approved & supported by :

Friday, February 22, 2008

Aplikasi Minda Semasa


Kita sering mendengar.Kita sering melihat.Tetapi kurang beringat.Mungkin itulah kealpaan kita.Sebagai manusia yang hidup di bumi yang bertuah ini.Kita mendapat kesenangan,keharmonian dan kekayaan tanpa perlu berusaha kuat.Tak dinafikan ada sesetengah golongan yang berusaha untuk berjaya.Tapi dimanakah letaknya diri kita yang sebenar? Kita rakyat Malaysia.Bangga dengan kejayaan segelintir orang yang mengharumkan nama negara.Tapi kita terlupa,golongan minoriti ini dipandang dengan begitu gah.Dimana letaknya pula golongan majoriti di antara kita? Kita merasa kita begitu hebat.Tapi apakah kayu ukur kehebatan itu?Fikirkan..renung dan tanya kepada diri sendiri.Adakah kita sendiri sudah sedia untuk menghadapi globalisasi dunia ini? Persoalan yang perlu dijawab oleh diri kita sendiri.Janganlah kita asyik mendengar kata orang.Mempercayainya sahaja tanpa mengkaji,kerana ia akan merugikan diri kita.Kita perlu sedar di mana kita.Apakah yang boleh kita sumbangkan untuk negara.Sebagai contoh,kita tidak perlu pergi jauh.Dengan hanya melayari internet kita boleh melihat,siapakah sebenarnya yang menjadi kuasa besar dalam dunia masa kini.Kita terlalu pandang ke belakang.Lupa tentang hari yang akan mendatang.Aplikasi teknologi kita masih belum meluas.Tidak seperti negara-negara maju di dunia.Adakah kita mampu mencabar mereka.Kita lihat,berapa ramai orang yang mahir menggunakan komputer untuk melakukan sesuatu kerja,mungkin hanya segelintir yang mahir. Janganlah kita terlalu memanjakan diri kita ini.Keadaan yang terlalu senang dan mewah menyebabkan kita ketinggalan.Kepekaan kita dalam perubahan globalisasi adalah sangat penting.Kalau kita hanya duduk dan menunggu maklumat itu datang kepada kita,kita pasti akan ketinggalan.Peribahasa"Bagaikan katak di bawah tempurung" adalah sangat sesuai bagi golongan seperti ini.Minda perlu dibuka luas.Penguasaan ilmu sangat penting untuk merubah sesuatu keadaan.Tidak ramai yang berjaya,tapi kejayaan mereka perlu diteladani dan dicontohi.Nama seperti Irfan Khairi dan Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak asing lagi bagi mereka yang mengikuti perkembangan semasa.Kehebatan mereka untuk merebut peluang yang ada perlu diikuti oleh semua golongan.Dengan adanya semangat seperti itu,kita mampu untuk bersaing di mata dunia.Kita perlu memandang kehadapan.Mencari jalan untuk perubahan.Banyakkan pengkajian.Kerana dari situlah kita akan bermula untuk mencari satu kemenangan.Janganlah menjadi lorong yang kosong.Tetapi jadikan lah lorong itu sebagai laluan untuk kita sampai ke destinasi yang lebih mencabar.Mungkin ada yang sudah bersedia.Tetapi secara keseluruhan ia perlu dimantapkan.Aplikasi minda kita perlu lebih kental menghadapi cabaran, dan bukan dimanjakan dengan kesenangan yang akhirnya merugikan kita di masa depan kelak.

No comments: