approved & supported by :

Tuesday, January 20, 2009

pasca anugerah juara lagu ke 23

Walaupun anugerah juara lagu telah pun berakhir,namun masih lagi ramai orang bercakap tentangnya.Tahniah kepada Meet Uncle Hussain yang telah berjaya menjadi juara lagu.Semangat band2 indie tidak pernah pupus yang bisa membuatkan mereka berada dipuncak sekarang ini.Selepas Estranged pada tahun lepas kini giliran Meet Uncle Hussain pula.

Apa2 pun saya ingin berkongsi pendapat saya tentang Faizal Tahir. Mungkin ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan apa yang hendak saya perkatakan.Sebagaimana yang peminat muzik tanah air sudah ketahui, bakat nyanyian Faizal Tahir sememangnya penuh kualiti dan versatile. Bagi apa saja jenis lagu,penyanyi ini mampu memukau penonton.Jadi sewaktu AJL 23 yang lepas beliau sangat2 mendalami muzik dan lagu yang dibawakan.Secara ikhlas saya katakan sewaktu persembahan berlangsung hanya ada 2 artis yang benar2 dapat saya rasakan "feel & passion" mereka terhadap muzik yang dinyanyikan.Tak lain dan tak bukan iaitu Faizal Tahir dan Aizat. Sewaktu mereka membuat persembahan boleh dikatakan yang mereka sangat2 ikhlas dalam menyampaikan karya muzik itu.Syabas dan tahniah diucapkan.

Namun begitu, tak semua itu datang dengan "percuma".Tahun lepas Faizal Tahir telah di "banned" daripada melakukan sebarang persembahan live dan muncul di kaca TV.Mungkin itu pengajaran yang telah mengubah beliau seperti mana yang ada sekarang. Hakikatnya, minatnya yang sangat mendalam terhadap karekter adiwira Superman mungkin telah menyebabkan beliau membayar harga yang mahal dalam perjalanan hidup sebagai seorang anak seni.Tapi itulah manusia,sering melakukan kesilapan.

Tapi saya rasa Faizal Tahir ini seorang yang "extra-ordinary". Dan ada pepatah inggeris mengatakan "extra-ordinary people will create extra-ordinary result".Kerana itu setiap persembahan nya pasti akan menjanjikan kelainan. Jadi, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua artis di Malaysia.Have passion in your music and you will succeed

No comments: