Diari seorang lelaki. Mungkin ada sesetengah individu mempunyai pandangan dan perspektif tersendiri tentang lelaki.Tapi tujuan aku menulis entri ni untuk menerangkan dari kaca mata aku sendiri tentang lelaki.Kerana aku juga salah seorang dari padanya. Walaupun apa aku akan bicarakan sebentar nanti bukanlah semuanya sama dengan lelaki lain.Tapi ini adalah hakikatnya.
Aku rasa kalo ada yang membaca entri ini, akan kurang percaya dengan penulisan aku.Bawa bersabar, dan fahamilah apa maksudnya seorang lelaki :) Ada orang cakap lelaki ini semuanya sama saja.Memang betul,lelaki dari segi jasmani dan fizikal nya semua sama ( kecuali mereka yang menjurus kearah lembut & pondan) Tapi dari segi pemikiran adalah sangat berbeza...
Matlamat hidup seseorang lelaki. Kalo namanya lelaki, dia mesti mempunyai matlamat.Walaubagaimana teruk pun lelaki itu, dia pasti sudah mempunyai matlamat 5 tahun dari sekarang,10 tahun atau jauh dari tu.Betul,lelaki memang sudah mempunyai perancangan hidup.Cuma kadang2 nak buat dan tak buat je.Perkara ini mungkin berbeza dengan perempuan.Sebab selalunya perempuan akan merancang dalam jangka masa yang lebih pendek. Satu lagi perancangan lelaki lebih menjurus kepada pride,profession and power.
Pride. lebih menjurus dari segi penampilan. Ada lelaki yang sudah nampak kriteria2 ini sejak awal lagi. Selalunya melalui sistem pendidikan dan juga minat seseorang lelaki itu.Mungkin lawyer,arkitek,pilot, akauntan, doktor,jurutera dan sebagainya. Ini adalah penampilan mengikut kerjaya.Ada juga lelaki yang lebih gemar bertampilkan minat mereka. Ahli muzik, sukan, pemuitis, dan lain2 lagi. Jadi inilah pride.Pride juga berkait rapat dengan passion.Kalo ada passion dengan pride.Lagi terserlahla penampilan seseorang lelaki itu.
Profession. Ini lebih merujuk kepada kerjaya. Kalo korang tengok sekeliling, mesti ada nampak lelaki yang ada macam2 profession.Baik yang professional tau yang biasa. Kerjaya kolar biru atau kolar putih. Cuma lelaki memang akan memilih profession yang sesuai dengan jiwa dan dirinya. Katakan la sekarang ini sedang belajar dalam jurusan perakaunan,tak semestinya dia akan menjadi seorang charted accountant yang berjaya. Ini adalah contoh.Kerana lelaki akan mengejar profession yang sememangnya sesuai dengan dirinya. Tak kisah ape orang lain cakap.Dia akan terus buat. Kadang2 orang terlepas pandang, nampak lelaki tu jual burger je tepi jalan. Pendapat orang ramai "ala mamat ni jual burger je.ape kelas" hakikatnya kalau satu burger tu untung seringgit,sehari jual 100 burger.net profit sehari RM 100. Lagi banyak dari orang yang kerja kat pejabat start pukul 8 pagi habis pukul 5 petang :) Jadi profession untuk lelaki ini sukar dijangka.Sebab banyak sangat benda yang kena amek kira untuk mencari profession yang sesuai
Power. Lelaki memang berego tinggi. Power ini salah satu antaranya. Sebenarnya power ini antara paling susah untuk di peroleh seseorang lelaki.Kalo seseorang lelaki itu mempunyai pendidikan yang tinggi dan jawatan yang tinggi,dia boleh dikatakan sudah mendapat power itu.Tapi sebenarnya ia lebih dari itu. Power ini subjektif sebenarnya.power tu kan kuasa. macam mana nak ada kuasa kalau xde ilmu? jadi ilmu tu penting.Kalau seseorang lelaki itu mempunyai empayar perniagaan yang gah dah hebat.sememangnya dia boleh dikategorikan sebagai berkuasa.possessed for power.Kalo di usia yang muda seseorang lelaki itu telah mencapai ketiga2 benda ini..ia adalah satu kepuasan...
bersambung....
4 comments:
P semorang xsame besar...
hehe
farhan, my name x de 'H' la...mntk tlg tukar kt fastrack fellows tu blh x? diff spelling brings diff meaning =)
sowie ye..
owh..sory2..tindakan drastik akan diambil :)
contoh lelaki terbaik, luqman.
Post a Comment