approved & supported by :

Tuesday, December 23, 2008

STARIAN 015 new agenda


Alhamdulillah..reunion di pangkor pada hari minggu yang lepas telah pun selesai dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan reunion tersebut.Memang banyak kenangan indah kita bersama.Walaupun pertemuan itu hanya sebentar,tetapi ia cukup bermakna untuk meneruskan agenda-agenda baru STARIAN 015.Pada reunion yang telah diadakan kita juga berkesempatan untuk berbincang kemana hala tuju kita selepas ini.


Untuk pengetahuan rakan2 yang tidak dapat hadir pada reunion di pulau pangkor,ada beberapa perkara yang telah diputuskan dalam perbincangan dengan 37 orang ahli batch yang hadir iaitu:


1) Selepas ini network yang akan digunakan hanyalah melalui facebook.Mana2 account lain seperti friendster group,circles, akan di shut down.Semua maklumat official tentang batch hanya akan di maklumkan di group facebook sahaja.Jadi sila buat account facebook anda.


2) Kita juga telah merancang untuk mengadakan perjumpaan sesama STARIAN dari semasa ke semasa.Buat masa sekarang cadangan nya adalah mengikut universiti,negeri dan juga kumpulan2 minoriti yang mempunyai minat yang sama.Seperti mengadakan pertandingan futsal sebulan sekali,mengadakan jamuan makan dan sebagainya.Untuk makluman lanjut sila rujuk group facebook dari semasa ke semasa.


3) Kita juga akan melancarkan kempen networking bersama STAROBA untuk mengukuhkan lagi ikatan STARIAN diantara STARIAN o15 dengan batch2 yang lain.Ini adalah untuk menjalinkan hubungan networking yang baik sesama STARIAN.Jadi info2 boleh disemak melalui laman web staroba iaitu, http://www.staroba.org/


4) untuk maklumat lanjut sila ke group facebook STARIAN 015



Jadi rakan2 STARIAN 015 komitmen anda sememangnya diperlukan untuk menjayakan agenda2 kita ini.Jalankan tanggungjawab anda.


STARIAN SIDE BY SIDE


oleh,
Farhan Nazmee b. Kamarul Zaman

Penasihat Umum STARIAN o15

3 comments:

Anonymous said...

Semoga kita semua konsisten

Unknown said...

it was really a success aritu!!!
couldnt expect anything better =)

thanks and congrats!

Camino Palmero said...

huhu...tibe2 xsabar tgk batch wat obw..haha