Dreams@impian@mimpi. Aku percaya yang semua orang ada impian masing2. Apa nak buat, minat korang dan macam2 lagi. Aku pun percaya yang setiap impian yang ada di dalam perancangan manusia perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kepuasan@ satisfaction dalam hidup ini.
Tapi persoalan yang timbul disini, macam mana kita nak mencapai impian kalau kita tak berada dilandasan impian kita? Sebagai contoh, ada orang ni memang sangat2 meminati muzik.Dia betul2 berbakat dan memang boleh dikatakan "lahir" untuk jadi pemuzik.Malangnya sekarang dia mengambil jurusan kejuruteraan misalnya. Adakah ini bermaksud dia tidak akan dapat memenuhi impian nya untuk jadi seorang pemuzik?
Kadang2 hidup kita ni banyak dipengaruhi oleh orang lain.Keluarga, saudara2, kawan2. Jadi bila diaorang mempengaruhi kita, kita terpaksa ikut dan lupakan impian kita itu. Tak kisah la apa pun impian kita itu.Baik yang kecil atau pun besar.
Lebih buruk lagi kalau kita terpaksa untuk membuat sesuatu yang menyebabkan impian kita itu tak kesampaian.Ni lagi teruk sebab terpaksa tu sendiri dah menunjukkan benda yang tak dibuat dengan rela hati dan ikhlas. Jadi, benda2 ni semua buat aku terfikir, adakah dalam hidup kita ni,kita hidup kerana pengaruh orang atau pun kerana kita sendiri?
Impian ni sebenarnya satu anugerah. Orang ada impian sebab dia percaya yang dia ada kebolehan dan semangat untuk mencapai impian dia. Tu sebab sekarang ni ramai sangat indie person yang mula meningkat naik.Walaupun susah,tapi diorang boleh gak buat.Sebab impian tu. Kadang2 kita terlalu ikut cakap orang,sampai diri sendiri pun macam dah hilang arah tuju. Cuba kita fikir balik,ada tak kita macam tu?
Impian ni sebenarnya bagus.Dia mengajar kita untuk yakin pada diri sendiri dan berusaha kuat. Jarang la tengok ada orang yang minat sesuatu tapi tak ada impian. Aku sendiri pernah bercakap dengan beberapa orang kenalan yang aku rasa diorang ni sangat2 talented in music.Tanya diorang kenapa tak nak jadi musician je? diorang cakap,tak ada masa depan @ tak menjamin masa depan. Ini lah masalahnya.Persepsi masyarakat yang begitu telah buatkan orang lain terpaksa "membunuh" impian diorang.
Cuma kebelakangan ini, aku mula melihat sudah ramai orang yang mengejar impian mereka. Sebagai contoh, bila pergi ke Art festival,kita boleh tengok macam mana ekspresi diorang dalam mengejar minat.Aku kagum dengan mereka.Semoga mereka meneruskan usaha dalam mengejar minat mereka.
Jadi kawan2 sekalian.Ingatlah, kalau kita percaya dengan diri kita,impian itu boleh kita kejar.Buat remaja khususnya, masa remaja inilah kita perlu capai impian berdasarkan minat kita. Jadi fikirkan lah.Impian itu anugerah.Kalau boleh capailah impian anda.
my respect goes to :
all the indie scene - musicians, bands, art producers, directors, poets, photographers, artists, writers,bloggers, clothing line (wearenvy,limpahtakruah,bangkit,etc), MALAYSIAN independent Designer, Children of Art, Efozy, AXSI, Motiofixo, and all the indie soldiers..
approved & supported by :
Monday, March 30, 2009
Saturday, March 28, 2009
hanya sekadar berkongsi
jika ada antara rakan2 yang meminati puisi ke.penulisan ke. saya nk syor kan satu blog ni.name dier http://biarkaryabersuara.blogspot.com/ dier banyak tulis benda2 puitis ni. then ada link2 lain gak kat page dier..fynn jamal nye link pun ada.so sape yg berminat boleh la visit blog dier :)
thanks
thanks
Wednesday, March 25, 2009
fantasiku
terlalu banyak yang ku inginkan,
barang2 mewah mahal belaka.
mahu yang canggih dah baru.
gajet digital, pakaian berjenama dan juga sepatu.
keinginan ku memang tiada halangan.
aku boleh terus menutup mata dan berangan.
dari kamera DSLR ke sepatu baru Jordan.
Lensa digital sentiasa dalam pegangan.
Ipod Touch juga tidak ketinggalan.
mahukan Rolex yang bertatahkan berlian.
Menghiasi tangan menyerikan lengan.
Boleh keluar bila-bila masa saja.
Bosan dengan Jordan.
Ku bertukar dengan Air Max Ninety.
Lebih kemas,nampak jelas dan terkini.
Gaya kasual ala2 indie.
lebih stailo dan kelihatan funky.
nombor satu.dua.tiga.
sepatu rekaan Jepun Onitsuka Tiger.
tetap cool walaupun tak berapa geliga.
opsss....ini hanyalah fantasi.
rupa-rupanya aku bermimpi.
mana ada duit nak beli semua ini..
LOL :D

Thursday, March 12, 2009
al-fatihah
saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga salah seorang sahabat baik saya, yang neneknya (Halus binti Budin) telah kembali ke rahmatullah pada hari ini. Semoga roh nya dicucuri rahmat..sama2lah kita sedekahkan al-fatihah.
Saturday, March 7, 2009
Diari Seorang Lelaki-bahagian 1
Diari seorang lelaki. Mungkin ada sesetengah individu mempunyai pandangan dan perspektif tersendiri tentang lelaki.Tapi tujuan aku menulis entri ni untuk menerangkan dari kaca mata aku sendiri tentang lelaki.Kerana aku juga salah seorang dari padanya. Walaupun apa aku akan bicarakan sebentar nanti bukanlah semuanya sama dengan lelaki lain.Tapi ini adalah hakikatnya.
Aku rasa kalo ada yang membaca entri ini, akan kurang percaya dengan penulisan aku.Bawa bersabar, dan fahamilah apa maksudnya seorang lelaki :) Ada orang cakap lelaki ini semuanya sama saja.Memang betul,lelaki dari segi jasmani dan fizikal nya semua sama ( kecuali mereka yang menjurus kearah lembut & pondan) Tapi dari segi pemikiran adalah sangat berbeza...
Matlamat hidup seseorang lelaki. Kalo namanya lelaki, dia mesti mempunyai matlamat.Walaubagaimana teruk pun lelaki itu, dia pasti sudah mempunyai matlamat 5 tahun dari sekarang,10 tahun atau jauh dari tu.Betul,lelaki memang sudah mempunyai perancangan hidup.Cuma kadang2 nak buat dan tak buat je.Perkara ini mungkin berbeza dengan perempuan.Sebab selalunya perempuan akan merancang dalam jangka masa yang lebih pendek. Satu lagi perancangan lelaki lebih menjurus kepada pride,profession and power.
Pride. lebih menjurus dari segi penampilan. Ada lelaki yang sudah nampak kriteria2 ini sejak awal lagi. Selalunya melalui sistem pendidikan dan juga minat seseorang lelaki itu.Mungkin lawyer,arkitek,pilot, akauntan, doktor,jurutera dan sebagainya. Ini adalah penampilan mengikut kerjaya.Ada juga lelaki yang lebih gemar bertampilkan minat mereka. Ahli muzik, sukan, pemuitis, dan lain2 lagi. Jadi inilah pride.Pride juga berkait rapat dengan passion.Kalo ada passion dengan pride.Lagi terserlahla penampilan seseorang lelaki itu.
Profession. Ini lebih merujuk kepada kerjaya. Kalo korang tengok sekeliling, mesti ada nampak lelaki yang ada macam2 profession.Baik yang professional tau yang biasa. Kerjaya kolar biru atau kolar putih. Cuma lelaki memang akan memilih profession yang sesuai dengan jiwa dan dirinya. Katakan la sekarang ini sedang belajar dalam jurusan perakaunan,tak semestinya dia akan menjadi seorang charted accountant yang berjaya. Ini adalah contoh.Kerana lelaki akan mengejar profession yang sememangnya sesuai dengan dirinya. Tak kisah ape orang lain cakap.Dia akan terus buat. Kadang2 orang terlepas pandang, nampak lelaki tu jual burger je tepi jalan. Pendapat orang ramai "ala mamat ni jual burger je.ape kelas" hakikatnya kalau satu burger tu untung seringgit,sehari jual 100 burger.net profit sehari RM 100. Lagi banyak dari orang yang kerja kat pejabat start pukul 8 pagi habis pukul 5 petang :) Jadi profession untuk lelaki ini sukar dijangka.Sebab banyak sangat benda yang kena amek kira untuk mencari profession yang sesuai
Power. Lelaki memang berego tinggi. Power ini salah satu antaranya. Sebenarnya power ini antara paling susah untuk di peroleh seseorang lelaki.Kalo seseorang lelaki itu mempunyai pendidikan yang tinggi dan jawatan yang tinggi,dia boleh dikatakan sudah mendapat power itu.Tapi sebenarnya ia lebih dari itu. Power ini subjektif sebenarnya.power tu kan kuasa. macam mana nak ada kuasa kalau xde ilmu? jadi ilmu tu penting.Kalau seseorang lelaki itu mempunyai empayar perniagaan yang gah dah hebat.sememangnya dia boleh dikategorikan sebagai berkuasa.possessed for power.Kalo di usia yang muda seseorang lelaki itu telah mencapai ketiga2 benda ini..ia adalah satu kepuasan...
bersambung....

Subscribe to:
Posts (Atom)