Hari ini aku ingin meluahkan sesuatu yang aku rasa kan sangat2 perlu untuk diberitahu. Aku, Farhan Nazmee Bin Kamarul Zaman ingin menyampaikan rasa hormat dan ucap terima kasih ku yang tak terhingga kepada mereka-mereka yang akan ku sebut namanya sebentar lagi.
Tanpa mereka, aku tidak akan jadi seperti aku yang sekarang. Mereka banyak membantu aku dalam melalui hidup yang sudah hampir 21 tahun ini. Aku tak rasa yang aku dapat menjadi seorang manusia yang baik tanpa mereka di samping aku.Walaupun aku tidaklah seberjaya mana lagi dalam hidup ini,tapi aku tetap menghargai setiap yang mereka lakukan untuk aku. Sekali lagi aku tujukan khas posting blog kali ini untuk mereka :
Abah ( Kamarul Zaman Bin Alias)
Abah, farhan nak ucap terima kasih yang tak terhingga sebab abah dah didik farhan sehinggalah farhan jadi seorang yang seperti hari ini. Walaupun farhan belum la berjaya mana pun,tapi pendedahan tentang hidup yang abah dah ajar farhan, sangat2 farhan hargai. Dari umur 12 tahun abah dan ajar farhan dan didik farhan untuk buat macam2.
Masih teringat lagi masa umur 9 tahun, abah ajar farhan cara nak main bola sepak.Cara nak ikat tali kasut buat pertama kalinya. Semua tu farhan masih ingat. Abah tegas dan sangat mementingkan "manners" seperti yang abah selalu cakap dulu. Yang abah paling pantang ada 2 benda, pertama : jangan bercakap bohong dan kedua : jangan jadi orang yang kurang ajar. Dulu bila abah pernah pukul, denda dan macam2 lagi, farhan semua untuk kebaikkan farhan.Terima kasih sangat.
Kalau dulu abah tak buat macam tu farhan mesti tak dapat jadi macam mana farhan yang sekarang.Masih segar dalam ingatan abah suruh farhan baca buku 2 jam sehari sejak dari darjah 1. Hafal ejaan, membaca dan juga hafal sifir. Walaupun memang dulu rasa macam tertekan sebab budak2 lain tak kena macam tu,tapi sekarang ini farhan dapat rasa kebaikan dia.
Masa 12 tahun, abah memang suruh farhan masuk asrama. Sungguh2 abah datang ke sekolah untuk isi borang masuk asrama penuhsebab sepatutnya tarikh hantar borang dah lepas. Abah selalu cakap yang kehidupan sekolah asrama penuh tu sangat2 berbeza dan best.Pada masa itu, farhan betul2 tak faham apa yang abah cakapkan.Tapi sekarang ini farhan sangat2 faham.Memang betul.Tak dapat di ceritakan kalau kita tak melalui sendiri benda tu. I learned a lot from the boarding school life :) and i really2 thankful because you once "forced" me to go to that school.
Sepanjang sekolah menengah abah banyak berkongsi pengalaman dengan farhan. Jawatan yang farhan pegang di sekolah tu memang memerlukan tunjuk ajar. Pendekatan abah untuk mendidik farhan juga dah berubah.Kalau dulu kena marah,sekarang kita lebih banyak berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Abah pernah suruh farhan masuk kelab bahas dan pidato.Farhan nak minta maaf sebab tak dapat nak jadi pembahas sekolah yang hebat macam abah.But i know the purpose of you encouraging me to take part.You want me to learn how to talk in front of the audience :) be a good public speaker. Walaupun tak dapat jadi pembahas, pengalaman farhan sebagai seorang ketua dari tingkatan 1 hingga 5 banyak mengajar farhan. Jawatan pengawas yang dipegang dari tingkatan 2 banyak mengajar cara-cara & skills to be a public speaker :) i think right now, i would be an "ok" type of public speaker.Tak la bagus sangat,tapi boleh la.hehe
Then when i'm going through my SPM you advice me a lots. Ingat lagi masa abah hantar farhan balik Ipoh. Farhan ada cakap "Biar farhan buat salah sendiri.Farhan akan belajar dari kesilapan farhan sendiri". And you just do like i said it. My SPM result wasn't that good. And i learned my mistake. Tapi nasib baik tak la teruk sangat2. Thank God, he still loves me and giving me chances.
Lepas habis sekolah abah tarik farhan untuk menghadapi dunia sebenar.Dunia yang penuh dengan persaingan dan sangat2 mencabar. You ask me to help you in your work.I really appreciate it until now. Benda2 business ni tak dapat nak belajar dalam kelas.Tapi farhan dapat belajar banyak sangat benda dari abah.Dari jd exhibitor kak Koln Germany sampai la jual pasu kat pasar tani, semua benda ni mengajar farhan erti kehidupan. It also give me something to think about. Now i know how to deals with many kind of situation in life. Rasa sangat bersyukur sebab peluang macam ni datang kat farhan.
Sekarang sudah hampir 21 tahun abah mendidik farhan.Thanks for every single thing. Maybe 65% of my life today is based on your influence. Cuma sekarang farhan rasa farhan akan ikut jalan farhan sendiri lepas ini. I may have learn many things from you,but i will take the other path in my life. Tak semua benda farhan boleh ikut abah.I have my own dreams and mission too. Tapi farhan sangat2 berterima kasih untuk semua benda.THANK YOU DAD!
Mak (Siti Noor Zehan Ishak)
Mak, farhan tak tahu nak cakap apa lagi sebenarnya. Like a child always said, my mom is the best mom in the world. And i agree with that so much :) Rasanya mak la tempat farhan meluahkan perasaan dari kecil sampai la masuk remaja ini :D
Mak, terima kasih sebab banyak bagi kasih sayang dan tunjuk ajar. Farhan ingat lagi masa kecil mak selalu bawak farhan pergi sekolah mak.Duduk sama2 kat Bengkel KHB masa di High School Klang. Mak selalu bawa farhan jalan2 pergi sana sini. Habis semua tempat kita pergi sama2.
Secara jujurnya, mak lebih banyak menjadi tunjang emosi dan perasaan farhan.Orang selalu kata,anak lelaki akan rapat dengan mak, and i agreed with that. Tapi rasanya sampai umur 16 sahaja tak silap. Sebabnya akan dikisahkan sebentar lagi :)
Mak banyak mengajar farhan tanggungjawab. Dari umur 11 tahun mak dah suruh farhan kumpul duit sendiri nak beli apa2 yang farhan nak. Ingat lagi masa tu, farhan nak beli kereta remote control yang harganya dalam RM 100. Mak suruh kumpul duit sendiri nak beli. Mak selalu cakap " Kalau kumpul duit sendiri baru rasa susah atau senang nak dapat sesuatu". Yup. Memang betul rasanya lebih best daripada kita minta saja dan terus dapat. Thanks mom for teaching me that :)
Dari kecil sampai la sekarang mak la banyak melayan kerenah farhan dan adik2. Mak pun ada ajar farhan supaya jadi contoh kepada adik2. Farhan minta maaf sangat mak, sebab sampai sekarang farhan tak rasa farhan jadi seorang abang contoh.But i'm still trying for it.
Tapi sebenarnya ada sesuatu yang farhan perasaan sejak dari kecil. Farhan dapat nampak kegembiraan di muka mak setiap kali farhan dapat sesuatu kejayaan. I know you are proud of me, but you just remain silent :) its ok with me. Masa farhan dapat nombor 2 masa darjah 1 peperiksaan akhir tahun. Mak sangat berbangga. I got my present and you just look proud of me :) ingat lagi masa darjah 6,lepas keputusan UPSR diumumkan.Walaupun mak tak ada semasa keputusan itu dibacakan,masa mak datang lepas sekolah mak terus peluk farhan dengan gembira.Lepas tu pergi makan nasi ayam kat kedai :)
Masa PMR pun sama.Although i just called from home to know my result. You just seems happy with my achievement :) thanks mom. I cannot repay you back.But i hope u know,that i always love both you : mom & dad :) Cuma farhan mungkin dah tak sebagus dulu dalam pelajaran ini. Entahlah kenapa. But i promise to myself that one day i will make you proud of me more than what i had achieved until today.
Mak pun sangat2 memahami farhan. Thanks mak.Dulu masa mula2 nak main rugby,mak macam tak berapa nak bagi.Tapi akhirnya mak bagi juga farhan peluang nak main. Thanks for being so understanding.
Berbalik kepada kisah yang akan diceritakan tadi :
Masa umur 16 tahun tak silap, mak pernah pesan kat farhan " Awak sepatutnya lebih bergaul dan berbincang dengan abah awak. Sebab awak tu lelaki.Pemikiran perempuan ni lain.Kalau bab2 hati dan perasaan ini boleh dah cerita dengan mak.Awak dah besar,pemikiran dah lain". Jadi ini yang buatkan farhan lebih banyak merujuk dan berbincang dengan abah berbanding mak sekarang ini.
Mak pun boleh dikatakan sangat protective kot :D (mungkin agak negatif) sebab bila farhan cakap pasal nak buat itu,ini mak mesti macam ada keraguan.haha..tapi tak kisah pun sebab mungkin perempuan rata2 nya memang begitu.
Jadi mak, farhan nak cakap terima kasih sangat2 sebab menjaga farhan dari kecil sampai la sekarang ini. If not,i won't be like today. You really care about me and really understands me.You always help me when i was down. But now, as i grow older i can think wisely in everything. But you always be my mom :) I cannot repay you back. But i always pray for you and try the best to make you proud of me :)
Batch Brothers STARIAN 015
Part of my life : My batch brothers, soldiers of the kingdom... Korang semua merupakan adik-beradik aku yang sangat2 aku hormati dan sayangi. Perjalanan lima tahun aku bersama kamu semua memang banyak mengajar aku tentang kehidupan dan kepimpinan. Aku selalu rasakan yang korang semua merupakan sahabat aku yang paling terbaik pernah ada.
Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada semua warga STARIAN 015, kerana memberi aku peluang dan kepercayaan kepada aku untuk memimpin korang semua selama 5 tahun kita bersama. Aku sangat terhutang budi kerana tanpa sokongan dari korang semua, aku tak akan jadi seperti hari ini.
Tiap benda yang aku lalui bersama korang semua memang menambahkan pengalaman dalam hidup ku ini. Sejak dari form 1 kita di "lanyak" oleh senior2, tapi kita masih bersatu. "Meeting" tiap2 weekend, fasola position dan macam2 lagi yang pernah kita lalui bersama mengajar aku betapa pentingnya tali persahabatan diantara kita.
Ingat lagi semasa, Hi-Coun sibuk diperkatakan. Yang kita hampir bergaduh satu batch. Tetapi dengan persefahaman yang kita ada,kita berbaik semula. Batch ini memberikan berjuta makna buat aku. Dari seorang budak yang tidak reti memimpin aku banyak belajar dari korang semua.Korang banyak mengajar aku erti kehidupan. Sebagai anak remaja yang masih lagi membesar ketika umur baru meningkat belasan tahun, aku telah menggalas tanggungjawab yang berat.
Masih teringat lagi,semasa baru 4 hari menjadi warga STAR, aku yang dipilih sebagai ketua dorm 3 masa itu,di suruh oleh Abang Wan untuk menjadi ketua untuk bersalam selepas kita solat di surau. Pada ketika itu,aku yang tidak pernah menerima tanggungjawab seberat itu,telah mula belajar erti kepimpinan.
Kita banyak berbincang dan sehingga kini kita masih berbincang dan berhubung jika kita punya masalah. Aku berani katakan, yang korang semua merupakan rakan2 terbaik yang pernah ada sepanjang hidup ini.Terima Kasih wahai adik-beradik ku :) Korang mengajar aku erti persahabatan yang tidak mungkin aku dapat belajar dimana-mana.
* al-fatihah untuk allahyarham Nazirul Syazwan.
bersambung jika ada kelapangan
5 comments:
dude,i love u la~XD
penghargaan buat ko jugak.haha
yeah adzuan..
thanks bro!
batch of 45 is in my blood!
-respect-
haha.tau tak same mcm dgn entry yg kite nak post....tp still in draft la.
owh yeke?
cepat2 la publish.
boleh bace esah nye lak :)
Thank you too farhan for everything!
friends forever =)
Post a Comment