approved & supported by :
Friday, May 9, 2008
born to speak
Born to speak atau dalam bahasa Melayu nya adalah dilahirkan untuk bercakap.Sememangnya, jika kita melihat frasa ini ia merupakan perkara paling mudah untuk dilakukan.Tidak kira usia,bangsa atau pun agama semua orang boleh bercakap.Dari kecil kita bercakap sehinggalah ke hari ini.Tapi apa yang saya ingin fokuskan di dalam frasa ini,adalah kemahiran bercakap atau pun berucap.Apabila kita mula berkata tentang ini,tidak ramai yang mampu melakukannya.Kemahiran berucap atau pun Public Speaking ini merupakan satu kemahiran yang sangat berguna kepada individu yang benar-benar menguasainya.Kemahiran berucap ini mampu mengubah dunia.Pengaruh boleh diluaskan dengan bercakap atau berucap,kekayaan boleh dijana melalui percakapan ataupun ucapan.Jadi disini saya ingin berkongsi pendapat dan beberapa pengalaman saya terhadap minat saya yang mendalam berkenaan kemahiran berucap ini. Sebagai pengenalan dirantau Asia ini kita pernah mendengar nama seperti Sukarno,Anwar Ibrahim dan Mahathir.Apakah persamaan mereka? Ya..sememangnya mereka merupakan seorang pemidato yang sangat hebat di arena masing-masing.Kebanyakkan pemimpin di dunia ini menguasai kemahiran berucap ini dengan baik sekali.Seseorang pemimpin akan dinilai dari etikanya,dan kemahiran berucap ini adalah salah satu daripadanya.Apabila seseorang itu menyampaikan ucapan di hadapan orang ramai,dia sebenarnya sedang berinteraksi dengan orang yang mendengar ucapannya itu.Kita sendiri mungkin pernah mendengar ucapan yang membosankan sehingga mata kita hampir terlelap dek kerana begitu "indah" sesuatu ucapan itu.Untuk menjadi seseorang yang hebat dalam pengucapan ini,orang itu perlulah berani dan selalu berlatih untuk berhadapan dengan orang ramai.Tidak dinafikan,ada sesetengah orang itu nampak sahaja lantang bercakap,tetapi pabila berada di hadapan khalayak ramai gugup,senyap dan langsung hilang suaranya.Kemahiran berucap ini memerlukan latihan.Latihan yang konsisten mampu mengubah kita menjadi seorang pemidato yang lebih mantap.Tidak dinafikan ada juga yang di lahirkan sebagai natural born speaker, dimana seseorang itu memang mempunyai bakat dan kredibilitinya sendiri untuk berucap.Dari pengalaman saya sendiri,saya sememangnya meminati kemahiran ini.Bermula dari sekolah tadika,saya sudah meminati arena pengucapan dan syarahan ini.Semasa di sekolah menengah saya diberikan peluang untuk bertemu orang-orang yang saya rasakan cukup baik dalam arena pengucapan ini.Kemahiran berucap ini tidak hanya tertumpu kepada syarahan dan pidato sahaja.Ia mempunyai skop yang lebih luas,kerana kemahiran berdebat atau berbahas juga dikategorikan sebagai kemahiran berucap.Kemahiran berkomunikasi juga merupakan kemahiran bercakap.Ramai yang mempunyai perasaan takut untuk berucap dan tidak mempunyai keyakinan.Jadi nasihat saya,cuba bukakan minda anda seluas-luasnya dan fikir dari sudut yang positif.Semua orang bermula dari bawah.Anak yang baru lahir juga merangkak,bertatih kemudian baru berjalan.Jadi kita perlu belajar dari bawah untuk berjaya..Setiap kali anda cuba berlatih,lakukan dengan penuh semangat.Ia akan mencerminkan penampilan anda sebagai seorang pemidato.Jadi mulakan sekarang..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment