approved & supported by :
Sunday, May 11, 2008
Bila kita fikirkan kembali..
Sebagai warganegara Malaysia,saya berbangga kerana menjadi salah seorang yang terpilih untuk hidup di negara yang sangat bertuah ini.Memang saya bersyukur kerana negara ini memang stabil secara keseluruhannya.Tapi adakah kita ini benar-benar sedar dengan isu-isu semasa yang melanda negara? Atau kita hanya ambil tak endah sahaja tentang perkara-perkara ini? Jadi saya ingin mengambil perhatian para pembaca semua tentang betapa pentingnya kita untuk membuka minda dan membuat penilaian sendiri.Bila kita fikirkan kembali...adakah benar negara ini mempunyai ekonomi yang kukuh sekarang? Adakah kita berada di landasan yang betul dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020? Segala persoalan ini memerlukan jawapan.Berdasarkan pemerhatian saya,rakyat Malaysia ini mempunyai satu sifat yang suka berada di dalam comfort zone ,atau zon selesa kita.Kita tidak mengambil peduli dengan perkembangan semasa tentang perubahan globalisasi sebenarnya.Tidak di nafikan rakyat Malaysia sememangnya membaca surat khabar setiap hari untuk mendapatkan berita terbaru.Tapi adakah dengan hanya membaca surat khabar,kita telah mengetahui perkembangan semasa? Dan adakah semua berita yang terkandung di dalam akhbar itu benar?Jadi disini kita sendiri tidak pasti.Sepatutnya apa yang berlaku ialah,bacaan susulan untuk memastikan adakah berita itu benar dan relevan? Memandangkan kita hanya membaca surat khabar tempatan,kita tidak mengetahui bagaimanakah mata dunia melihat dan menilai kita sebenarnya.Jika akhbar tempatan mengatakan kita mempunyai sektor ekonomi yang kukuh,adakah negara-negara lain di dunia turut memandang kita begitu? Kita perlu pastikannya.Di sini kita perlu bijak menggunakan teknologi yang ada.Kemudahan internet perlu digunakan untuk mencari jawapan untuk pelbagai soalan itu.Saya tidak menafikan kita memang mempunyai semangat untuk mengetahui perkembangan semasa,tetapi ia tidak cukup dengan hanya membaca surat khabar sahaja.Bila kita fikirkan kembali...saya berpendapat bahawa masyarakat dinegara ini lebih mengutamakan perkara-perkara yang agak remeh jika dibandingkan dengan negara-negara lain.Memang ada kelonggaran dan kebebasan kita untuk menyatakan hak masing-masing,tetapi janganlah sehingga ia membuatkan kita terlalu "taksub" dengannya.Hal ini kerana,rakyat Malaysia sering dihujani dengan berita-berita yang sama.Cuma orang yang terlibat saja yang berbeza.Kita terlalu banyak memerhati daripada mengkaji,terlalu banyak mengkaji daripada meneliti.Ini membuatkan kita kurang menilai bagaimana pentingnya sesuatu isu itu.Jika keadaan ini berterusan,kita pasti akan ketinggalan.Negara lain yang saban hari berhadapan dengan isu-isu yang lebih mencabar akan terus maju.Tetapi jika kita masih di sini untuk membincangkan masalah dalaman saja,kita tidak mampu untuk bersaing dengan mereka.Kita perlu keluar dari zon selesa kita untuk terus maju.Pandang kehadapan dan terus mara.Cukuplah dengan isu-isu yang tidak pernah habis diperbincangkan,sediakan minda untuk perkara yang lebih mencabar.Barulah kita tahu dimanakah letaknya kita di mata dunia.Untuk mengatasi pencabar kita perlu rapat dengan mereka,fahami mereka.Masih belum terlambat untuk kita sedar,cuma keadaan yang akan berubah bakal menentukan siapa kita yang sebenar.
Friday, May 9, 2008
born to speak
Born to speak atau dalam bahasa Melayu nya adalah dilahirkan untuk bercakap.Sememangnya, jika kita melihat frasa ini ia merupakan perkara paling mudah untuk dilakukan.Tidak kira usia,bangsa atau pun agama semua orang boleh bercakap.Dari kecil kita bercakap sehinggalah ke hari ini.Tapi apa yang saya ingin fokuskan di dalam frasa ini,adalah kemahiran bercakap atau pun berucap.Apabila kita mula berkata tentang ini,tidak ramai yang mampu melakukannya.Kemahiran berucap atau pun Public Speaking ini merupakan satu kemahiran yang sangat berguna kepada individu yang benar-benar menguasainya.Kemahiran berucap ini mampu mengubah dunia.Pengaruh boleh diluaskan dengan bercakap atau berucap,kekayaan boleh dijana melalui percakapan ataupun ucapan.Jadi disini saya ingin berkongsi pendapat dan beberapa pengalaman saya terhadap minat saya yang mendalam berkenaan kemahiran berucap ini. Sebagai pengenalan dirantau Asia ini kita pernah mendengar nama seperti Sukarno,Anwar Ibrahim dan Mahathir.Apakah persamaan mereka? Ya..sememangnya mereka merupakan seorang pemidato yang sangat hebat di arena masing-masing.Kebanyakkan pemimpin di dunia ini menguasai kemahiran berucap ini dengan baik sekali.Seseorang pemimpin akan dinilai dari etikanya,dan kemahiran berucap ini adalah salah satu daripadanya.Apabila seseorang itu menyampaikan ucapan di hadapan orang ramai,dia sebenarnya sedang berinteraksi dengan orang yang mendengar ucapannya itu.Kita sendiri mungkin pernah mendengar ucapan yang membosankan sehingga mata kita hampir terlelap dek kerana begitu "indah" sesuatu ucapan itu.Untuk menjadi seseorang yang hebat dalam pengucapan ini,orang itu perlulah berani dan selalu berlatih untuk berhadapan dengan orang ramai.Tidak dinafikan,ada sesetengah orang itu nampak sahaja lantang bercakap,tetapi pabila berada di hadapan khalayak ramai gugup,senyap dan langsung hilang suaranya.Kemahiran berucap ini memerlukan latihan.Latihan yang konsisten mampu mengubah kita menjadi seorang pemidato yang lebih mantap.Tidak dinafikan ada juga yang di lahirkan sebagai natural born speaker, dimana seseorang itu memang mempunyai bakat dan kredibilitinya sendiri untuk berucap.Dari pengalaman saya sendiri,saya sememangnya meminati kemahiran ini.Bermula dari sekolah tadika,saya sudah meminati arena pengucapan dan syarahan ini.Semasa di sekolah menengah saya diberikan peluang untuk bertemu orang-orang yang saya rasakan cukup baik dalam arena pengucapan ini.Kemahiran berucap ini tidak hanya tertumpu kepada syarahan dan pidato sahaja.Ia mempunyai skop yang lebih luas,kerana kemahiran berdebat atau berbahas juga dikategorikan sebagai kemahiran berucap.Kemahiran berkomunikasi juga merupakan kemahiran bercakap.Ramai yang mempunyai perasaan takut untuk berucap dan tidak mempunyai keyakinan.Jadi nasihat saya,cuba bukakan minda anda seluas-luasnya dan fikir dari sudut yang positif.Semua orang bermula dari bawah.Anak yang baru lahir juga merangkak,bertatih kemudian baru berjalan.Jadi kita perlu belajar dari bawah untuk berjaya..Setiap kali anda cuba berlatih,lakukan dengan penuh semangat.Ia akan mencerminkan penampilan anda sebagai seorang pemidato.Jadi mulakan sekarang..
pengalaman mendewasakan kita
Hidup ini bagaikan satu perjalanan yang penuh dengan kejutan dan cabaran.Sebagai manusia kita mempunyai keinginan dan matlamat kita sendiri.Setiap orang mempunyai cara masing-masing,tidak ada yang seiring.Jadi,inilah yang membuatkan kita nampak sama tapi pada hakikatnya kita tidak serupa.Dalam menempuhi dunia yang penuh cabaran ini,kita akan berhadapan dengan pelbagai situasi yang berbeza.Ada yang kita suka,ada yang kita menjadi huru-hara.Kerana itulah cara duniawi dicipta.Kita memulakan diari hidup kita yang panjang ini,sejak kali pertama kita dilahirkan.Semasa kecil kita kurang memahami dan mengerti,apakah tujuan kita hidup..Setiap hari yang berlalu sebenarnya mendewasakan kita dari segi fizikal dan juga minda.Oleh itu kita harus bijak menghadapinya.Jika kita renungkan kembali,mungkin ada diantara kita yang mahukan masa itu diputarkan kembali ke masa dulu.Dan mungkin ada diantara kita yang mahukan masa itu terus berlalu ke masa hadapan.Ini adalah perkara normal.Sebagai manusia,kita mempunyai imaginasi yang tinggi.Mahu mengubah itu dan ini.Tetapi jika ia telah berlaku,ia dianggap sejarah dalam hidup kita.Jadi apa yang berlaku dalam hidup kita ini sebenarnya merupakan satu proses pembelajaran yang sangat berguna.Bijak pandai ada mengatakan "Universiti terbaik adalah Dunia ini".Sememangnya,dalam perjalanan hidup kita di dunia ini kita banyak menempuh pelbagai pengalaman.Pengalaman manis,pahit dan sebagainya.Jadi ia adalah pengajaran kepada kita.Jika kesilapan lalu telah memberikan kesan kepada kita,pandanglah dari aspek yang positif.Manusia tidak sempurna,pengalaman hidup kita menjadi warna dunia kita.Oleh itu fikirkanlah...sekecil mana pun pengalaman itu,ia telah memberi satu lagi kefahaman dalam hidup kita...
Subscribe to:
Posts (Atom)