approved & supported by :
Sunday, May 11, 2008
Bila kita fikirkan kembali..
Sebagai warganegara Malaysia,saya berbangga kerana menjadi salah seorang yang terpilih untuk hidup di negara yang sangat bertuah ini.Memang saya bersyukur kerana negara ini memang stabil secara keseluruhannya.Tapi adakah kita ini benar-benar sedar dengan isu-isu semasa yang melanda negara? Atau kita hanya ambil tak endah sahaja tentang perkara-perkara ini? Jadi saya ingin mengambil perhatian para pembaca semua tentang betapa pentingnya kita untuk membuka minda dan membuat penilaian sendiri.Bila kita fikirkan kembali...adakah benar negara ini mempunyai ekonomi yang kukuh sekarang? Adakah kita berada di landasan yang betul dalam usaha menjadi negara maju menjelang tahun 2020? Segala persoalan ini memerlukan jawapan.Berdasarkan pemerhatian saya,rakyat Malaysia ini mempunyai satu sifat yang suka berada di dalam comfort zone ,atau zon selesa kita.Kita tidak mengambil peduli dengan perkembangan semasa tentang perubahan globalisasi sebenarnya.Tidak di nafikan rakyat Malaysia sememangnya membaca surat khabar setiap hari untuk mendapatkan berita terbaru.Tapi adakah dengan hanya membaca surat khabar,kita telah mengetahui perkembangan semasa? Dan adakah semua berita yang terkandung di dalam akhbar itu benar?Jadi disini kita sendiri tidak pasti.Sepatutnya apa yang berlaku ialah,bacaan susulan untuk memastikan adakah berita itu benar dan relevan? Memandangkan kita hanya membaca surat khabar tempatan,kita tidak mengetahui bagaimanakah mata dunia melihat dan menilai kita sebenarnya.Jika akhbar tempatan mengatakan kita mempunyai sektor ekonomi yang kukuh,adakah negara-negara lain di dunia turut memandang kita begitu? Kita perlu pastikannya.Di sini kita perlu bijak menggunakan teknologi yang ada.Kemudahan internet perlu digunakan untuk mencari jawapan untuk pelbagai soalan itu.Saya tidak menafikan kita memang mempunyai semangat untuk mengetahui perkembangan semasa,tetapi ia tidak cukup dengan hanya membaca surat khabar sahaja.Bila kita fikirkan kembali...saya berpendapat bahawa masyarakat dinegara ini lebih mengutamakan perkara-perkara yang agak remeh jika dibandingkan dengan negara-negara lain.Memang ada kelonggaran dan kebebasan kita untuk menyatakan hak masing-masing,tetapi janganlah sehingga ia membuatkan kita terlalu "taksub" dengannya.Hal ini kerana,rakyat Malaysia sering dihujani dengan berita-berita yang sama.Cuma orang yang terlibat saja yang berbeza.Kita terlalu banyak memerhati daripada mengkaji,terlalu banyak mengkaji daripada meneliti.Ini membuatkan kita kurang menilai bagaimana pentingnya sesuatu isu itu.Jika keadaan ini berterusan,kita pasti akan ketinggalan.Negara lain yang saban hari berhadapan dengan isu-isu yang lebih mencabar akan terus maju.Tetapi jika kita masih di sini untuk membincangkan masalah dalaman saja,kita tidak mampu untuk bersaing dengan mereka.Kita perlu keluar dari zon selesa kita untuk terus maju.Pandang kehadapan dan terus mara.Cukuplah dengan isu-isu yang tidak pernah habis diperbincangkan,sediakan minda untuk perkara yang lebih mencabar.Barulah kita tahu dimanakah letaknya kita di mata dunia.Untuk mengatasi pencabar kita perlu rapat dengan mereka,fahami mereka.Masih belum terlambat untuk kita sedar,cuma keadaan yang akan berubah bakal menentukan siapa kita yang sebenar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hey,cuba bahaskan tentang senario politik.statement DSAI baru-baru ini telah mencetuskan suasana yang baru dalam politik malaysia.seakan sama seperti apa yang dialami oleh suharto,megawati dan b.j habibie ketika krisis ekonomi berlaku tidak lama dahulu.it's a very interesting topic.
-MaX-
aku rasa blog kau ni menarik tp jd membosankan bila kau x reti nak buat perenggan. apa kata entry yg lepas ni kau cube space2 kan sket. sakit mata doh nak baca.
_naza_
Post a Comment