usul hari ini adalah tentang kawan-kawan & rakan-rakan
untuk aku, kawan-kawan ini adalah orang yang sangat-sangat penting dalam hidup aku. mereka banyak mengajar aku pelbagai perkara yang tak mungkin aku dapat pelajari seorang diri. Dalam hidup aku ini, aku memang lebih banyak menghabiskan masa berbincang dengan rakan-rakan serta kawan-kawan.
sebenarnya, aku memang menyayangi semua kawan-kawan serta rakan-rakan aku.yang aku kenal sejak dari kecil hinggalah saat ini. Kerana kalian semua adalah "guru tidak langsung " kepada aku. Setiap kawan yang aku kenali, setiap rakan yang aku sering berkongsi mempunyai gaya,cara dan pemikiran yang berbeza.Hal ini mengajar aku tentang selok belok kehidupan.
cuma aku mahu mohon maaf sekiranya aku kurang rapat dengan diantara kamu. aku juga tidak berkesempatan untuk menegur semua pada satu masa. Tapi aku mengakui, jaringan rakan atau pun "circle of friends" aku turut berubah mengikut keadaan.
pada aku, pabila berbicara tentang kawan dan rakan, aku definisi kan mereka sebagai orang yang punya rasa untuk mengambil berat, yang sudi menegur dan berkongsi apabila diperlukan. dan ia dikukuhkan lagi dengan keadaan dimana aktiviti ataupun kebiasaan sesuatu perkara itu dilakukan. sebagai contoh, minat yang sama diantara rakan atau kawan akan menjadikan kita lebih rapat dengan kawan itu berbanding kawan yang lain.
hal ini kerana banyak perkara yang boleh dibualkan,yang boleh dibincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara itu. ini cuma pandangan aku sahaja.mungkin kalian yang lain berbeza.
terima kasih rakan-rakan,terima kasih kawan-kawan..kerana kamu semua adalah satu anugerah buat aku sebenarnya. semoga kita masih berkawan, walaupun jarak memisahkan, moga segar dalam ingatan...persahabatan tetap berkekalan.
3 comments:
tulah.. kecik hati gak ar bile farhan rapat dgn org2 tertentu jek.
hahhaa.. gurau je la "p
btw, ape bezanya diantara rakan-rakan & kawan-kawan????
huhu.xdela nisa.mmg betul pun.walaupun kita ada ramai kawan,tapi kita akan berkongsi sesuatu dengan beberapa orang sahaja kan? :) benda ni benda yang betul pun.semua orang begitu. beza? tiada beza untuk tafsiran perkataan..mungkin ada orang yang bezakan ikut tahap kot.huhu
kiranya rakan-rakan atau kawan-kawan yang lagi rapat dgn kite?
ehehe,,,
Post a Comment