approved & supported by :

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah

semoga tahun baru ini,
kita tingkatkan ketaqwaan,
Jadi insan penuh harapan,
Berusaha mendekatkan diri dengan keimanan.

Semoga tahun baru ini akan memberikan seribu kebaikan kepada kita.
INSYAALLAH

ronda-ronda pantai timur

25-28 disember 2008.Aku telah mengembara ke pantai timur tanah air untuk pegi holiday.Annual event my family yang akan pergi bercuti.Ada beberapa destinasi yang telah aku jelajahi.So this is my own review :

Kuantan

Kuantan oh kuantan...the last time aku datang sini,was in year 2000.Dah 8 tahun gak la tak pergi Kuantan.Masih ingat lagi,ther riverview side of Kuantan.Mase tahun 2000,elok lagi bersih,cantik,indah.Tapi sekarang aku sgt2 terperanjat bila datang balik.Memang dah tak terjaga.Very2 upset to see such a wonderful places been very dirty and not being well taken care of.Tempat2 makan kat tepi sungai tu pun dah xbersih macam dulu.Aku pun pelik nape.Memang ada banyak pembaharuan.Especially the otherside of the town.Ada new shopping complex..Berjaya Mall,East coast mall..Tapi sayangnya,tempat2 yang boleh dikategorikan sebagai "otai" kat Kuantan ni tak dipelihara.Sape yang nak dipersalahkan? entahla.. Konklusinya,Kuantan kali ini agak mengecewakan la kalau nak dibandingkan dengan tahun 2000.Tapi ada certain places yang still best.Teluk cempedak still best :) nasi lemak kuantan sangat menyelerakan..dapat tgk tempat crocodile Rock,yang ada dalam series the hoppers & ahli muzik tu (masa diorng g Kuantan tgk Yuna buat performance). Tapi hotel kuantan tembeling resort tu agak low rated gak la untuk aku.Kurang terjaga(biasala..kalau anak syarikat kerajaan punya,mentaliti government la)

cherating

Aku tak pernah sampai cherating ni.Patutnya pergi time 2006.Tapi ada sedikit masalah,so xpernah la pergi.cherating was awesome!! The beach is totally superb and sgt landai..hehe..Memang lawa la.Betul cakap ko Nameq.cherating best :D sempat la jalan2 tgk mcmane rupe cherating tu.Again,dapat tgk tempat2 yang dalam series the hoppers & ahli muzik tu.Sebenarnya best dapat mengembara pergi tgk tempat2 orang ini.Learn their culture :) Malaysia banyak tempat2 & budaya yang menarik.Jadi Jom la cuti2 Malaysia! (untuk cuti akan datang)

Kemaman

Kemaman Terengganu.Terengganu pun banyak berubah.Good to see that :) walaupun pergi kejap je kat Kemaman.Tapi memang ok. Ingat kalo adzuan ade nk g singgah rumah dier.Tapi malangnya nye.dier ade di Jepun..hehe..Adzuan,kemaman dah makin maju la :D

Tuesday, December 23, 2008

STARIAN 015 new agenda


Alhamdulillah..reunion di pangkor pada hari minggu yang lepas telah pun selesai dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan reunion tersebut.Memang banyak kenangan indah kita bersama.Walaupun pertemuan itu hanya sebentar,tetapi ia cukup bermakna untuk meneruskan agenda-agenda baru STARIAN 015.Pada reunion yang telah diadakan kita juga berkesempatan untuk berbincang kemana hala tuju kita selepas ini.


Untuk pengetahuan rakan2 yang tidak dapat hadir pada reunion di pulau pangkor,ada beberapa perkara yang telah diputuskan dalam perbincangan dengan 37 orang ahli batch yang hadir iaitu:


1) Selepas ini network yang akan digunakan hanyalah melalui facebook.Mana2 account lain seperti friendster group,circles, akan di shut down.Semua maklumat official tentang batch hanya akan di maklumkan di group facebook sahaja.Jadi sila buat account facebook anda.


2) Kita juga telah merancang untuk mengadakan perjumpaan sesama STARIAN dari semasa ke semasa.Buat masa sekarang cadangan nya adalah mengikut universiti,negeri dan juga kumpulan2 minoriti yang mempunyai minat yang sama.Seperti mengadakan pertandingan futsal sebulan sekali,mengadakan jamuan makan dan sebagainya.Untuk makluman lanjut sila rujuk group facebook dari semasa ke semasa.


3) Kita juga akan melancarkan kempen networking bersama STAROBA untuk mengukuhkan lagi ikatan STARIAN diantara STARIAN o15 dengan batch2 yang lain.Ini adalah untuk menjalinkan hubungan networking yang baik sesama STARIAN.Jadi info2 boleh disemak melalui laman web staroba iaitu, http://www.staroba.org/


4) untuk maklumat lanjut sila ke group facebook STARIAN 015



Jadi rakan2 STARIAN 015 komitmen anda sememangnya diperlukan untuk menjayakan agenda2 kita ini.Jalankan tanggungjawab anda.


STARIAN SIDE BY SIDE


oleh,
Farhan Nazmee b. Kamarul Zaman

Penasihat Umum STARIAN o15

Friday, December 19, 2008

destinasi pangkor

yeah.. This weekend we are heading to Pangkor Island! Rasanya dah lama tak berjumpa my batchbrothers.Ada yang last sekali jumpa time pergi amik result SPM kat STAR masa tahun 2006.Gosh! giler2 rindu la kat korang! InsyaALLAH jumpa sabtu ni :)

Teringat balik masa dekat STAR.Belum la cakap orang,kawan2 yang dekat asrama lagi rapat sebab dieorang lebih banyak membesar dengan kita.Jadi mereka lebih memahami.Dari form 1 sampai form 5,macam yang batch of 45 lalui.So we are batchbrothers to the end.

Jadi terima kasih kepada semua yang akan menjayakan batch gathering kali ini.Terutama nya kepada orang yang paling bersusah payah iaitu peknas.Kalau peknas ini takde,agaknya gathering ini xkan jadi.Then oscar,burn,faliq yang banyak menngupdate dengan info2 terbaru.Thanks guys! Aku sebagai patron project ini sangat berterima kasih kepada semua :)

STARIAN SIDE BY SIDE

Thursday, December 18, 2008

ritma dikala gusar

hidup ini bebas,
Bebas menentukan segalanya,
nak jadi apa..jadila..ikut suka,
kalau ada kuasa mahu beli satu dunia.

Kalau hidup gagal,
Tak bermakna kita kalah,
cuma belum menang,
lain kali boleh cuba,
kalau jatuh boleh bangkit semula.

Hidup memang begitu,
Penuh kisah dalam cerita,
Jika kau mendengar,
Belum tentu kau memahami,
Kalau engkau tahu carilah sendiri

Sunday, December 14, 2008

jauh perjalanan luas pengalaman

dah lama aku tak meng update blog ini..sebenarnya banyak benda yang terjadi sewaktu musim2 cuti ni.haha..biasa la..cuti maksudnya enjoy! :D Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman tentang perjalanan..


Hidup ini satu perjalanan.Jadi sebenarnya banyak benda dalam dunia ni yang masih kita tak tahu,atau saja tak ambil tahu. Jadi sewaktu cuti ni,aku telah mengambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru untuk meluaskan pengalaman.Jadi seperti mane blog post sebelum ni,iaitu RaNtai art event.Jadi aku ingin berkongsi tentang event itu.



The Red Bungalow.lot153.Disinilah RaNtai Art event itu diadakan.aku semalam main redah je jalan.Sampai ntah kemana2 dengan berjalan kaki.Padahal sebelah je KLcc.Tapi setelah mengikut jalan jauh..aku sampai juga di sini.Urm...memang menarik sangat event ni.Sebab everything is related to art kinda stuff.Mcm2 ade..booth,performance, yang paling banyak ade painting and photography showcase. Semuanya dikumpulkan disatu tempat.Jadi aku yang 1st time sampai sini pun dapat la pendedahan baru tentang dunia seni ni.Walaupun aku meminati seni dari aliran yang berbeza tapi ia tetap seni.
Aku juga sempat la mengambil beberapa gambar dengan menggunakan kamera handphone k618i.Haha..malu gak bila semua orang keluarkan DSLR Nikon,Sony.Sorok2 gak la amek gambar tu. :D tapi sebenarnya ia sesuatu yang menakjubkan bila kita mencuba sesuatu yang berbeza.

Friday, December 5, 2008

Rantai Revelation Art Event 2008

kepada semua yang meminati seni dan karya2 indie,korang boleh la datang ke event ni.Annual event sejak 2006 (kalo xsilap) yang dibawa khas oleh Rantai Art. Berbagai-bagai aktiviti yang berkaitan dengan seni & karya akan di persembahkan.Art Booth, Akustik muzik,poem recital,short film screening,band performance and many more.Lokasi kat The Red Bungalow,MIA Arthouse, Jalan Ampang KL.diorang tulis belakang Pelita Nasi Kandar KLcc.

Jadi kepada sesiapa yang minat dengan karya2 seni indie boleh la datang ke event ni.Yang paling best enterance free =D so see you there!

Thursday, December 4, 2008

kareya

Hidup itu seni,
Ada begitu ada begini,
Manusia dicipta berbagai rupa,
Sama pada nama tapi hati berbeza

Kareya itu luahan hati,
Bukan senang untuk memahami,
Tetapi dengan perasaan ia boleh dierti,
Jangan gusar dengan kareya,
Kerna aku dan kau tak sama

Kareya itu juga cinta,
Benda yang damai dan indah,
Menghilangkan keluh kesah,
Mengubati yang parah,
sehingga sembuh itu pulih tidak berdarah

Kareya adalah untuk dikongsi,
Perlu untuk dihargai,
Sama-sama kita nikmati,
Walau secebis mana pun ia,
Tetap memberi makna untuk kita semua

Dalam diri kita punya kareya,
Hanya kita boleh memahaminya,
Dari wajah kita tersenyum,
Dari perasaan lahirlah kareya,
Kerna kareya itu milik kamu

Monday, December 1, 2008

konvokesyen

Semalam aku dan kawan2 baru selesai mendapat diploma selepas istiadat konvokesyen.Pengalaman baru untuk aku dan rakan2 semua.Erm..rasenye memang menarik la dapat tengok ramai ahli keluarga yang datang.Dari kampung,menyambut kejayaan anak muda keluarga mereka.

Tadi aku kembali ke UiTM untuk menyelesaikan beberapa perkara.Majlis Konvokesyen masih berjalan.Aku dapat melihat keriangan tetamu2 yang datang.Memang la..bayangkan kalau ada yang famili tu datang dari keluarga yang susah dan miskin,mestilah meraikan anak yang konvo bagaikan satu permulaan baru dalam hidup mereka.Macam harapan la.. Anak yg berjaya tu mungkin akan mengubah nasib keluarga.

Tapi tadi ada satu perkara yang menarik perhatian aku.Biasalah masa konvokesyen ini punyalah banyak booth yang jual bunga,cenderamata,and everthing la.Tadi masa aku sibuk menyemak dikawasan orang2 ramai tu,ada satu budak kecil dengan bapanya kot.Aku rasa mereka bukan dari keluarga yang hidup dibandar.Berdasarkan penampilan dan cara bercakap.Mungkin juga bukan keluarga yang berada.Apa yang membuatkan aku tersentuh ialah,anak kecil itu sedang memegang satu cenderamata yang kecil untuk diberikan kepada ahli keluarganya yang konvo itu.Menunjukkan,walaupun dari keluarga yang tidak senang,sewaktu konvokesyen ini mereka tetap nak menghadiahkan sesuatu kepada para graduan atas kejayaannya.Aku terfikir sebegitu td.

Jadi memangla konvokesyen ini merupakan sesuatu yang sangat bersejarah buat para graduan & keluarga.Kepada para graduan tahniah.Semoga berjaya di masa akan datang.

TO ALL FASTRAcKERS BATcH JULY 2006 WELL DONE!!