approved & supported by :

Saturday, February 28, 2009

fahamkah kita erti kasih sayang & cinta

terdetik hati ku untuk menulis pasal sesuatu yang selalunya menjadi bahan pemikiran dalam kepala remaja2 seusia dengan aku. Kasih sayang & cinta. Ada yang pernah merasa bahagia,gembira dan juga kecewa serta duka. Tujuan ku menulis entri kali ini,bukan la nak komen banyak2 pasal cinta or kasih sayang. Cuma sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman.Pengalaman ni banyakla,pengalaman sendiri dan juga kawan2 yang sudi berkongsi :)

Firstly, pasal kasih sayang. Dalam hidup kita ni sebagai manusia biasa kasih sayang tu memang perlu.Sayang diri sendiri,famili,kawan2 dan juga sesama kehidupan lain. Kasih sayang ni bagaikan satu keperluan hidup.Takde kasih sayang ni,manusia xkan jadi manusia. Kasih sayang ni menjadi keindahan perjalanan hidup seorang manusia. Kasih sayang ibu bapa kita sejak kecil terutamanya sangat penting.Sebab tu yang menjadikan kita sekarang ini adalah kita :) kasih sayang terhadap diri sendiri pula jadikan kita sebagai manusia yang baik,berakhlak,berwawasan dan sebagainya. Kawan2 yang ada juga di kurniakan dengan kasih sayang.Kawan2 banyak memahami kita.Kadang2 semua benda nak dikongsi.The second self la boleh dikatakan..huhu.. tapi tu la hakikatnya. KAsih sayang ini sebenarnya ada pada setiap orang dan hidupan.jadi hanya kita sedar atau tak sahaja.

Secondly adalah cinta...dan satu frasa kata yang sering bermain di fikiran ku pabila kita berkata tentang cinta ialah
Cinta itu buta,
Dan juga boleh membutakan,
Melukakan dan sukar untuk kita lupakan,
Aku cinta padamu hanyalah ungkapan,
Luahan yang jarang bermakna bila ucapkan,

Ini adalah frasa pertama yang sering ku ingat bila berbicara tentang cinta. Cinta ni sebenarnya susah untuk kita hurai dan tafsirkan.Macam2 cara cinta tu datang.Tapi setiap orang ada cara yang tersendiri.Dan bagi ku inilah keunikan cinta.Kalau nak tanya orang,macam mana orang boleh jatuh cinta,ada orang susah nak cerita.Sebab dier sendiri kurang faham macamane dier boleh jatuh cinta.huhu..itu lah keindahan cinta. Buat seseorang tu senyum sorang2, fikiran melayang2,memikirkan tentang seseorang yang sangat disayang :) Sebenarnya bagus untuk bercinta,tapi dengan batasan dan pemikiran yang waras.Kenapa fikiran yang waras? sebab ada masa cinta ni merosakkan diri.Tu yang jadi macam2 masalah gejala sosial.Ni semua disebabkan cinta yang telah dikawal oleh hawa nafsu.Jadi kita perlu sentiasa berdoa dan jaga diri supaya kita dijauhkan dari perkara2 seperti ini.

Bagi ku cinta ini satu benda yang kompleks dan sangat susah.Bukan senang untuk kita memahami cinta.Cinta itu anugerah yang sangat indah ketika bahagia.Dan cinta juga boleh menjadi satu kesengsaraan dikala kita berduka dan kecewa.Kadang2 ada diantara kita ni terlalu mengharapkan cinta itu kekal.Tapi tak menyedari adakah kita sudah bersedia untuk mengharungi cinta sebenar. Cinta itu pengorbanan. Memang sangat2 memerlukan pengorbanan.Ada pasangan yang bercinta yang berjauhan,dan ada yang terpaksa melalui banyak dugaan. Tapi jika ikhlas dalam perhubungan,InsyaALLAH akan terus disemai dengan ikatan perkahwinan. Jadi setiap orang ada pandangan tersendiri.Tapi bagiku cinta ini perlu kan kejujuran dan keikhlasan.Yang dihiasi dengan pengorbanan dan diranjaui dengan kepayahan. Cinta ni perlu dicari,walaupun jodoh itu sudah ditentukan tapi kita kena usaha juga untuk mencari.akhirkata...cinta itu sungguh indah bila kita memahami dan mengerti erti sebenarnya.

Manusia punya kuasa untuk memilih,
Seringkali ingin berdampingan dengan kasih,
Yang mencorakkannya adalah kita,
Yang memahaminya juga kita,
Pabila keindahan cinta mula bersemi,
Ketika itu perasaan mula menyintai,
Jadi peliharalah diri,
Untuk membawa keindahan yang abadi,
kekal bersama sehingga ke akhirnya,
itulah tanda cinta yang setia,

When love conquer our mind,
we hope it will always shine,
From the day it start,
We pray for it to stay always in our heart,
Love is great when you appreciate,
But feel very bad when comes hate,
So just think about every moment,
everyday you will learn,
that love always there,
and with someone you will share

:)

Tuesday, February 24, 2009

Entri ke 50

Kali ini aku menulis untuk entri ke 50 blog ni. Jadi sebenarnya aku memang ada benda yang nak ditulis untuk entri kali ini.Ia ada kena mengana dengan hidup aku.Hidup yang aku lalui selama hampir 21 tahun ini.Aku rasa banyak sangat benda yang patut aku kongsi tapi tengoklah mood menulis aku sepanjang aku menulis untuk entri ke 50 ni.

Kadang-kadang aku pun keliru,tak faham dengan diri aku sendiri.Maksudnya aku ni sering berubah-berubah.Sejak habis sekolah ni je la baru aku nampak sikit ketetapan dalam hidup aku ni.Belajar accounting ni pun sebenarnya aku agak gundah mula-mulanya.Sebenarnya aku lebih suka sound engineering.Tapi bila dah lama2 belajar accounting ni aku rasa bolehla bawak sikit2.Tak la berapa bagus sangat.Dengan kemampuan aku ni boleh la dapat yang ok sikit.Serdahana.Tak berapa bagus,tak la teruk sangat. Aku juga suka gak belajar yang ada kaitan dengan bidang2 seni penulisan,jumpa2 orang,bercakap2 ni. Pengalaman terbaik aku masa di Koln Germany banyak mengajar aku pasal public relation ni. Lepas tu pengalaman aku menjual pasu di pasar tani banyak mengajar aku tentang kerjaya berniaga ni.Seriously aku cakap,aku memang suka kerja-kerja ni.Walaupun ada orang kata susah la, apela..tapi bagi aku,aku suka.Aku puas hati dengan kerja2 macam.Berniaga kat Kota Damansara jual perhiasan2 pun banyak mengajar aku. Tapi yang paling aku nak buat ialah nak try bidang business yang ada kaitan dengan makanan.Jual burger ke, char kuey teow ke. Aku rasa ni pun benda yang penting gak untuk aku terus belajar pasal business ni. Benda ni yang tak akan dapat dipelajari dengan masuk kelas.Pengalaman tu yang jadi cikgu dengan lecturer. So aku nak sangat ada business sendiri.Tak kisah,business yang kecik2 pun boleh.Aku pun tengah usaha nak buat benda ni. Mungkin lepas ni yang paling ada peluang mungkin perladangan.Walaupun aku tak berapa minat perladangan ini,aku akan try gak...we'll see.

Aku pun rasa hidup aku ni lebih sesuai untuk bersendirian.Aku rasa bila aku jalan kaki sorang2 nak pergi seksyen 2 tu, aku lebih memahami diri aku.Aku tau ada orang rasa aku ni pelik.haha.. aku pun xtaula.Aku memang macam ni. Tiap orang lain2 cara. Kawan2 yang aku ada pun mungkin ada yang tak faham sangat dengan aku.Aku tak kisah pun,asalkan aku ada kawan2 yang baik macam korang semua :) tapi my batch brothers STARIAN 015 bukan kawan.Korang semua adik-beradik aku.Selama 5 tahun sama-sama,korang banyak mengajar aku.Kalo korang semua xde,aku xrasa aku akan jadi macamana aku yang sekarang ni. thanks bros...

Prioriti hidup lak semakin nampak jelas.Apa aku nak buat dalam perancangan hidup aku kalo ada umur panjang.Mungkin perancangan aku ni agak susah tapi aku yakin aku boleh. Will of a man is stronger than the iron bar.Lagi satu aku memang percaya kalo kita nak buat something,ada soul & passion mesti berjaya.Kadang2 rasa benda tu punya la susah nak buat,tapi ada gak orang boleh buat.Tu sebab soul & passion diorang.Aku memang respect kat orang mcm ni.Lagi satu pasal duit.Semua orang suka duit.haha..tipu la kalo ada orang kata dier xsuke duit.Tapi sekarang ni macam mana nk kumpul duit je.cari cara halal.insyallah Allah akan bantu.

Pasal anatomi dan kesihatan lak..Aku memang la teringin nak ada body yang ber tone =D tapi xmampu la nk g gym mahal2..makan pemakanan yang protein tu semua.Yang boleh buat kat rumah je.workout kat rumah,tgk video kat Youtube macamana nk buat body toning.haha...tapi memang susah la.Masa main ragbi dulu ada la gak kawan2 yang sama2 buat.Tapi sekarang ni nk buat sorang2 tu yang payah.Btw my idol body tone kalo boleh nak macam Randy Orton.hehe

Lagi satu aku punya minat dalam muzik ni sangat2 la mendalam.Aku tak macam orang lain,yang suka muzik then belajar main instrument.Gitar,drum semua...Tapi aku sangat2 minat hip hop,rap music and etc.Kalau orang yang tak faham,akan cakap hiphop ni poyo la,poser la.Tapi kalau tak faham xyah la cakap.Banyak lagi benda pasal hiphop ni orang tak tau.Macamana nak tulis setiap rangkap tu dengan bilangan suku kata yang lebih kurang sama, frasa-frasa yang panjang dan penuh makna,macamana nak kenalpasti setiap bunyi dalam beat tu memainkan peranan.So sebenarnya bukan semua orang faham hip hop.Setakat nak pakai baju size XXL,seluar baggy size 36,pakai rantai,full cap tu xyah la.Sebab tu la hiphop ni dipandang serong.Hiphop bukan bercakap laju! its about content,clarity and talent. Jadi aku memang minat hiphop.Aku teringin nak jadi macam the living legend of hiphop.Bukan la sepanjang masa,tapi suka-suka je.Tak salah apa nak try...Tapi sekarang ni banyak je platform untuk ni.Teringat my VocaBrothers...Korang yang banyak mengajar aku.Thanks bro... Aku rasa sekarang ini aku akan kembali menulis lagu,yang penuh makna satu per satu,tiap hari tiap minggu... aku rasa menulis ni memberi aku ketenangan.So my way of music is hip hop..

aku pernah berkata,
hidup di dunia,
penuh dugaan pancaroba,
Dan bila tiada yang kita percaya,
Semuanya dusta,
Biar masa mengajar kita,
Apa erti aman bahagia,
Kalau duit banyak pun tiada guna,
Kawan tiada hidup sengsara,
apa puncanya
Tutur kata biasa ini,
Bisa mengajar hati,
tentang realiti,
yang sering berganti,
dari hari ke hari,
Bukan aku yang keliru,
Dari dulu aku seperti itu,
Hidup ku penuh makna,
dan aku akan terus bercerita..
Nantikannya
fenomena pena...
Life can be great,
if you know what is your fate,
with all your success,
You'll sure get to impress,
now put your mind in your hand,
try to understand,
catch me if you can,
put this verse in the chorus
FNK is coming through,
so what you gonna do?

Thursday, February 5, 2009

Politik di Malaysia

Sekali lagi negara Malaysia tercinta ini digegarkan lagi dengan kerenah politik di Malaysia yang tidak berkesudahan. Tebaru, kerajaan Negeri Perak bertukar tangan kepada kerajaan Barisan Nasional yang me kerajaan Negeri Perak yang ditunjangi pakatan rakyat sudah tidak lagi berkuasa kerana ada ADUN yang melompat parti. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang bisa menggunakan pemikiran ingin menanyakan beberapa persoalan dalam hal politik di negara ini.

Yang pertama, Dimanakah ketelusan setiap wakil rakyat yang dipilih rakyat? Dalam hal politik di Malaysia ini mengapa terlalu banyak konspirasi politik yang buruk dan tidak sihat berlaku? Adakah kerana kekalahan besar pihak berkuasa yang memerintah pada pilihanraya umum ke 12 tahun lalu perlu diperbetulkan? Sampaikan ada yang melompat parti dan ada yang ingin jadi wakil rakyat bebas.Saya sebagai rakyat biasa rasa keadaan ini cukup memalukan rakyat Malaysia kerana wakil yang dipilih rakyat ini tiada pendirian dan bagaikan tidak ikhlas berkhidmat.

Yang kedua, kredibiliti kerajaan dipersoalkan rakyat. Dalam hal ini kerajaan pimpinan barisan nasional dan pakatan rakyat adalah yang bertanggungjawab. Ya,tidak dinafikan lagi kecekapan pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun telah menjadikan Malaysia tercinta ini sebagaimana yang ada sekarang.Tetapi selepas berlakunya "tsunami" pada pilihan raya yang lepas sangat mengelirukan rakyat. Kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat sering sahaja keluar dikaca tv dengan pelbagai masalah.Ada yang mengatakan mungkin boleh jadi bankrap jika ditadbir sebegitu.Ada pula yang mengatakan pilih kasih berlaku.Jadi persoalannya,mengapa kerajaan yang dahulunya mandat di Parlimen adalah 202 kerusi sekarang hanya tinggal 147 sahaja? Suara demokrasi rakyat yang mengundi telah menjadikan ia sebegitu.Jika difikirkan logik akal,kalau sesuatu kerajaan itu bagus mengapa ia boleh hilang begitu banyak kerusi? Fikirkan...

Yang ketiga, rakyat bosan dengan cerita filem ala-ala Hollywood. Saya merasakan tentu ada rakyat yang sudah naik bosan,meluat dan juga menyampah dengan keadaan politik di negara ini.Bagaikan satu filem Hollywood yang ada siri-sirinya.Sudahlah,rakyat ada banyak lagi masalah untuk difikirkan.tahun 2009 yang telah menunjukkan kegawatan ekonomi adalah lebih berkali-kali ganda pentingnya daripada politik ini.Masalah kehilangan pekerjaan, pendapatan di bawah paras kemiskinan dan macam-macam hal lagi perlu difikirkan. Banyak lagi rakyat yang menghadapi kesusahan.Jadi rakyat mahukan penyelesaian.Tetapi jika setiap media yang ada ini menyajikan berita-berita politik yang tak terhingga.Bagaimana rakyat ingin hidup? perlu diingatkan...rakyat tidak mempunyai harta,wang dan asset sebanyak mana yang dimilliki oleh ahli-ahli politik khususnya.Jadi rakyat memerlukan bantuan.

Yang keempat, adakah para pemimpin politik hari ini menjadi contoh kepada generasi pelapis negara? Saya berpendapat jika keadaan politik yang tidak sihat ini berterusan ia akan memberikan kesan negatif kepada para belia sekarang ini.Manakan tidaknya, dari hari ke hari macam2 cerita yang kita dengar.Berebut kuasa,rasuah,salah guna kuasa dan sebagainya.Jadi saya tidak hairan kalau dalam masa 30 tahun dari sekarang, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang aman damai.Saya sedih memikirkan keadaan ini.Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang merdeka, saya berharap supaya politik di Malaysia diubah untuk kebaikan semua.

Yang kelima, Allah menentukan segalanya. Sebagai orang Islam,saya yakin dan percaya terhadap qada' dan qadar Allah s.w.t. Jika situasi politik di negara ini adalah ketentuan-Nya,kita harus terima.Manusia boleh merancang,tetapi Allah yang menentukan.Tetapi bayangkanlah tanggungjawab ahli politik yang akan dipersoalkan nanti di dunia yang lain nanti. Jadi saya juga mengajak umat Islam yang lain untuk berdoa memohon keberkatan,keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia ini.

Oleh itu, sebagai penutup saya ingin menyatakan hasrat saya untuk Malaysia bersatu padu,aman dan menjadi sebuah negara yang kuat dari segala segi.Justeru, Malaysia perlu diselamatkan daripada anasir-anasir yang tidak sihat. UNITY,LOVE, RESPECT