approved & supported by :
Saturday, March 29, 2008
Kesedaran..
Manusia,orang atau insan.Nama yang berbeza tapi merujuk kepada satu perkara yang sama.Kita telah diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk mentadbir muka bumi ini.Tetapi kalau sudah manusia namanya,memang kita pasti akan terleka.Perasaan tamak haloba,nafsu yang tidak pernah putus dalam dalam diri seseorang manusia itu menjadikan kita satu makhluk yang tidak pernah puas.Sebagai seorang manusia biasa,kita sebenarnya sama sahaja.Apa yang membezakan diantara kita ini adalah status yang telah dicipta oleh kita sendiri.Pangkat,kekayaan dan kekuasaan menjadikan kita ini makhluk yang sering lupa dengan tujuan utama kita hidup dimuka bumi ini.Kita perlu sentiasa sedar dan berpijak dibumi yang nyata.Setiap yang berlaku itu adalah ujian daripada yang Maha Esa.Kita tidak akan selalu berada diatas,kerana hidup ini bagaikan roda yang berputar.Tiada jaminan untuk kita terus berkuasa dan kaya.Adakalanya,kita tidak sangka yang kita akan kehilangan semua itu dalam sekelip mata.Justeru itu,kita perlulah sentiasa muhasabah diri kita.Janganlah kita gelap mata dengan segala kesenangan.Mungkin ada bahana yang menanti kita dengan kesenangan itu.Atas rasa tanggungjawab,saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi nasihat dan peringatan kepada diri saya sendiri dan juga para pembaca sekalian.Kita perlu sedar siapa kita.Kita perlu tahu asal usul kita.Berpegang kepada konsep "manusia itu sama" kita perlu sentiasa beringat.Kekayaan,kuasa dan dan pangkat itu tidak akan kekal.Jadi kita perlu menggunakan nikmat yang telah dikurniakan kepada kita untuk membantu orang lain,disamping mendapat keberkatan.Bukannya menggunakan kekayaan untuk menindas,kekuasaan untuk membidas yang lain.Ingatlah,kita ini hanya hamba yang lemah.Penuh dengan kesilapan.Jadi dalam masa yang kita ada,kita perlu berusaha untuk mengenali diri ini.Jika kita menggunakan kuasa,pangkat dan harta untuk bermaharaja kita adalah manusia yang sombong dan bongkak.Tetapi lupa,siapa sebenarnya kita...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment