approved & supported by :

Saturday, November 29, 2008

WSB 3418

urm...WSB 3418.apakah maksudnya? kod rahsia? no surat beranak? no ic? Hanya orang yang tau saja memahaminya =)

Dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan selamat belajar kepada seseorang yang sangat rapat dalam hidup saya.Semoga dengan kehadiran WSB 3418 hidup anda akan lebih menjadi independant.hihi. Jangan terlalu excited tetapi kenalah lebih berhati2.Ada masa ni boleh biasakan dengan norma2 jalan raya.

Yang penting kena sentiasa berhati2, dan ucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberikan kemudahan ini kepada anda.=)

DRIVE SLOW

Saturday, November 22, 2008

the hoppers & ahli muzik




hello guys..during this holidays i just surf the internet and found so many interesting website and also stories.I wanna share this one series showed in 8TV every Sunday night.The series is called THE HOPPERS & AHLI MUZIK.

This series is very2 interesting for those who really like this 3 things..Indie + Travel + Music. This series actually show the journey of 4 young man, that is Gambit,Fatul, Fungus and Bobo. They have travel to 9 different states in Malaysia to discover about the indie culture in the state.It is very interesting to see that the Malaysian indie scene have many styles and talent.Every state have their own indie scene.In the previous episode they have travelled to Kedah,Penang, and Perak to discover the indie scenes. For example,when they travelled to Kedah they have meet the Par-Kour (i don't know the right spelling) team.Par-Kour is group of boys that have extreme talent in jumping on top of the building!! Kinda cool & extremely dangerous.So this is the Kedah style kinda indie.

So for those really into music,indie scenes and travelling you should watch this series.The Hoppers & Ahli Muzik is freakin awesome! try it!

Wednesday, November 19, 2008

cuti itu indah

Akhirnya tamat sudah peperiksaan semester ini.YEAY!! Walaupun semua paper tak bagus,namun saat berehat dan relax itu yang lebih penting =) enjoy the moment! yes2... Jadi sekarang cuti,semua orang ada perancangan sendiri untuk pergi bercuti di luar negara dan dalam negara.So guys have fun & take care!

Aku seperti biasala..cuti yang yang tak berapa ada perancangan.Kali ini nak make over my room..haha..makeover la sangat.Bukan ape cuma billik ni dah tak sesuai nak jadi tempat study.Jadi sekarang nak ubah balik jadi tempat yang kondusif untuk study.Just watchout for the new image of my room =) dah siap nanti gambar akan di upload (kalo jadi la makeover ni)..huhu

Erm.. Semalam aku baru saja menonton cerita SEPI.Walaupun cerita tu dah agak lama namun aku tetap nak tengok.Pandanganku, cerita ini sangat2 bermakna buat mereka yang mencari erti kesepian. Penuh dengan emosi dan jalan cerita yang sangat2 berbeza daripada filem melayu yang biasa.Ia benar2 membuatkan kita rasa kehilangan dalam kesepian.. Lagi lagi bila puisi ini disampaikan :

Bisikku pada bulan,
Kembalikan,
temanku,kekasihku,syurgaku,
Tanpa dia malam menemaniku,
Sepi memelukku,
Bulan... jangan biar siang,
Biar malam ini kelam,
Biar ia seperti sepi seperti aku..
Walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan,mesej puisi ini sungguh tajam.Namun credit harus diberikan kepada Khabir Bhatia yang berjaya menyampaikan cerita ini dengan berkesan melalui pengarahan beliau.Job well done!
Aku pula masa cuti ni sangat la bosan.Nak keluar kadang2 malas,nak jalan2 pun tak ada duit.Yang penting adalah saat kebebasan yang tidak dibelenggu apa2 kerja.Oh..indahnya! Mungkin sampai satu masa aku sendiri akan memahami erti hidup tak keseorangan.Tapi aku tak kisah,kerana hidup ini akan ditentukan oleh orang yang menilai.
Jadi kepada semua kawan2 yang beruti,selamat beruti dan jaga diri.Buat kawan di UiTM jumpa masa Istiadat Konvokesyen nanti =) happy hols everyone!!

Tuesday, November 18, 2008

cebisan

Biarkan sepi itu hilang,
Tatkala ia pergi muncul lah girang,
Bagaikan mimpi yang berulang-ulang,
Hanya yang berlalu itu akan dikenang,
Kesedihan itu hanya mainan,
Kegagalan itu hanyalah dugaan,
Disamping kamu terbit bahagia,
Yang ku harap kekal selamanya,
Namun noktah itu tetap ada,
Buat yang mengharap pasti kecewa,
Jika diberi sedikit masa,
Aku mengangkat pena,
Melakar kertas dengan tinta,
Meneruskan cerita...

Tuesday, November 11, 2008

penghujung peperiksaan akhir

Sekarang ni mesti ramai rakan2 lain juga sedang menghadapi peperiksaan. Semoga berjaya..
Memang penat betul bulan exam ni.Tido tak cukup, belajar pun tak cukup masa, mengantuk,malas dan lain2.Tapi biasa lah tu, nama pun pelajar.

Sebenarnya setelah melalui 5 kertas peperiksaan akhir, aku sangat hairan.Memandangkan peperiksaan akhir hanya 60% dan selebihnya adalah carry marks, mungkin keputusan peperiksaan kali ini akan berubah.Banyak je subjek2 yang aku sendiri tak pasti.Tapi dah lepas,apa pun tak guna.

cuma sekarang ni kena la usaha juga.USAHA TANGGA KEJAYAAN. dan Allah sentiasa akan menolong hamba-NYA yang berusaha kerana ALLAH tidak pernah melupakan janji-NYA.Percaya pada diri sendiri dan teruskan usaha...InsyaALLAH