Alhamdullillah, setelah menghadapi bulan Ramadhan Al-mubarak kita sekali lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Disamping itu kita mengharap segala amal kebaikan yang kita lakukan semasa bulan Ramadhan akan diterima oleh Allah s.w.t. dengan sebaiknya.InsyaALLAH.
Ketika kita seronok dan gembira menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga dan rakan,janganlah kita lupa golongan yang kurang mampu.Pasti ada diantara kita yang telah mengahabiskan ratusan dan ribuan ringgit untuk persiapan hari raya aidilfitri ini.Jadi kita juga perlu mengingati mereka yang kurang bernasib baik.Muhasabahlah diri kita,sesungguhnya diri kita dalam perjalanan hidup ini tidak akan kekal dengan satu cara sahaja.Hidup ini bagaikan roda yang sering berputar.Kadangkala kita berada diatas dan kadangkala kita berada dibawah. Jadi sambutan aidilfitri ini perlulah disambut atas dasar kemanusiaan yang paling penting adalah sifat mengasihi antara saudara seumat Islam.
Keadaan di Malaysia ini sememangnya berbeza dengan tempat lain.Pada hari raya inilah kita akan menziarahi keluarga kita dan juga teman-teman.Mohon maaf di pinta dan khabar mereka juga ditanya.Boleh dikatakan ketika hari raya inilah hubungan kekeluargaan di rapatkan.Saya juga pasti hari raya ini merupakan perayaan yang gembira untuk semua.Jadi pada hari raya ini bergembiralah dengan batasan,bersyukur dengan keadaan dan mereka yang kurang bernasib baik jangan dilupakan.
Akhir kata sebelum saya mengakhiri blog ini,saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri saya.Sepanjang perkenalan dan juga persahabatan mungkin ada tersalah bicara, terkasar bahasa,saya mohon maaf.Selamat hari raya maaf zahir batin.
approved & supported by :
Monday, September 29, 2008
Saturday, September 13, 2008
seminggu
dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua kaum muslimin & muslimat. Seminggu ini banyak berlakunya perkara-perkara bermakna buat saya.Terutamanya hari lahir nurjihan shaiful arbi yang ke20 pada 10 September 2008. Selamat hari lahir.Terima kasih untuk semuanya nya. :) semoga masa akan datang akan menjanjikan kejayaan yang penuh kebahagiaan..InsyaALLAH
Subscribe to:
Posts (Atom)