approved & supported by :
Tuesday, February 26, 2008
Sahabat
Sebagai manusia yang hidup di dalam dunia ini,kita memerlukan sahabat,rakan atau pun kawan.Walaupun mempunyai gelaran yang berbeza,namun maknanya tetap sama.Iaitu orang yang rapat dengan diri kita.Ada yang menganggap sahabat ini adalah keluarga mereka,adik-beradik mereka,dan ada juga yang menggangap sahabat ini adalah kembar mereka.Manakan tidak nya,hampir semua benda dalam hidup kita dikongsi dengan sahabat.Jika kita mempunyai sahabat yang memang rapat,teman sebilik sewaktu diasrama mahupun di kolej kita sememangnya hidup dengan mereka.Berkongsi pengalaman dan hidup bersama sahabat merupakan satu perjalanan hidup yang sangat indah.Kadangkala kita merasakan,sahabat ini sangat memahami kita.Umur lebih kurang sama,jadi memanglah sahabat lebih memahami anda.Tak dinafikan ibu bapa juga memahami kita,tetapi kalau hendak berkongsi minat dan perkara-perkara semasa,ibu bapa agak kurang memahami.Maklumlah, zaman dulu tak sama seperti zaman moden sekarang.Jadi sahabat inilah yang menjadi teman hidup kita.Tidak kiralah,sahabat itu seorang lelaki ataupun perempuan.Sahabat tidak mengenal jantina dan usia.Yang penting sahabat,mengenali kita.Mungkin kita mempunyai sahabat yang berlainan minat dengan kita.Tapi mereka masih memahami kita.Bayangkan lah jika satu hari nanti kita berpisah dengan sahabat kita,adakah kita akan merasakan kehilangan yang besar dalam diri kita? Bagaimana perjalanan hidup kita tanpa mereka? Mungkin kita tidak menyedari setiap saat yang kita luangkan bersama sahabat itu adalah sangat berharga dan tinggi ertinya.Bukan senang untuk mencari sahabat yang memahami kita,dan bukan senang untuk mencari ganti mereka.Wujudnya sahabat dalam diri kita adalah untuk kita menghargai mereka.Jadi hargai lah persahabatan.Lihatlah sahabat di sekeliling,hargai mereka sebelum kita kehilangan mereka pada bila-bila masa sahaja...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
friends are life..they taught me how to live..
can't live without my beloved friends!!
-jihan-
yeap..semua org perlukan sahabat dan hidup ini akan sunyi tanpa mereka..bukan senang nak jumpa sahabat sejati..so sahabat bukan sahaja untuk dihargai kewujudannya...disesalkan bila kehilangannya..tp hub persahabatan tuh perlu diisi dengan kejujuran,kesetiaan dan perkongsian..dan paling penting..jgn khianati sahabat sendiri..oke dude? :)
nice post... (^.~)
Post a Comment