approved & supported by :

Monday, March 30, 2009

.Dreams.

Dreams@impian@mimpi. Aku percaya yang semua orang ada impian masing2. Apa nak buat, minat korang dan macam2 lagi. Aku pun percaya yang setiap impian yang ada di dalam perancangan manusia perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kepuasan@ satisfaction dalam hidup ini.

Tapi persoalan yang timbul disini, macam mana kita nak mencapai impian kalau kita tak berada dilandasan impian kita? Sebagai contoh, ada orang ni memang sangat2 meminati muzik.Dia betul2 berbakat dan memang boleh dikatakan "lahir" untuk jadi pemuzik.Malangnya sekarang dia mengambil jurusan kejuruteraan misalnya. Adakah ini bermaksud dia tidak akan dapat memenuhi impian nya untuk jadi seorang pemuzik?

Kadang2 hidup kita ni banyak dipengaruhi oleh orang lain.Keluarga, saudara2, kawan2. Jadi bila diaorang mempengaruhi kita, kita terpaksa ikut dan lupakan impian kita itu. Tak kisah la apa pun impian kita itu.Baik yang kecil atau pun besar.

Lebih buruk lagi kalau kita terpaksa untuk membuat sesuatu yang menyebabkan impian kita itu tak kesampaian.Ni lagi teruk sebab terpaksa tu sendiri dah menunjukkan benda yang tak dibuat dengan rela hati dan ikhlas. Jadi, benda2 ni semua buat aku terfikir, adakah dalam hidup kita ni,kita hidup kerana pengaruh orang atau pun kerana kita sendiri?

Impian ni sebenarnya satu anugerah. Orang ada impian sebab dia percaya yang dia ada kebolehan dan semangat untuk mencapai impian dia. Tu sebab sekarang ni ramai sangat indie person yang mula meningkat naik.Walaupun susah,tapi diorang boleh gak buat.Sebab impian tu. Kadang2 kita terlalu ikut cakap orang,sampai diri sendiri pun macam dah hilang arah tuju. Cuba kita fikir balik,ada tak kita macam tu?

Impian ni sebenarnya bagus.Dia mengajar kita untuk yakin pada diri sendiri dan berusaha kuat. Jarang la tengok ada orang yang minat sesuatu tapi tak ada impian. Aku sendiri pernah bercakap dengan beberapa orang kenalan yang aku rasa diorang ni sangat2 talented in music.Tanya diorang kenapa tak nak jadi musician je? diorang cakap,tak ada masa depan @ tak menjamin masa depan. Ini lah masalahnya.Persepsi masyarakat yang begitu telah buatkan orang lain terpaksa "membunuh" impian diorang.

Cuma kebelakangan ini, aku mula melihat sudah ramai orang yang mengejar impian mereka. Sebagai contoh, bila pergi ke Art festival,kita boleh tengok macam mana ekspresi diorang dalam mengejar minat.Aku kagum dengan mereka.Semoga mereka meneruskan usaha dalam mengejar minat mereka.

Jadi kawan2 sekalian.Ingatlah, kalau kita percaya dengan diri kita,impian itu boleh kita kejar.Buat remaja khususnya, masa remaja inilah kita perlu capai impian berdasarkan minat kita. Jadi fikirkan lah.Impian itu anugerah.Kalau boleh capailah impian anda.


my respect goes to :

all the indie scene - musicians, bands, art producers, directors, poets, photographers, artists, writers,bloggers, clothing line (wearenvy,limpahtakruah,bangkit,etc), MALAYSIAN independent Designer, Children of Art, Efozy, AXSI, Motiofixo, and all the indie soldiers..

No comments: