"....Ada satu waktu itu, aku rasa situasi dan keadaan melemahkan jiwa. Membunuh semangat dan memeritkan. Tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya. Setiap kegusaran dan kerisauan pasti ada jalan penyelesaian dan kegembiraan..."
Beberapa hari lalu, aku peluang untuk bertemu seorang teman baik aku sejak daripada zaman kanak-kanak aku lagi.Zaman remaja aku, banyak juga aku kongsi bersama dia. Teman rapat aku sejak sekolah rendah. Kali terakhir aku bertemu dengan dia adalah pada tahun 2006. Ketika itu pun kerana ada perkara yang perlu diselesaikan.
Intipati pertemuan kali ini sangat berbeza aku rasa. Kematangan perbualan aku dan juga dia sangat memberikan pandangan baru dalam melihat sesuatu. Pengalaman dia berada di luar negara sedikit sebanyak memberikan pengajaran berharga untuk aku.
Dia seorang teman yang kuat hatinya. Ujian Tuhan yang melanda dia itu bukan semua yang dapat mengharunginya dengan rasional. Jawapan yang keluar daripada mulutnya itu benar-benar menyedarkan aku tentang segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan.
Walaupun pertemuan itu sangat singkat,tapi silaturrahim itu terus kekal terikat. Semoga pertemuan selepas ini akan lebih bermakna. Aku dan juga teman sudah berjaya hendaknya.
InsyaALLAH.
Terima kasih kerana sudi bertemu dan berkongsi :)
No comments:
Post a Comment