aku sebenarnya sekarang ini sangat bersyukur dengan keadaan hidup aku sekarang ini. semua benda yang terjadi dapat aku hadapi dengan baik. alhamdullilah, tuhan memudahkan segala urusan aku buat masa ini. walaupun tak kaya,duit tak ada, hati tenang gembira sentiasa :) tapi masih lagi ada perkara-perkara yang menyerabutkan otak.
setiap hidup manusia itu lain-lain.jadi aku andaikan setiap hidup itu adalah alunan lagu-lagu tersendiri dan mempunyai tarikan sendiri.mungkin ada yang rock,balada, rnb, hip hop, love story, dan lain-lain lagi. kalau yang selalu menghadapi kesedihan mungkin boleh dianggapkan sebagai lagu emo.huhu.ini hanya anggapan sahaja.bukan betul ya.
aku banyak belajar dari kawan-kawan.yang memberikan aku perspektif baru dalam melihat sesuatu yang berlaku.jadi aku rasakan kalau kita hendak menghadapi hidup ini dengan baik.kita perlu meng elektrokan hidup ini.bererti, kita perlu mencampurkan segala perkara yang berlaku,ambil ia sebagai satu perkara yang positif barulah kita akan rasa tenang :) kerana lagu-lagu elektro itujuga adunan beberapa jenis lagu.produk akhir lagu elektro itu juga adalah hasil karya yang hebat....
jadi cubalah adunkan perkara-perkara yang terjadi dalam hidup anda :) mungkin hasilnya akan menjadi baik.cuma yang paling penting.berfikiran terbuka dan positif.
lagu ketika menulis : the bottlesmoker & the lovecraft
1 comment:
ekspresi bahasa jiwa lunak didengar.
Post a Comment