approved & supported by :

Monday, December 27, 2010

the journey

the journey

" Sometimes we did not realized things that already been there for a long time. Things that really make us feel better and good every time. Once we realized it, we should be grateful and appreciate it to the fullest.Thank God we still have the chance to discover it before it is gone forever "

Wednesday, December 8, 2010

Fotolog Penang : Makanan terbaik!

Sessi jalan-jalan Malaysia kali ini telah ditaja oleh Emak dan Abah (jutaan terima kasih diucapkan).Destinasinya adalah Pulau Pinang ataupun Penang. Kepelbagaian makanan di Pulau Pinang ini (Georgetown terutamanya) sangat menyelerakan. Beberapa tempat untuk saya kongsikan bersama :)

Restoran Sup Hameed, Penang Road

Restoran Sup Hameed, Jalan Penang. Sup istimewa yang sangat sedap.Hidangan Roti Canai juga lembut dan garing.Berbeza dengan roti canai di sekitar Lembah Klang.

Sup Hameed

Roti Canai Penang


IMG_3245

Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar Kampung Melayu

Setelah membaca review di internet dan disyorkan oleh kawan, Nasi Kandar Kampung Melayu ini adalah tempat yang terbaik sekali untuk hidangan nasi kandar. Rasa kari nya yang cukup unik ( boleh dikatakan setaraf dengan Nasi Ganja,Ipoh)

Pasembur

Pasembur Padang Kota, Penang

Pasembur Padang Kota ( Food Court Baru )

Char Kuey Teow Udang

Char Kuey Teow Udang, Padang Kota ( Food Court Baru)

Restoran Kapitan, Penang

Susu Badam

Nan Cheese & Tandoori Kapitan, Penang

Restoran Kapitan, Jalan Chulia Georgetown. Ayam Tandoori terbaik yang saya pernah rasa. Ayam nya yang lembut dan kuah cicahnya yang rasanya cukup sempurna untuk mereka yang sukakan Ayam Tandoori. Minuman Susu Badam juga adalah keistimewaan restoran itu.

Nasi Kandar Beratur,Penang

Setelah selesai makan di Restoran Kapitan itu, saya berkesempatan untuk melihat senditi penangan Nasi Kandar Beratur yang katanya sangat sedap dan memang ramai orang. Kedai ini hanya buka pada jam 10.00 malam setiap hari.Ya, foto diatas membuktikan memang Nasi Kandar ini bertepatan dengan namanya. Memang ramai yang beratur.

Restoran Nelayan

Ikan Bawal Goreng Ujong Batu

Ikan Bawal Goreng

Sebelum bergerak pulang ke Shah Alam, abah sejak mula datang ke Penang telah mengajak kami sekeluarga ke Restoran Nelayan ini.Keistimewaannya, Ikan Bawal Goreng Panas.Memang sangat garing dan kuah cicah serta sambal kicapnya memang terbaik! Kari Utara dan tauhu sambal menjadi hidangan terakhir sebelum meninggalkan Penang.

Penang memang istimewa dengan makanan. Memang tak rasa lapar langsung sepanjang berada di sana :D

Sunday, December 5, 2010

hijau semalam

Tree

Semalam aku cuba benda baru dalam hidup. Menyeronokkan dan banyak pengalaman baru aku dapat. Sekarang aku rasa aku mahu jadi seorang pengembara yang boleh menjelajah sana sini. Aku mahu jadi orang yang boleh lihat dunia.

Aku cintakan hijau dan ketenangan.Aku bersyukur sebab ada semalam.