mereka duduk berdua di hujung tepian itu. dikala malam samar-samar yang diterangi oleh beberapa cahaya berwarna kuning dari tiang-tiang di tepi jalan. mereka berdua berbincang panjang. mereka berdua adalah seorang ayah dan seorang lagi itu anaknya.
si ayah bercerita panjang tentang pengalaman hidupnya,berkongsi cerita, kisah dan juga rasa terhadap sesuatu yang dilalui olehnya. si anak pula mendengar dengan teliti. cuba memahami apa yang dikatakan oleh ayahnya itu. mereka berbincang dan terus berbincang. topik mereka adalah tentang arah tuju masa depan.
merek berbincang tentang kehidupan.masalah semasa,aspek perbincangan yang untuk masa depan.si ayah terus berbincang tentang perancangannya.si anak turut sama menyatakan impian nya. perbualan mereka tidak lagi seperti seorang anak dengan seorang bapa.tetapi lebih kepada perbincangan diantara satu sahabat dengan sahabat yang lain.
si ayah memberikan pengajaran baru kepada anaknya. hidup si ayah yang sudah agak lama makan garam itu banyak memberikan perspektif baru kepada si anak. anak rasa bertuah kerana dalam usia yang masih muda,dia didedahkan dengan pelbagai jenis pengalaman.si anak bersyukur kerana Allah memberikan nikmat kepada dia untuk merasa segala macam pengalaman.ada pahit,ada manis.tapi semua itu sangat berharga buatnya.
halatuju si anak makin jelas selepas itu. apa yang dirancangkan untuk masa depan telah mula diusahakan sejak dari saat itu. kesungguhan membara dalam diri anak. pemikiran longlai dan lama itu dibuangnya jauh-jauh. tidak perlu untuk dia jelaskan.cukup hanya dengan tindakan yang diterjemahkan.
anak mengucapkan terima kasih kepada ayah. halatuju kian jelas.si anak mengatur langkah semakin pantas.
No comments:
Post a Comment