approved & supported by :

Friday, August 29, 2008

Bajet 2009

Petang tadi bajet dah dibentangkan di parlimen oleh Menteri Kewangan 1 a.k.a Pak Lah. Baca bajet pun macam tak faham sangat dengan isi kandungan bajet. Bajet kali ini bertemakan "kerajaan prihatin". Satu bajet yang dibuat selepas kerajaan hampir tumbang dalam pilihan raya yg lepas. Kepimpinan pembangkang menyatakan bajet sebentar tadi sebagai bajet untuk meraih kembali populariti kerajaan yang makin bermasalah dan terdesak. Jadi banyaklah bajet-bajet disalurkan kepada Sabah & Sarawak (kalau Sabah & Sarawak ini tidak ada maka tiadalah lagi kerajaan BN)

Walaupun bajet tahun 2009 paling tinggi iaitu RM 207 billion, namun banyak perkara masih boleh dipersoalkan. Pada pendapat saya bilakah agaknya rakyat yang berada di bandar utama seperti KL akan merasai sistem pengangkutan awam yang selesa dan sistematik.Teringat minggu lepas PM telah menaiki LRT dan mengatakan macam tiada sistem.Nak je cakap balik, cube naik KTM pukul 5 petang.Masa tu baru tau macamane orang punye ramai. Belum lagi cakap pasal bas semua..Jadi tadi peruntukan untuk sistem pengangkutan awam adalah RM 45 billion dari tahun 2009-2014.Tunggu dan lihat saja..adakah kita akan merasa satu keadaan yang berbeza pabila menaiki LRT,KTM,Monorail pada "peak hours" nanti atau sama saja macam sekarang.

Lagi satu yang pasal bil elektrik rumah yang di bawah RM 20 tak akan di caj bilnya.Urm...sekarang ni agaknya berapa banyak rumah la yang bil elektrik tak lebih RM 20?

p/s : belum lagi sebut tentang Bas RapidKL 603 & 604 pada jam 4-7 petang dalam kampus UiTM.

2 comments:

amir hamzah said...

harge rokok naik weei
haha

farhannazmey said...

aah..naik 60sen ek?
dengar cukai eksais sebatang naik 3sen..