Sekali lagi negara Malaysia tercinta ini digegarkan lagi dengan kerenah politik di Malaysia yang tidak berkesudahan. Tebaru, kerajaan Negeri Perak bertukar tangan kepada kerajaan Barisan Nasional yang me kerajaan Negeri Perak yang ditunjangi pakatan rakyat sudah tidak lagi berkuasa kerana ada ADUN yang melompat parti. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang bisa menggunakan pemikiran ingin menanyakan beberapa persoalan dalam hal politik di negara ini.
Yang pertama, Dimanakah ketelusan setiap wakil rakyat yang dipilih rakyat? Dalam hal politik di Malaysia ini mengapa terlalu banyak konspirasi politik yang buruk dan tidak sihat berlaku? Adakah kerana kekalahan besar pihak berkuasa yang memerintah pada pilihanraya umum ke 12 tahun lalu perlu diperbetulkan? Sampaikan ada yang melompat parti dan ada yang ingin jadi wakil rakyat bebas.Saya sebagai rakyat biasa rasa keadaan ini cukup memalukan rakyat Malaysia kerana wakil yang dipilih rakyat ini tiada pendirian dan bagaikan tidak ikhlas berkhidmat.
Yang kedua, kredibiliti kerajaan dipersoalkan rakyat. Dalam hal ini kerajaan pimpinan barisan nasional dan pakatan rakyat adalah yang bertanggungjawab. Ya,tidak dinafikan lagi kecekapan pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun telah menjadikan Malaysia tercinta ini sebagaimana yang ada sekarang.Tetapi selepas berlakunya "tsunami" pada pilihan raya yang lepas sangat mengelirukan rakyat. Kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat sering sahaja keluar dikaca tv dengan pelbagai masalah.Ada yang mengatakan mungkin boleh jadi bankrap jika ditadbir sebegitu.Ada pula yang mengatakan pilih kasih berlaku.Jadi persoalannya,mengapa kerajaan yang dahulunya mandat di Parlimen adalah 202 kerusi sekarang hanya tinggal 147 sahaja? Suara demokrasi rakyat yang mengundi telah menjadikan ia sebegitu.Jika difikirkan logik akal,kalau sesuatu kerajaan itu bagus mengapa ia boleh hilang begitu banyak kerusi? Fikirkan...
Yang ketiga, rakyat bosan dengan cerita filem ala-ala Hollywood. Saya merasakan tentu ada rakyat yang sudah naik bosan,meluat dan juga menyampah dengan keadaan politik di negara ini.Bagaikan satu filem Hollywood yang ada siri-sirinya.Sudahlah,rakyat ada banyak lagi masalah untuk difikirkan.tahun 2009 yang telah menunjukkan kegawatan ekonomi adalah lebih berkali-kali ganda pentingnya daripada politik ini.Masalah kehilangan pekerjaan, pendapatan di bawah paras kemiskinan dan macam-macam hal lagi perlu difikirkan. Banyak lagi rakyat yang menghadapi kesusahan.Jadi rakyat mahukan penyelesaian.Tetapi jika setiap media yang ada ini menyajikan berita-berita politik yang tak terhingga.Bagaimana rakyat ingin hidup? perlu diingatkan...rakyat tidak mempunyai harta,wang dan asset sebanyak mana yang dimilliki oleh ahli-ahli politik khususnya.Jadi rakyat memerlukan bantuan.
Yang keempat, adakah para pemimpin politik hari ini menjadi contoh kepada generasi pelapis negara? Saya berpendapat jika keadaan politik yang tidak sihat ini berterusan ia akan memberikan kesan negatif kepada para belia sekarang ini.Manakan tidaknya, dari hari ke hari macam2 cerita yang kita dengar.Berebut kuasa,rasuah,salah guna kuasa dan sebagainya.Jadi saya tidak hairan kalau dalam masa 30 tahun dari sekarang, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang aman damai.Saya sedih memikirkan keadaan ini.Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia yang merdeka, saya berharap supaya politik di Malaysia diubah untuk kebaikan semua.
Yang kelima, Allah menentukan segalanya. Sebagai orang Islam,saya yakin dan percaya terhadap qada' dan qadar Allah s.w.t. Jika situasi politik di negara ini adalah ketentuan-Nya,kita harus terima.Manusia boleh merancang,tetapi Allah yang menentukan.Tetapi bayangkanlah tanggungjawab ahli politik yang akan dipersoalkan nanti di dunia yang lain nanti. Jadi saya juga mengajak umat Islam yang lain untuk berdoa memohon keberkatan,keselamatan dan kesejahteraan negara Malaysia ini.
Oleh itu, sebagai penutup saya ingin menyatakan hasrat saya untuk Malaysia bersatu padu,aman dan menjadi sebuah negara yang kuat dari segala segi.Justeru, Malaysia perlu diselamatkan daripada anasir-anasir yang tidak sihat. UNITY,LOVE, RESPECT
1 comment:
i think i would have to agree on point number 4.
herm
in such situation, i would like to compare the political differences that occur in malaysia and other countries which we can often see on a day to day basis
take example of how things went when america appointed a new president n he was infact from a different party from those that ran the country before that
such a situation also occurred in nz in the elections that took place last year
sometimes, u feel ashamed over what these people are doing- sedih pun ada
maybe its all in our mentality- embedded, dah memang terbenam
if change is to occur, i then question what change would occur 1st?
u can change the country with the whole commotion going around- makin distracted ada la
herm
u could only wish then :(
Post a Comment