approved & supported by :

Thursday, May 21, 2009

wani ardy : si senikatawati

photo : taken from Wani Ardy Facebook fans page
credit to : celluloid soldiers

hari ini aku mahu kongsi tentang seseorang yang sangat berbakat dalam bidang seni ini dan boleh dikategorikan sebagai seorang pengkarya berjaya masa kini. Beliau adalah wani ardy.Si senikatawati.

kali pertama aku mengetahui tentang kewujudan wani ardy adalah melalui blog fynn jamal yang sering kali memperkatakan tentang wani ardy.Kemudian barulah aku mengetahui tentang wani ardy. Seorang ahli muzik, penulis dan juga pengkarya. Karya-karya seni wani ardy sememangnya berkisarkan tentang kehidupan dan seringkali memberikan aku perspektif baru dalam memerhati perjalanan hidup. wani ardy juga turut disertai oleh fynn jamal dan ana raffali dalam kebanyakkan performasi dan juga acara-acara indie.Mereka menggelar diri mereka "tiga venus". Performasi mereka yang akan datang adalah di Annexe Central Market pada 31 Mei 2009.Difahamkan tiket yang berharga rm15 untuk performasi itu telah pun habis dijual.

Karya-karya wani ardy terutamanya dalam lapangan muzik khususnya sangat baik pada pandangan aku. karya-karya muzik tulisan nya seperti askar, orang kecil dan limitasi sangat-sangat memberikan impak kepada sesiapa yang mendengar.Untuk karya penulisan, buku gangguan tekstual perempuan simpanan merupakan hasil wani ardy juga yang turut disertai oleh 10 penulis wanita lain.

Pada 30 mei 2009, wani ardy akan bertandang ke shah alam untuk acara Pekan Frinjan 2.0 di Laman Menara Jam,Dataran Shah Alam.Sesiapa yang ada kesempatan boleh turut serta nanti. Bermula jam 5 petang.

Aku benar-benar mengsyorkan buat mereka yang meminati bidang seni ini untuk mencuba karya wani ardy sebagai salah satu pengisian seni kalian.Untuk maklumat lanjut boleh lah layari waniardy.com dan facebook beliau : wani Ardy

sekian sahaja.

4 comments:

look within said...

sounds interesting.
=)

farhannazmey said...

semestinya :)
try la dengar.
mane tau suke gak nnt
=)

HILMI FUAD said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wani ardy mmg sempoi and real, fynn jamal tu cam menggelabah sikit.