approved & supported by :

Monday, March 10, 2008

Perubahan Dinamik

Semalam 8 Mac 2008,teka teki pilihan raya yang hangat diperkatakan telah terjawab.Segala persoalan dan jangkaan sudah pun terlerai.Perubahan gelombang "Tsunami Politik" yang melanda Malaysia telah mula menjadi tumpuan penganalisis politik tempatan dan juga antarabangsa.Ada kerajaan yang bertukar tangan,dan ada juga yang masih mengekalkan penguasaan.Tapi apa yang dapat dilihat secara keseluruhannya ialah rakyat Malaysia,kaum muda terutamanya telah mula memandang serius tentang sesuatu perkara yang melanda negara.Jika dulu dapat dijangka bagaimana sesuatu keputusan pilihanraya itu akan terjadi,tetapi semalam ia benar-benar di luar jangkaan semua pihak.Arus perubahan pemikiran rakyat telah banyak memberi impak dalam keputusan pilihanraya semalam.Demokrasi yang diamalkan di negara ini telah menampakkan kesannya secara lebih terbuka.Rakyat sudah mula menyatakan suara mereka dan mengutarakan hak mereka.Dengan berakhirnya keputusan pilihanraya semalam,Malaysia kini mempunyai komponen pemerintah yang sangat seimbang.Pihak memerintah dan oposisi mempunyai banyak perkara yang perlu di buktikan selepas rakyat memberikan kepercayaan dan mandat kepada mereka yang dirasakan layak untuk menerajui kepimpinan.Jadi secara amnya,satu "check & balance" telah berlaku di negara ini.Jadi kita hanya perlu melihat,bagaimanakah pihak berkuasa akan menjalankan tanggungjawab yang mereka telah perolehi.Yang penting,barisan kepimpinan perlulah memahami keperluan rakyat,membantu rakyat untuk menjalani hidup dengan lebih baik.Keutamaan rakyat menjadi agenda utama kali ini.Jadi kita tunggu dan lihat..

No comments: