approved & supported by :

Wednesday, June 10, 2009

sembang-sembang seni

kebelakangan ini macam2 persepsi orang tentang seni. seni itu meluas. ada banyak cabang dan aliran. dan untuk aku, seni ini satu kehidupan. yang akan terus berjalan dari masa ke semasa. terus berkembang dari satu ke satu lagi yang baru.

ada beberapa perkara tentang seni yang perlu diperjelaskan. sebab ramai orang agak sukar memahami perkara2 ini.

persepsi 1 :

seni itu ekspresi diri

sebenarnya semua orang ada ekspresi diri sendiri.cuma lain orang lain cara. jadi apabila seseorang itu mengekspresikan apa yang dirasa, apa yang difikirannya ia boleh menjadi karya seni. Seseorang individu "memuntahkan" kata melalui pena lalu ia mungkin menjadi antologi puisi dan mungkin juga lirik lagu yang menarik. seseorang yang suka memerhati, mengacu lensa kepada subjek dan terhasillah satu gambar yang sangat menarik. jadi sebenarnya, seni itu adalah ekspresi diri. cuma cara itu berbeza.

persepsi 2 :

seni boleh dipelajari oleh semua orang

ada orang kata seni itu ada dalam jiwanya. dari keturunan nya.dan sebagainya. itu mungkin betul. tapi seni juga boleh dipelajari. kerana pada masa kini,bukannya satu sahaja bidang seni.mungkin ada puluhan ribu cabang seni.penulisan, penghasilan lagu, pembikin filem dan sebagainya.ini semua aliran seni. mereka sudah pastinya belajar tentang seni ini.baik secara teori dan praktikal.mungkin juga melalui pengalaman.cuma kadang2 hasil seni itu mungkin disukai atau pun tidak.tapi perkara ini subjektif.

persepsi 3 :

hasil karya seni bukan sesuatu yang memeningkan

mungkin ada yang pernah terfikir, yang kadangkala hasil karya seseorang itu agak "tak logik" dan memeningkan. sebenarnya itu tidak berlaku kerana, si pengkarya mungkin melihat dari sudut yang berbeza semasa menghasilkan karya itu.dan orang lain tidak dapat memahaminya. contoh, lukisan conteng2 yang dijual dengan harga beribu2 itu kadangkala nampak biasa sahaja.tapi sebenarnya nilai yang tersirat itu mungkin sangat tinggi. hanya pengkarya itu sahaja yang tahu mungkin.

persepsi 4 :

seni itu universal

satu perkara yang sangat menarik tentang seni ialah, ia sangat universal. semua perkara boleh jadi seni. dan hasil2 karya ini boleh dipuji,dikritik dan kalau yang sangat membenci mungkin akan memaki. tapi itulah seni. tidak bisa memuaskan hati semua orang,tetapi ia mendapat pujian dari golongan yang tertentu.terutamanya seni muzik. ada macam2 jenis muzik.mungkin ada yang membingitkan telinga dan mungkin ada yang menenangkan jiwa.

persepsi 5 :

kreatif.berani dan semangat.

seni memerlukan semua ini.dan mungkin lebih lagi dari ini. barulah karya seni itu terhasil dengan baik.apa2 pun semua bidang memerlukan semangat.cuma seni ini lebih lagi.


semua persepsi ini adalah pendapat ikhlas dari saya.pandangan saya. pemikiran saya. mungkin anda berbeza.tidak menjadi masalah kerana seni itu tidak pernah boleh dianggap salah jika sesuai pada tempatnya.hasil karya seni itu perlu dihormati.sekian.

farhannazmey

3 comments:

HILMI FUAD said...

suddenly i miss our vocacrew and the members...it was fun to work with my bros...hope one day we can continue our crazy doing jamming!

Anonymous said...

Well said bro.Seni itu indah. Thats all i can say.

BTW boll.nak jamming ajak aku.aku leh jadi mc.hehe

-felix-

farhannazmey said...

boll: yeap bro.really missing all the moment of voca. lagi pun aku start involve dengan seni ni start dari voca gak.voca always in my bro bro :)

felix : thats right.seni itu mmg indah.xde bergaduh2 xde pening2.demokrasi seni =)