approved & supported by :

Tuesday, July 28, 2009

kawan-kawan & rakan-rakan

usul hari ini adalah tentang kawan-kawan & rakan-rakan

untuk aku, kawan-kawan ini adalah orang yang sangat-sangat penting dalam hidup aku. mereka banyak mengajar aku pelbagai perkara yang tak mungkin aku dapat pelajari seorang diri. Dalam hidup aku ini, aku memang lebih banyak menghabiskan masa berbincang dengan rakan-rakan serta kawan-kawan.

sebenarnya, aku memang menyayangi semua kawan-kawan serta rakan-rakan aku.yang aku kenal sejak dari kecil hinggalah saat ini. Kerana kalian semua adalah "guru tidak langsung " kepada aku. Setiap kawan yang aku kenali, setiap rakan yang aku sering berkongsi mempunyai gaya,cara dan pemikiran yang berbeza.Hal ini mengajar aku tentang selok belok kehidupan.

cuma aku mahu mohon maaf sekiranya aku kurang rapat dengan diantara kamu. aku juga tidak berkesempatan untuk menegur semua pada satu masa. Tapi aku mengakui, jaringan rakan atau pun "circle of friends" aku turut berubah mengikut keadaan.

pada aku, pabila berbicara tentang kawan dan rakan, aku definisi kan mereka sebagai orang yang punya rasa untuk mengambil berat, yang sudi menegur dan berkongsi apabila diperlukan. dan ia dikukuhkan lagi dengan keadaan dimana aktiviti ataupun kebiasaan sesuatu perkara itu dilakukan. sebagai contoh, minat yang sama diantara rakan atau kawan akan menjadikan kita lebih rapat dengan kawan itu berbanding kawan yang lain.

hal ini kerana banyak perkara yang boleh dibualkan,yang boleh dibincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara itu. ini cuma pandangan aku sahaja.mungkin kalian yang lain berbeza.

terima kasih rakan-rakan,terima kasih kawan-kawan..kerana kamu semua adalah satu anugerah buat aku sebenarnya. semoga kita masih berkawan, walaupun jarak memisahkan, moga segar dalam ingatan...persahabatan tetap berkekalan.

Friday, July 24, 2009

satu cerita di hari rabu


posting ini hanya tambahan cerita daripada blog esah :)

hari rabu lepas 22 julai 2009. sekumpulan rakan-rakan berjalan-jalan. maklumat adalah seperti dibawah :

destinasi : Jusco Bukit Tinggi

matlamat utama : menonton wayang

matlamat sampingan : jalan-jalan saja, melihat-lihat kedai

mereka yang terlibat : esah,nadia, anis, adila, nisaA, nazlin, aimran, justice, farhan.

ya. memang sangat seronok bila aktiviti @ rombongan kelas diadakan :D haha..banyak sangat cerita-cerita kelakar yang terjadi. tapi semuanya akan jadi kenangan nanti.

p/s : kalau ada apa2 acara lagi nanti.jangan lupa ajak jurufoto ini ya! :P

Sunday, July 12, 2009

orang-orang gila kuasa dan kerja mereka

Aku sebenarnya naik muak dengan politik ini. Aku tak minat langsung,cuma sekadar nak ambil tahu keadaan semasa sahaja. Kalau diperhatikan keadaan semasa memang aku definisikan politik tempatan sekarang ini sangat-sangat kotor dan tidak bersih langsung.

Wahai orang-orang politik sekalian.janganlah ingat kami semua ini makhluk bodoh yang tidak tahu perkara sebenar.Rakyat semua dah berpendidikan.Tak perlu untuk cakap bermegah-megah seperti 30 tahun lepas.Dulu rakyat memang akan percaya saja.Sekarang rakyat ada otak dan pendidikan untuk berfikir.

Macam mana hendak dihormati kalau kamu sendiri yang tidak menghormati.Hari-hari dengar kau benci dia,kau mengata dia,dia salah dan kau betul. Ini hendak jadi pemimpin? Pada pendapat aku, baik pilih mereka yang tidak berpolitik sebagai pemimpin.Senang saja,ikut cara kepimpinan dan ciri Rasulullah s.a.w. Kalau tak semua pun, yang lebih kurang sama boleh juga.

Politik masakini sangat-sangat gila. Golongan belia, tolonglah buka mata.Jangan ikut emosi,ikut orang jadi penyokong bermati-matian dengan parti politik tertentu. Kita sudah berada di zaman baru yang memberikan ruang kepada rakyat untuk berfikir dan menentukan.

Jadi sekarang ini,hentikan lah segala sikap-sikap gila wahai orang-orang yang berpolitik.Mungkin ada yang benar-benar bersih dari segala anasir kotor.tapi mungkin boleh dikira dengan jari. Aku pencinta keamanan.Benci persengkataan dan permusuhan. Aku mahu bangsa Malaysia yang menghormati dan bukan yang saling membenci.

nota untuk diperhatikan :

Diantara pemimpin-pemimpin parti politik dengan tokoh usahawan Melayu, Syed Mokhtar Al-Bukhary, aku memilih Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai idola dan pemimpin sebenar.

cerita seorang gadis di stesen lrt dengan lelaki tak seberapa

Hari minggu yang riuh di stesen putra lrt. dekat dengan pasar seni. ada seorang gadis yang cantik rupawan. pandai berhias dan menjadi tarikan segala jenis makhluk yang punya mata untuk memandang. cantik,anggun menjadi idaman setiap lelaki yang punya perasaan.bagaikan peragawati LV ataupun Gucci cara dia berjalan.

kemudian ada seorang lelaki,berpakaian kurang kemas dan tak berapa mahal. datang menghampiri gadis tadi.kemudian cuba menyapa, berbual mesra. Si gadis jadi hairan dengan tindakan lelaki itu tadi. rasa kurang senang, si gadis melarikan diri. berjalan cepat tanpa menoleh kebelakang. lelaki itu terus mengejarnya.langkah pantas bergerak.mengejar gadis itu...

di satu jalan.si gadis berhenti berlari.tidak larat lagi. dia berhenti. lelaki itu datang menghampiri. si gadis ketakutan. merayu supaya tidak di apa-apakan. jalan itu sangat sepi dan dan kosong.tiada orang yang boleh tolong.lelaki itu sudah makin menghampiri.

si gadis hanya mampu mengharapkan belas kasihan lelaki yang tak seberapa itu. berteriak tiada siapa mendengar, mengalir air mata hanya dia yang rasa. kemudian lelaki itu menyapa gadis tadi " cik, tadi cik tercicir duit RM 100 cik semasa di stesen lrt tadi.ini yang saya hendak pulangkan ". Lelaki itu terus pergi..meninggalkan si gadis itu dalam keadaan yang seperti mana tadi.

"....dalam hidup ini kita tidak boleh membuat kesimpulan sebelum kita benar-benar berdepan dengan keadaan. luaran mungkin lain, apa yang tersirat mungkin juga lain. kalau lari dari keadaan kita tak akan tahu jawapan. perlu bijak membuat keputusan. jadi lebih matang dan berpengalaman..."

Saturday, July 11, 2009

in graphics we trust



setelah hampir mati sebahagian jiwa.

ya.aku menulis ini bagaikan emosi yang sedang sedih.sebenarnya bukan sedih tetapi lebih kepada kekecewaan yang melanda. pasti ada yang menjangkakan apa yang aku akan coretkan melalui dasar kata-kata indah bahasa melayu yang klisenya aku gunakan.

walaupun dalam hidup ini ada banyak keinginan yang aku mahukan.tapi segalanya terbatas sekarang. dengan ini aku secara jujur menyatakan yang aku sudah tawar hati dengan nombor-nombor yang berjuta. keseimbangan yang sangat dikejar. segala rupa bentuk yang berasaskan prinsip aset dan liabiliti. aku sudah beralih arah.

aku sedar yang setiap kali keputusan itu diumumkan.aku akan melihat satu baris demi satu baris. mata tertumpu kepada itu dan keputusan aku merudum jatuh kerana kamu.tapi aku syukur kerana sudah enam semester, aku masih boleh berjalan tanpa tempang.

aku seorang askar yang tidak berjuang tetapi mempertahankan.

frasa kata diatas ini lebih sesuai dengan aku.ya.aku askar yang berlagak kuat dan tegap.tapi tidak berjuang dan hanya mempertahankan. tidak seperti askar-askar lain yang berjuang untuk mendapatkan kemenangan mutlak. aku hanya mempertahankan agar kubu tidak roboh diserang musuh.

masa masih ada setahun lagi untuk aku mempertahankan. setelah transkrip aku terisi dengan gred C dan lulus.aku meletakkan harapan sedikit tinggi kali ini. mungkin lebih baik untuk sejarah hidup aku sendiri.

aku akan buktikan pada mereka di mana jiwa,semangat dan kesungguhan aku berada sebenarnya. aku akan bangun walaupun di hempas jatuh je bumi. aku akan kembali berdiri andai kata kau menyerang aku dari setiap penjuru.aku tidak gentar dicantas, aku tidak takut dengan kata-kata yang pedas. Kau kritik aku, aku akan bangkit. Perjalanan berduri akan menjadi melodi hidup aku selepas ini.Kau tengoklah nanti.

Ada orang kata aku bercita-cita terlalu tinggi. dan mungkin tidak akan kesampaian hajat dan matlamat aku itu.tapi pernahkah kau sedar tujuan kau hidup? Buat apa hidup kalau matlamat kau itu sendiri kau tak ingin kejar? jangan jadi manusia yang terperangkap dalam kotak dan hanya mengikut telunjuk kata orang lain.kemudian kau senyap, menunduk dan hilang suara.. aku tidak akan jadi begitu..

aku percaya pada diri sendiri,yang aku tak akan tewas selagi yang Maha Esa mengizinkan. Takdir tuhan menentukan.tapi aku tetap berusaha untuk cita-cita dan matlamat sendiri.bukan kerana orang lain yang menentukan.

farhannazmey

Saturday, July 4, 2009

tulisan-tulisan jujur dari aku

selalunya aku akan menulis tentang perkara-perkara yang agak artistik dan mungkin kompleks.tapi hari ini aku ingin menulis tentang diri aku sendiri.mungkin selama ini, ada orang yang tertanya ( atau mungkin aku saja yang perasan) tentang diri aku ini. farhan nazmee. siapa makhluk ini.apa dia suka.apa dia benci. jadi posting kali ini adalah berdasarkan beberapa perkara yang jujur datangya dari aku.

cuti sudah melabuhkan tirai.

alhamdullillah... cuti kali ini sangat bermakna buat aku.walaupun tak banyak bercuti kemana-mana.namun aku bersyukur kerana masa cuti ini banyak aku gunakan untuk diri aku sendiri.sebelum ini asyik sibuk dengan kerja-kerja perakaunan,dan juga nombor arimetik.Tapi kini cuti yang hampir dua bulan ini sangat bermakna buat aku.Isnin depan semester baru telah bermula,dan aku rasa seronok kerana hanya tinggal lagi 3 semester ( termasuk semester 6 yang akan bermula isnin ini) untuk aku menghabiskan ijazah sarjana muda perakaunan aku di UiTM. Aku memang suka zaman belajar.Tapi aku lagi suka zaman belajar perkara-perkara yang aku lebih minat

segala benda bernombor (matematik khususnya)

mungkin ini agak janggal ditulis oleh aku.tapi sememangnya ia jujur dari aku. Mengikut trak rekod aku,aku memang agak kurang gemar dengan perkara-perkara bernombor ini.Seperti contohnya,matapelajaran matematik merupakan matapelajaran yang paling aku lemah.Senang cerita,nombor dan aku ini agak kurang bersesuaian.dan aku juga kurang mahir.aku tidak suka kepada perkara yang pasti dan tepat.tiada jawapan lain.Sebagai contoh, bila kita mendarab,menambah dan macam-macam lagi perkara matematik.Jawapannya pasti hanya ada satu. Terus terang aku kurang kepada perkara-perkara sebegini. Aku lebih kepada bidang bahasa.Terutamanya bahasa Melayu yang merupakan subjek kegemaran aku sejak dari sekolah rendah lagi.ya.aku suka perkara yang boleh kita lontarkan idea sendiri dan menggunakan kreativiti sendiri.itulah aku yang sebenarnya.Aku menulis ini dan aku teringat sewaktu darjah 6,aku gagal matapelajaran matematik.aku seorang saja yang gagal ketika itu.

perakaunan dan ijazah sarjana muda

mungkin ada yang dapat menhubungkaitkan tulisan diatas dengan yang ini.Ya, sebenarnya dalam hati aku tidak pernah terlintas untuk aku menjadi seorang akauntan yang bekerja difirma-firma besar.Tetapi aku meminati bidang perniagaan,pengurusan dan juga pemasaran. Perakaunan itu sendiri,aku kurang minat.Boleh lah mencuba,tapi kurang berminat.Matlamat sekarang adalah untuk menghabiskan pengajian ini dan memperoleh ijazah sarjana muda perakaunan.Ilmu itu penting.Menjadi orang berilmu itu penting untuk taraf hidup,untuk dihormati dan sebagainya.Cuma sekarang matlamat aku berbeza. Pepatah inggeris ada menyatakan " jack of all trade or master in one ".Aku ingin menjadi jack of all trade. Aku ingin mencuba semua bidang dan arena.Keutamaan sekarang adalah kepada bidang-bidang seni grafik,penulisan,fotografi dan semua cabang seni yang terlibat.Bagi aku lebih hebat untuk memahami perakaunan dan boleh bercakap serta mahir dalam bidang seni bukan?

seni,grafik,penulisan,fotografi dan segala cabangnya

dan ini adalah jiwa hidup aku.sememangnya.sejujurnya.bila aku terlibat secara langsung atau tidak.aku merasakan satu kepuasan yang sangat-sangat aku impikan selama ini.tiada rasa penat atau tertekan.cuma rasa sangat teruja dan mahukan hasil kerja yang terbaik.berbeza sangat ketika aku rasa untuk membuat sesuatu dengan rasa terpaksa. Tapi aku masih baru belajar dalam hal-hal ini.Buat kawan-kawan yang memberi sokongan dan dorongan,terima kasih aku ucapkan. aku mahu lama dalam bidang ini.menjadi tiang-tiang dalam rumah seni ini. Selain aku menimba ilmu,aku dapat pengalaman baru. Yang penting,kesungguhan dan minat yang tak pernah padam.tak pernah mati dalam jiwa dan sanubari.

impian dan cita-cita

dalam perkara ini aku lebih suka untuk naik setapak demi setapak.barulah dapat rasa nikmat kehidupan.Tak kan lah hendak terus menjadi jutawan kaya raya,tanpa merasa erti kesusahan dan kepayahan.Mula dari bawah,banyak pengalaman dan banyak pengajaran.Barulah, asas itu kukuh dari bawah.Tahu rasa nikmat,tahu rasa syukur.Ucapkan terima kasih,alhamdullilah.orang kata bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.


jujur dan ikhlas dari,

farhannazmey

Friday, July 3, 2009

tak pernah mati dari hati

kawan-kawan sekalian
STARIAN 015 yang sentiasa dalam hati.
Yang tak pernah mati dari hati.
Aku rindu kalian semua.
Terima kasih atas masa yang sempat kita berjumpa.
Pada old boys weekend yang lalu.
Nantikan perancangan baru untuk STARIAN 015
dalam masa terdekat ini.

the brotherhood that will never end