approved & supported by :

Saturday, March 29, 2008

Kesedaran..

Manusia,orang atau insan.Nama yang berbeza tapi merujuk kepada satu perkara yang sama.Kita telah diberi peluang oleh Allah s.w.t. untuk mentadbir muka bumi ini.Tetapi kalau sudah manusia namanya,memang kita pasti akan terleka.Perasaan tamak haloba,nafsu yang tidak pernah putus dalam dalam diri seseorang manusia itu menjadikan kita satu makhluk yang tidak pernah puas.Sebagai seorang manusia biasa,kita sebenarnya sama sahaja.Apa yang membezakan diantara kita ini adalah status yang telah dicipta oleh kita sendiri.Pangkat,kekayaan dan kekuasaan menjadikan kita ini makhluk yang sering lupa dengan tujuan utama kita hidup dimuka bumi ini.Kita perlu sentiasa sedar dan berpijak dibumi yang nyata.Setiap yang berlaku itu adalah ujian daripada yang Maha Esa.Kita tidak akan selalu berada diatas,kerana hidup ini bagaikan roda yang berputar.Tiada jaminan untuk kita terus berkuasa dan kaya.Adakalanya,kita tidak sangka yang kita akan kehilangan semua itu dalam sekelip mata.Justeru itu,kita perlulah sentiasa muhasabah diri kita.Janganlah kita gelap mata dengan segala kesenangan.Mungkin ada bahana yang menanti kita dengan kesenangan itu.Atas rasa tanggungjawab,saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi nasihat dan peringatan kepada diri saya sendiri dan juga para pembaca sekalian.Kita perlu sedar siapa kita.Kita perlu tahu asal usul kita.Berpegang kepada konsep "manusia itu sama" kita perlu sentiasa beringat.Kekayaan,kuasa dan dan pangkat itu tidak akan kekal.Jadi kita perlu menggunakan nikmat yang telah dikurniakan kepada kita untuk membantu orang lain,disamping mendapat keberkatan.Bukannya menggunakan kekayaan untuk menindas,kekuasaan untuk membidas yang lain.Ingatlah,kita ini hanya hamba yang lemah.Penuh dengan kesilapan.Jadi dalam masa yang kita ada,kita perlu berusaha untuk mengenali diri ini.Jika kita menggunakan kuasa,pangkat dan harta untuk bermaharaja kita adalah manusia yang sombong dan bongkak.Tetapi lupa,siapa sebenarnya kita...

Friday, March 14, 2008

Bebaskan Pemikiran

Ramai orang bercakap.Bagaimana nasib orang Melayu selepas ini? Nak kah kita merempat di negara sendiri? Siapa lagi yang akan membela nasib kita kalau bukan kita? dan pelbagai lagi soalan yang muncul.Tapi sedarkah kita bahawa begitu pasifnya pemikiran kita terhadap sesuatu perkara ini. Bukakan lah minda kita sedikit.Sememangnya,setelah 50 tahun merdeka kita banyak mengecapi kejayaan,hidup dalam kesenangan.Tapi apa yang telah berlaku pada masa kini cukup membimbangkan banyak pihak.Ramai orang menyedarinya.Dengan kerana itu,perubahan telah berlaku.Orang Melayu khusus nya, yang ratanya merupakan golongan berpendapatan serdahana telah nampak bagaimana berlakunya perkara-perkara yang amat menyedihkan dalam senario kepimpinan.Kaum Melayu mula sedar yang perubahan perlu diadakan untuk membetulkan keadaan.Keraguan dan kerisauan golongan muda ini terutamanya telah menimbulkan banyak persoalan.Dan sememangnya mereka telah bersuara.Jadi nilailah sendiri dimana tahap kebebasan pemikiran anda.Dan sememangnya tiada jaminan yang dapat diberikan atas sesuatu perubahan itu.Tapi dalam masa yang sama,apa yang lebih penting adalah perubahan.Perubahan yang berlaku dapat memberikan kita pilihan dan kita sendiri mampu membuat penilaian.Tidak semua perubahan itu bagus.Tetapi ia boleh memberikan sesuatu kelainan.Jangan lah kita asyik memikirkan perkara yang lepas.Kita perlulah realistik.Pandang kehadapan.Bersedia untuk bersaing dengan dunia luar dan bukannya sesama kita.Patutnya sebagai bangsa Malaysia yang merdeka,kita perlu mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan mempunyai minda kelas pertama.Kita perlu memikirkan pro dan kontra terhadap sesuatu.Bukannya menentang secara melulu.Kita buktikan pada dunia,kita bangsa yang mampu maju,bukan berdasarkan sejarah.Tetapi berdasarkan pemikiran kita yang mampu mengubah dunia ini.Kita perlu bebas berfikir.Tidak semua perubahan harus kita tolak,dan tidak semua perubahan itu harus kita terima.Jika kita kaitkan perkara ini mengikut agama Islam,kita dapat menilai bagaimana agama Islam sendiri telah menegaskan kita perlu bersikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugas kita.Dan jika kita melihat kemungkaran berlaku di depan kita,perlulah kita membetulkan dengan perbuatan,jika tidak mampu betulkan ia dengan perkataan,dan jika masih tidak mampu tegurlah dalam hati.Hal ini,menjelaskan betapa pentingnya kita bertindak apabila berlakunya perkara yang mungkar.Jadi bebaskan pemikiran anda.Kayu pengukurnya ialah dunia ini.Jika kita mahu maju,kita perlu realistik dan mampu membuat penilaian.Yang penting bukan siapa yang disokong,tetapi kewibawaan dan ketelusan yang harus dijunjung..

Monday, March 10, 2008

Perubahan Dinamik

Semalam 8 Mac 2008,teka teki pilihan raya yang hangat diperkatakan telah terjawab.Segala persoalan dan jangkaan sudah pun terlerai.Perubahan gelombang "Tsunami Politik" yang melanda Malaysia telah mula menjadi tumpuan penganalisis politik tempatan dan juga antarabangsa.Ada kerajaan yang bertukar tangan,dan ada juga yang masih mengekalkan penguasaan.Tapi apa yang dapat dilihat secara keseluruhannya ialah rakyat Malaysia,kaum muda terutamanya telah mula memandang serius tentang sesuatu perkara yang melanda negara.Jika dulu dapat dijangka bagaimana sesuatu keputusan pilihanraya itu akan terjadi,tetapi semalam ia benar-benar di luar jangkaan semua pihak.Arus perubahan pemikiran rakyat telah banyak memberi impak dalam keputusan pilihanraya semalam.Demokrasi yang diamalkan di negara ini telah menampakkan kesannya secara lebih terbuka.Rakyat sudah mula menyatakan suara mereka dan mengutarakan hak mereka.Dengan berakhirnya keputusan pilihanraya semalam,Malaysia kini mempunyai komponen pemerintah yang sangat seimbang.Pihak memerintah dan oposisi mempunyai banyak perkara yang perlu di buktikan selepas rakyat memberikan kepercayaan dan mandat kepada mereka yang dirasakan layak untuk menerajui kepimpinan.Jadi secara amnya,satu "check & balance" telah berlaku di negara ini.Jadi kita hanya perlu melihat,bagaimanakah pihak berkuasa akan menjalankan tanggungjawab yang mereka telah perolehi.Yang penting,barisan kepimpinan perlulah memahami keperluan rakyat,membantu rakyat untuk menjalani hidup dengan lebih baik.Keutamaan rakyat menjadi agenda utama kali ini.Jadi kita tunggu dan lihat..