakan perkara-perkara sebegini. Tapi saya juga seorang anak muda yang mempunyai pendapat dan pemikiran dalam sesuatu isu yang berlaku.
Untuk ruangan kolum pertama ini, saya ingin berkongsi rasa dan pendapat tentang Malaysia masa kini. Sejak kebelakangan ini, bila saya membaca berita di akhbar, di internet saya merasakan negara ini sudah terlalu dikaburi dengan anasir-anasir hasad dan kotor yang mungkin menjadi dadah dalam pemikiran rakyatnya. Buka sahaja surat khabar, terlalu banyak cerita "jahat" mereka-mereka yang mahu jadi berkuasa. Saya sememangnya sudah jelek untuk membicarakan tentang perkara ini. Jadi itu terpulanglah kepada masing-masing yang menentukan.
Saya merasakan pemikiran rakyat Malaysia terutamanya golongan belia, ketika ini sudah dicemari dengan matlamat dan fokus yang tersasar jauh dengan isu globalisasi. Mana tidaknya, kalau setiap hari asyik perkara yang penuh dengan hasad dan perpecahan yang dipaparkan? Di media massa atau media cetak.Semua sama sahaja. Yang sepatutnya berlaku sekarang adalah penerapan daya saing yang bakal dihadapi di masa depan. Ada teman-teman saya yang melanjutkan pengajian di Eropah pernah memperkatakan, jika berlakunya pilihan raya di Eropah, isu hangat dan manifesto parti yang bertanding adalah tentang ekonomi, hak asasi dan perancangan mereka untuk menghadapi globalisasi dunia. Dan apa yang berlaku di Malaysia, sangatlah menyedihkan. Pemikiran ditakuk lama, dan apa yang diperjuangkan masih lagi perjuangan yang boleh dikira sebagai ketingglan zaman. Jika dahulu, peperangan fizikal dan penaklukan kuasa yang menjadi kayu pengukur kekuatan satu negara dan bangsa.Tapi kini, kekuatan ekonomi itu adalah kayu pengukur kehebatan sesebuah negara. Lihat sahaja Amerika,Eropah dan Jepun. Mereka adalah kuasa besar ekonomi dunia.
Sebagai seorang penuntut jurusan kewangan dan juga perakaunan,saya juga ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang ekonomi. Jika kita imbas kembali, Bajet 2010 yang telah dibentangkan di Parlimen, menunjukkan bajet defisit terbesar dalam sejarah negara sejak beberapa tahun sebelumnya. Hal ini memberikan indikasi, bahawa struktur kewangan negara adalah sangat goyah. Perbelanjaan kerajaan terpaksa dikurangkan. Ada khabar-khabar yang mengatakan peruntukkan belanja untuk program-program pembangunan seperti kursus dan latihan terpaksa dihentikan sekarang ini. Jadi apa tindakan rakyat kita sekarang? adakah golongan muda belia pernah membicarakan tentang ini? Ataupun pernahkah kita gusarkan keadaan ini? Kita tidak bersedia dari segi mental dan pengetahuan.Inilah masalah terbesar yang dihadapi Malaysia ketika ini.
Isu sikap rakyat Malaysia adalah punca terbesar masalah. Setiap hari ada saja masalah yang berkaitan dengan perkara-perkara negatif. Dan pihak media mengambil kesempatan untuk memfokuskan rencana-rencana panas ini. Manakala, perkara-perkara yang lebih utama seperti ekonomi dan sosial,globalisasi den perkembangan telah hilang dari media.Bila rakyat tidak membaca dan mempunyai pengetahuan.Kita akan semakin mundur untuk berdaya saing.
Saya menjangkakan beberapa pembaharuan dalam sistem pencukaian yang diperkenalkan ini pasti akan memeranjatkan bebanyakkan orang. Pengenalan GST ( Good & service tax) yang mungkin akan diperkenalkan dalam pertengahan tahun ini, pasti akan memberikan impak yang besar dalam corak perbelanjaan rakyat dinegara ini. Semalam saya ada membaca tentang Perdana Menteri ada mengatakan tentang, subsidi seharusnya dikurangkan untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing. Selalunya, jika ada kenyataan sebegini pasti akan ada kenaikan harga pada barangan,terutamanya petrol dan diesel.Saya tidak tahu adakah ia akan berlaku atau tidak.Saya hanya menjangkakan saja.
Mengakhiri kolum pertama saya ini,saya berharap kalian yang membaca dapat berkongsi pendapat dan cetusan pemikiran bersama yang lain.Saya juga bukanlah seorang yang arif dalam hal-hal ekonomi ini,cuma ada sedikit pengetahuan. Apa yang saya mahu adalah berkongsi dengan anak-anak muda dan golongan belia.Buka mata dan lihat. Fokus pemikiran itu biar jelas.Perjuangan ekonomi itu adalah satu perkara yang perlu buat masa ini. Perbalahan dan segala anasir kedengkian perlulah diusir keluar.Sekian.
kolumnis kata,
Farhan Nazmee
farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-78761393564986651502010-02-08T19:47:00.003+08:002010-02-08T19:51:56.776+08:00kamera,kembara & pena
salam semua :) saya ingin mempromosikan projek terbaru Askarya Graphic & Concepts yang berkolaborasi dengan Militia Kata iaitu Kamera,Kembara & Pena. Ini adalah photo-journal blog yang pasti akan memberi kelainan kepada kalian-kalian yang membacanya. Jika ada kelapangan, jemputlah menyinggah diblog ini. Sekian terima kasih.
kamera,kembara & pena
farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-88125581538865086262010-01-21T22:57:00.004+08:002010-01-31T01:52:48.650+08:00yang ke 100
Hari ini hari terakhir bulan Januari tahun 2010. dan ini adalah entri ke 100 aku di Blogger ini.Sungguh tak sangka sudah 100 entri aku tulis disini.Mungkin sekarang aku lebih banyak menulis di Tumblr.Tapi jasa Blogger yang begitu banyak ini buatkan aku rasa sayang untuk lupakannya.
Terima kasih semua yang membaca dan memberi sokongan :) jika ada masa luangkanlah ke Tumblr saya..sekian..
farhannazmey.tumblr.com
farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-72440712494794599732010-01-21T11:18:00.002+08:002010-01-21T11:25:49.900+08:00kembali menulis semula di BloggerSetelah sekian lama meninggalkan arena blogspot ini, aku bercadang untuk tetap meneruskan ruangan blog ini untuk diisikan dengan hasil tulisan aku. Pada mulanya aku bercadang hanya untuk menggunakan Tumblr sahaja. Tapi sayang pula rasanya untuk aku tinggalkan blogspot ini setelah hampir dua tahun dia berjasa kepada aku.\
Jadi kali ini aku mahu kembali merancakkan ruangan blogspot aku ini. Nantikan ruangan ini untuk apa-apa perkembangan terbaru dari farhannazmey.
Sementara itu buat kalian yang mahu melihat Tumblr aku yang terbaru. bolehlah click link dibawah ini.sekian
farhannazmey.tumblr.com
farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-49273684430312228402009-10-30T07:41:00.002+08:002009-10-30T08:04:20.631+08:00revolusi kebangkitan pemikiran menjadi penentuartikel ini ditulis selepas saya baru sahaja membelek-belek akhbar arus perdana sebentar tadi. melihat tajuk utama muka depan akhbar itu yang penuh propaganda dan anasir-anasir hasad membuatkan saya rasa satu kemestian untuk menulis entri ini.
walaupun sudah hampir setahun lebih berlaku,ia masih belum berakhir. Ya. isu-isu politik yang tidak pernah putus daripada kaca mata media di Malaysia ini membuatkan saya sangat jelek dan menyampah.Mungkin bukan saya sahaja yang berpandangan sebegitu.Ada ramai lagi yang turut merasa begitu. Isu politik dan masalah politik ini sepatutnya tidak menjadi hidangan bacaan yang membanjiri minda rakyat negara ini.Pelbagai lagi keutamaan perlu diberi terhadap rakyat dan keperluan rakyat yang belum cukup.dari segi ilmu,ekonomi dan perkara-perkara lain.
isu di Perak yang semakin tidak masuk akal masih berterusan.pastinya rakyat biasa akan terfikir, adakah barisan kepimpinan yang sebegini perlu dihormati? yang asyik mahu berebut kuasa dan mahu menunjukkan kewajaran dalam memerintah? Sudah pasti rakyat negeri Perak sendiri sudah bosan dengan keadaan ini.
Hakikatnya masa kini, revolusi pemikiran sudah berubah.Pemikiran rakyat sudah makin matang dalam menentukan siapa yang diangkat,dan siapa patut ditumbangkan. Informasi dan tindakan semasa sesuatu pihak pasti akan menjadi ketentuan.Tidak lagi seperti dulu yang rakyat akan mengikut sahaja telunjuk.rakyat kini makin berkuasa dan berilmu.Jika kepimpinan yang mahu berkuasa,tunjukkan kredibiliti anda dimata rakyat.
Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, masing-masing punya pendekatan tersendiri.Masing-masing juga punya masalah sendiri. Media pula tidak henti-henti memaparkan politik,dan seharusnya ia perlu berhenti daripada bertindak sebegitu.
Rakyat generasi muda sekarang ini sedang memerhatikan tindakan pihak kepimpinan.Usahlah cakap berkhidmat untuk rakyat atau segala macam lagi.Kerana rakyat bisa menentukan. Cakaplah apa-apakan sekalipun.Diakhir nanti rakyat menentukan. InsyaALLAH jika diizinkan tuhan,kita bakal melihat satu keadaan Malaysia yang baru.Dimana rakyatnya lebih terbuka dalam membuat keputusan berdasarkan kredibiliti dan informasi semasa. Akhir kata, memetik frasa lirik kumpulan One Buck Short dengan lagu mereka tertajuk Kelibat Korupsi, " Ingat kita takut,apa mengarut, kita tunjukkan, rakyat ke depan." Inilah yang sedang berlaku sekarang, rakyat daripada pelbagai arena dan bidang, sudah mula berfikiran matang.
farhannazmey
Askarya Media & Publishingfarhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-20241466713039550442009-10-09T18:47:00.002+08:002009-10-09T19:15:07.261+08:00bucu bintang yang tidak lagi tajam kerana dilanggar kapal angkasabintang-bintang menyerikan langit di malam hari yang gelap. kisahnya ada satu bintang yang gah diangkasa. hanya satu butir saja yang macam itu. satu butir yang berkedipan.bintang berbucu lima yang tajam.boleh kata bintang ini independen kerana dia tiada bergantung dengan bintang-bintang lain.
bila malam makin kelam, dia mula bercahaya. walaupun banyak lagi bintang-bintang zodiak popular diangkasa, dia tetap lain dari bintang-bintang itu.Lagi hebat dari Aries.lagi menawan jadi Gemini.Lagi indah dari Taurus dan kesemua bintang zodiak yang lain.itulah perbandingan bintang bucu lima yang gah.
sampai satu ketika, bintang bucu lima yang tajam rasa riak akan dirinya sendiri. dia mahu tunjukkan yang dialah bintang terhebat di alam angkasa.mulalah dia beredar dari tempat biasa dia menyinar. bergerak meronda angkasa dengan rasa megah diri.
sedang ia bergerak laju meluncur malam itu.Tiba-tiba dia terlihat satu objek bersaiz raksasa. bunyi deruman jentera meluncur laju itu melanggar bintang bucu lima yang tiada sempat mengelak itu tadi. Maka terpelantinglah dia si bintang bucu lima. bucunya tidak lagi tajam.sudah patah jatuh ke bawah.
musnah sudah harapan si bintang itu tadi itu menerokai dunia. dirinya kini sudah tiada berguna.kerana mahu jadi angkuh dia mengembara.kini dia tidak lagi menjadi bintang yang menawan.hanya tersadai dibawah. bucu sudah patah,cahaya sudah hilang...
rupanya angkasa pada tanggapan si bintang itu hanyalah bilik gelap tidak berlampu dan bercahaya. bintang itu rupanya perhiasan plastik yang bercahaya ketika gelap.cetek sungguh pengetahuan si bintang. ruang kecil disangkanya angkasa.
mahu jadi angkuh disatu ruang yang sebenarnya hanya kecil saja. adakah golongan manusia yang seperti bintang bucu lima plastik ini? kalau diangkasa tidak mengapa,tapi kalau dalam bilik gelap buang masa saja....farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-34272915017283892172009-10-08T21:21:00.001+08:002009-10-08T21:21:39.790+08:00rama-rama unik meneropong karma kasih sayangrama-rama itu kecil.penuh dengan warna-warni.ia menjadi tarikan semua mata yang melihat ia terbang ke sana ke mari. rama-rama itu juga punya hati dan perasaan. ia sungguh unik kerana ia hampir sama macam manusia. Yang beza, hanya rupa bentuk ia seekor rama-rama kecil.tiada tubuh seperti manusia. tapi punya perasaan macam manusia.
bila ia terbang bebas diudara.ia lihat macam-macam gelagat manusia.ia hanya boleh melihat.rama-rama unik itu boleh berfikir,sebab ia ada perasaan macam manusia.
satu ketika, rama-rama unik melihat sesuatu yang belum pernah ia lihat.ia meneropong dengan lebih dekat. kisah manusia yang cuba melakar kasih sayang. Bibit cinta dua orang antara lelaki dan perempuan. lelaki itu gundah fikiran.raut wajah menyatakan cinta terhadap si perempuan. tapi si rama-rama dapat merasakan sesuatu.
ada yang tidak kena dengan lelaki yang menyatakan cinta itu. rama-rama itu terus meneropong hati lelaki dan perempuan itu.benarlah. apa yang rama-rama itu jangka.si lelaki punya konflik diri. tidak tahu memilih siapa.di depannya perempuan lain, di hatinya orang lain.dia keliru mana satu. sentiasa berubah-ubah ikut keadaan.
si perempuan pula ada hati yang sangat suci. dia mengharapkan satu perasaan kasih sayang yang ikhlas dari lelaki itu.dia sudah lama menunggu saat itu.di mana dia kembali bahagia.kembali tersenyum kerana kasih sayang seorang lelaki yang amat menghaargai dirinya.
rama-rama unik hanya boleh meneropong saja.lihat apa yang berlaku diantara lelaki dan perempuan itu. karma kasih sayang yang akan terus berlaku antara mereka. yang mana kedua-duanya tidak pasti.tapi dalam hati mereka tersembunyi cerita ini.rama-rama unik kemudiannya terbang jauh.hilang dari pandangan dan bermulalah satu ingatan.farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-52888772234909065282009-10-07T19:13:00.002+08:002009-10-07T19:43:23.411+08:00erogan manusia itulantas dia berfikir dengan sedikit tiada rasa tenang dijiwa. tekanan memuncak dikala masa tidak lagi menyebelahi. fikirannya berkocak bagaikan air dalam balang ditempat duduk belakang sebuah kereta yang dipandu laju. semuanya tak tenang. dia mula naik garang.
orang lain juga merasakan perkara yang sama. namun dia fikir dia lain. semua orang tak sama macam dia. dia rasa dia sahaja yang lebih. yang lain hanya picisan dan tidak macam dia. orang lain pandang dia semacam sahaja. bercakap dalam hati dan ada juga yang mengeji dibelakang makhluk yang itu.
perbandingan hati manusia itu tetap tidak sama. mungkin adakalanya kita akan menjadi si dia yang dalam perenggan diatas. ada kala kita jadi orang yang mengeji si dia dibelakangnya.
yang pasti.kita semua manusia yang lemah.punya perasaan yang berubah. tapi tak salah bukan untuk cuba jadi makhluk yang suka ingin jadi baik?farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-27871869087957005072009-09-27T18:28:00.003+08:002009-09-27T18:33:05.313+08:00idea-idea gembirakadangkala hidup ini cukup bosan dan memenatkan..kita jadi tertekan dengan keadaan. saya selalu rasa macam itu.cuma sekarang ini lebih risau dengan keadaan. kawan-kawan juga ada yang berasa begitu.
jadi apa kata kita fikirkan benda yang buat kita gembira.senyum dan senang hati :)
kawan-kawan,
kalau ada idea cuba nyatakan disini...
terima kasihfarhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-26820115494249049742009-09-26T14:10:00.002+08:002009-09-26T14:16:47.068+08:00aku ingin pergi mengembarabanyak sangat perkara yang berlaku kebelakangan ini. masalah macam menghantui aku dari hari ke hari. aku juga baru habis menonton kembali siri the hoppers & ahli muzik. best! walaupun dah ulang balik, tetap best. sebabnya cerita yang ada kisah pengembaraan. aku rasa aku mahu pergi jalan-jalan.pergi mengembara,tengok dunia.
ya.aku akan pergi mengembara.jalan-jalan selepas ini. lepas periksa. ouh..naik muak aku fikir tentang hidup yang bosan dengan perkara-perkara yang aku susah nak minat. sikit sahaja lagi..kemudian insyaallah dunia menunggu aku.. menunggu aku untuk mengembara. kalau ada usia..aku akan mula berjalan..dan berjalan.
sesungguhnya dunia ini tuhan ciptakan untuk manusia itu melihat keagungan dan kekuasaan Nya. kita belajar dari kekuasaan Nya. yang pasti, aku mahu pergi jalan-jalan mengembara..farhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6526189883162988492.post-23342518843542852482009-09-24T20:06:00.002+08:002009-09-24T20:35:18.763+08:00sudah lama sebenarnya aku mahu menulis tentang perkara ini. cuma setiap masa yang berlalu itu merubah cara pemikiran aku. hari-hari bila difikirkan kembali, hidup di usia muda ini banyak perkara yang berlaku. persoalan yang sukar dijawab. kadangkala keraguan itu bagaikan satu kemestian pula rasanya.
orang kata masa zaman muda lah banyak perkara yang kita akan lalui. tapi satu perkara yang sangat-sangat sinonim dengan remaja dan zaman muda ialah cinta. percintaan. bercinta dan sewaktu dengannya. ramai rakan-rakan dan kenalan yang sedang berbahagia dilamun dan mungkin dilambung dengan perasaan bahagia disebabkan oleh cinta. aku tumpang gembira untuk mereka.
tapi sebenarnya cinta ini banyak mengajar manusia. sangat banyak mungkin. kerana setiap cerita cinta itu berbeza. setiap orang melaluinya mungkin.tapi jalan cerita yang lain dan berbeza-beza. ada orang yang jadi hebat kerana cinta. ada orang rasa hebat kerana cinta. dan tak ketinggalan ada yang jadi bodoh dan dungu dek kerana cinta.
cinta boleh diibaratkan macam satu perkara yang kita perlu lalui dulu,kemudian baru kita dapat rasakan nya. ia tak boleh dipelajari daripada buku atau internet. kalau kita dengar cerita cinta daripada kawan-kawan kita pun,kita masih tak akan dapat mengerti apa itu cinta. lebih kurang macam itulah ceritanya.
cuma kadangkala kita sendiri susah nak pastikan adakah perasaan yang wujud itu sebenarnya adalah yang akan kekal? yang akan berterusan hingga ke akhirnya. aku pasti ramai yang tak mampu untuk menjawab soalan ini. Ini kira macam, kau tak akan tahu selagi kau tak melalui segalanya. yang boleh hanya kepercayaan dan harapan yang diletakkan terhadap cinta itu.
aku pun bukannya pakar bidang ini. hanya tahu sedikit sahaja. dan untuk aku.perkara cinta ini sememangnya sukar dan sangat susah. mungkin bila dah sedia dan tiba masanya baru aku akan mula menulis cerita sendiri. mungkin bahagia dan gembira. tapi harap dijauhkan dari yang sebaliknya. sekarang ini banyak perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu. matlamat yang menunggu aku disitu. buat kawan-kawan yang yang bercinta.teruskan cerita cinta anda.aku doakan semoga berbahagia hendaknya...
yang benar,
farhannazmeyfarhannazmeyhttp://www.blogger.com/profile/11952390014128873906noreply@blogger.com0