approved & supported by :

Tuesday, June 23, 2009

Antologi Askarya : edisi percubaan



kini sudah dipasaran

ASKARYA.
coretan kata peminat bahasa.

eksperimentasi tulisan yang cuba dibuat oleh seseorang yang sungguh minat terhadap karya bertulis dan juga segala jenis tulisan.kolaj kata,prosakata,esei dan sebagainya.

dengan kerjasama Askarya Tinta & farhannazmey visual arts. Edisi prototaip/ percubaan Askarya akan diterbitkan tidak lama lagi.Cetakan hitam putih (buku fotostat) sebanyak 8 muka surat adalah untuk percubaan edisi ini.

Buat mereka yang berminat, tempahan boleh lah dibuat sekarang.Mereka yang amatur menulis,minat menulis,membaca dan apa-apa yang berkaitan boleh la membuat tempahan sekarang.

Mungkin tulisan itu picisan buat kamu,tapi ia ikhlas dari hati. Dan sesungguhnya sesuatu karya itu perlu dihormati.

senaskhah dijual pada harga rm 2. (tidak termasuk kos penghantaran )

akhir kata.wasalam.



Sunday, June 14, 2009

farhannazmey web blog

assalamualaikum w.b.t.

diucapkan kepada semua :) pada hari ini blog tinta akan membuat sedikit perubahan yang lebih baik dan sistematik untuk semua pembaca dan pengikut blog ini.

memandangkan minat saya terhadap beberapa perkara seringkali di ceritakan di blog ini tanpa ada pembahagian yang sistematik,jadi saya telah mewujudkan " farhannazmey web blog " untuk memudahkan rakan2 sekalian dan juga para pengunjung blog ini =) berikut adalah link untuk web blog tersebut.

a. home

ini merujuk kepada blog tinta, yang akan dijadikan sebagai laman utama web blog ini.semua perkembangan terbaru,tulisan saja-saja dan sebagainya akan berada disini.ia juga dianggap sebagai "home" untuk web blog farhannazmey

b. antologi // prosakata

ini pula adalah tempat karya-karya atau pun bahan-bahan tulisan secara rawak yang ditulis oleh saya.segala bentuk penulisan adalah hasil dari pemerhatian dan pendapat saya sendiri.buat mereka yang meminati kolaj kata dan karya-karya tulisan ini adalah tempatnya

c. cerita dari lensa

diskripsi nama sahaja telah memberikan gambaran tentang apa sebenarnya yang dimuatkan dalam web blog ini. Gambar-gambar yang diambil dan diterjemahkan kepada cerita untuk dikongsikan bersama.Bukanlah dari seorang jurufoto professional,hanya amatur dan baru belajar :) jika anda meminati fotografi dan sudi berkongsi,jemputlah ke web blog ini.

d. visual

memandangkan saya sangat meminati seni visual dan rekaan grafik, web blog visual ini telah dihasilkan. ia adalah dari hasil kerja farhannazmey visual arts yang baru mula untuk berkembang. segala penceritaan dan visual grafik adalah hak milik farhannazmey visual arts.

semua link web blog ini ada disebelah kanan -----> dibawah farhannazmey web blog

jadi diharapkan semua akan berpuas hati dan menerima pembaharuan yang telah dibuat ini. terima kasih kepada rakan-rakan,kenalan dan semua pembaca blog tinta ini yang telah sudi meluangkan masa untuk mengunjungi blog ini.semoga anda terus menyokong dan mengikuti blog ini.

sekian terima kasih

farhannazmey

Wednesday, June 10, 2009

sembang-sembang seni

kebelakangan ini macam2 persepsi orang tentang seni. seni itu meluas. ada banyak cabang dan aliran. dan untuk aku, seni ini satu kehidupan. yang akan terus berjalan dari masa ke semasa. terus berkembang dari satu ke satu lagi yang baru.

ada beberapa perkara tentang seni yang perlu diperjelaskan. sebab ramai orang agak sukar memahami perkara2 ini.

persepsi 1 :

seni itu ekspresi diri

sebenarnya semua orang ada ekspresi diri sendiri.cuma lain orang lain cara. jadi apabila seseorang itu mengekspresikan apa yang dirasa, apa yang difikirannya ia boleh menjadi karya seni. Seseorang individu "memuntahkan" kata melalui pena lalu ia mungkin menjadi antologi puisi dan mungkin juga lirik lagu yang menarik. seseorang yang suka memerhati, mengacu lensa kepada subjek dan terhasillah satu gambar yang sangat menarik. jadi sebenarnya, seni itu adalah ekspresi diri. cuma cara itu berbeza.

persepsi 2 :

seni boleh dipelajari oleh semua orang

ada orang kata seni itu ada dalam jiwanya. dari keturunan nya.dan sebagainya. itu mungkin betul. tapi seni juga boleh dipelajari. kerana pada masa kini,bukannya satu sahaja bidang seni.mungkin ada puluhan ribu cabang seni.penulisan, penghasilan lagu, pembikin filem dan sebagainya.ini semua aliran seni. mereka sudah pastinya belajar tentang seni ini.baik secara teori dan praktikal.mungkin juga melalui pengalaman.cuma kadang2 hasil seni itu mungkin disukai atau pun tidak.tapi perkara ini subjektif.

persepsi 3 :

hasil karya seni bukan sesuatu yang memeningkan

mungkin ada yang pernah terfikir, yang kadangkala hasil karya seseorang itu agak "tak logik" dan memeningkan. sebenarnya itu tidak berlaku kerana, si pengkarya mungkin melihat dari sudut yang berbeza semasa menghasilkan karya itu.dan orang lain tidak dapat memahaminya. contoh, lukisan conteng2 yang dijual dengan harga beribu2 itu kadangkala nampak biasa sahaja.tapi sebenarnya nilai yang tersirat itu mungkin sangat tinggi. hanya pengkarya itu sahaja yang tahu mungkin.

persepsi 4 :

seni itu universal

satu perkara yang sangat menarik tentang seni ialah, ia sangat universal. semua perkara boleh jadi seni. dan hasil2 karya ini boleh dipuji,dikritik dan kalau yang sangat membenci mungkin akan memaki. tapi itulah seni. tidak bisa memuaskan hati semua orang,tetapi ia mendapat pujian dari golongan yang tertentu.terutamanya seni muzik. ada macam2 jenis muzik.mungkin ada yang membingitkan telinga dan mungkin ada yang menenangkan jiwa.

persepsi 5 :

kreatif.berani dan semangat.

seni memerlukan semua ini.dan mungkin lebih lagi dari ini. barulah karya seni itu terhasil dengan baik.apa2 pun semua bidang memerlukan semangat.cuma seni ini lebih lagi.


semua persepsi ini adalah pendapat ikhlas dari saya.pandangan saya. pemikiran saya. mungkin anda berbeza.tidak menjadi masalah kerana seni itu tidak pernah boleh dianggap salah jika sesuai pada tempatnya.hasil karya seni itu perlu dihormati.sekian.

farhannazmey

Sunday, June 7, 2009

pengajaran 2 hari

semalam aku merantau.pergi zon selatan. ada hal sikit.dalam masa 2 hari ada beberapa pengajaran yang aku dapat.

pengajaran 1 :

kita hidup kat dunia ni dengan orang ramai. bukan kita hidup seorang.atau berdua je.atau dengan kawan2 kita. ingatlah orang sekeliling. jangan buat perkara yang boleh buat orang lain meluat atau rasa nk maki je kalo tengok.tak elok maki2.tapi tuan punya badan yang bertindak pun kena la beringat.dunia ni ramai mata melihat.lagi2 public places.

pengajaran 2 :

sistem pengangkutan awam malaysia ni sangatlah hampeh. kate terbilang la cemerlang la. sistem bas,komuter semua terabur jek. tak yah tengok jauh2 la.Dekat KL je time weekend bus,lrt,komuter semua penuh giler.giler2 punya.bila lah orang2 atas ni nak sedar masalah2 orang yang selalu gunakan pengangkutan awam ni? naik penat tunggu. ooo...lupa pula. orang2 atas mana naik pengangkutan awam.kereta mewah siap ada pemandu peribadi lagi.

pengajaran 3 :

kadang2 dalam hidup ini benda2 yang salah boleh jadi betul.tapi tengok keadaan juga lah.cuma kadang2 hairan. kenapa orang nampak benda salah tu betul,walaupun dah terang2 salah? mungkin sebab dah jadi kebiasaan. oleh itu, jangan biasakan perkara yang nampak salah itu berlarutan sampai lama2 kita pun ingat benda tu dah jadi betul..


sampai sini dulu pengajaran yang dilaporkan.sekian terima kasih.