approved & supported by :

Friday, May 22, 2009

percaya pada harapan

aku sering terfikir.setiap kali bangun dari tidur itu, apa yang sebenarnya membuatkan aku untuk bangun dan menjalani kehidupan dalam episod berbeza yang dinamakan hari. selain daripada teori dan penyelidikan sains. aku rasa ada dua perkara yang membuatkan aku bangun pada waktu pagi dan kembali menjalani hidup. Yang pertama kewajipan dan yang kedua adalah harapan.

kewajipan itu adalah sesuatu yang perlu dilakukan. dan jika kita tidak melakukannya kita akan mendapat susah dan dosa kemungkinannya. sebagai umat islam, mengikut fahaman dan pegangan agama kita hidup itu adalah ibadah. Dalam perjalanan hidup itu kita perlukan pengisian yang terbaik disamping mencari bekalan untuk dunia yang satu lagi itu.rasanya semua orang pun jelas tentang kewajipan ini. jadi cukuplah setakat ini tentang kewajipan.

apa yang mahu aku lebih bicarakan adalah tentang harapan. Harapan ini sebenarnya sangat-sangat penting dan mungkin boleh dikategorikan sebagai yang paling penting antara semua perkara. Bagi aku, harapanlah yang membuatkan manusia itu percaya yang esok itu masih ada untuk mengubah keadaan. Yang membuatkan manusia bisa bangun semula jika di telah jatuh. Dan semua ini adalah disebabkan harapan.

sebagai contoh, seorang pesakit kronik yang masih bangun dari katil untuk menjalani hidup walaupun mungkin sudah tiada jaminan untuk dia kembali sembuh. Aku pasti, harapanlah yang membuatkan nya menggagahkan diri. Harapan untuk dia kembali pulih seperti dulu, harapan untuk menggembirakan ahli keluarganya yang tidak putus-putus berdoa dan menanti, serta sebagainya. Begitulah peranan yang dimainkan oleh harapan sebenarnya. cuma kadangkala kita terlepas pandang walaupun kita sememangnya berbuat begitu setiap hari.

ada masa kita berasa sangat keliru,tertekan dan juga pilu dek kerana keadaan. percayalah pada harapan. mungkin itu dapat membantu. walau bagaimana besar pun musibah itu, harapan pasti hadir selagi diizinkan oleh-Nya. Tentang kehidupan yang penuh pelbagai cerita, setiap orang membuka diari hidup yang ceritanya tidak sama. Ada yang ceritanya bagaikan kisah dongeng yang menjadi nyata dan ada juga cerita yang tidak sanggup kita baca kerana begitu sedih dan pilu.itulah definisi sebenar kehidupan.

apa pun yang berlaku harapan itu pasti ada. kerana harapan itu yang membuatkan kita jadi lebih matang berfikir. menjadikan hidup kita lebih bermakna dari hari ke hari. jika kau putus harapan dan menyalahkan keadaan,kau bukan orang yang rasional, jauh sekali dari bijak. tenangkan fikiran dan cari puncanya. harapan akan menjelma membantu kamu.

aku menulis berdasarkan pengalaman. dimasa aku begitu mengharapkan sesuatu pada masa dulu dan ia tidak terjadi. benar.aku pasrah dengan keadaan.tapi aku punya harapan. dan aku akan terus berharap kerana aku percaya selagi dengan ada izin-Nya ia boleh terjadi. Namun apa yang penting itu adalah harapan dan juga kesabaran yang mengajar diri menjadi lebih matang.

jadi apa pula perkara yang membuatkan kalian terus mencoret diari hidup setiap hari? semoga apa yang menjadi perangsang hidup kalian akan terus membawa kebaikkan kepada semua. jika anda tidak pernah menyedari, cuba fikirkan kembali. shhh....usah beritahu disini. carilah ia dalam diri.kemudian terpulanglah mahu dikongsi ataupun disimpan sendiri :)

salam hormat dari saya.

farhannazmey

5 comments:

Jini said...

nice..
we hope as we open our eyes every morning, everything will go better than yesterday. kan?

because of hopes, we are still in uitm ;)

farhannazmey said...

yeap.

everyday there is a new hope for us :) just keep on believing insyaALLAH.God will help us along the road :)

HILMI FUAD said...

sometimes hope can lead u to great regret... but hope with effort and prayer may lead u to find the gold...
-well said farhan!-

farhannazmey said...

boll...

hope always be the driving factor for me in my everyday life.and hope with effort and prayer will always be the deciding factor for any excellent.thanks bro.

-respect-

ysmnkml said...

oh, i love this post of yours!
there are times when i feel that i am really down on life's wheel, but that little bit of hope inside can really help bring me back up again.
harapan is really an awesome thing. berharap dan berdoa of course!
eh, i wanna link u up ok.
:)
keep on writing!