assalamualaikum,
Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 51.Semoga Malaysia diberkati ALLAH. Di samping itu juga,selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam.Semoga bulan Ramadhan yang akan kita lalui nanti memberikan pelbagai kebaikan dan kita mendapat rahmat daripada-Nya.InsyaALLAH :)
approved & supported by :
Sunday, August 31, 2008
Friday, August 29, 2008
Bajet 2009
Petang tadi bajet dah dibentangkan di parlimen oleh Menteri Kewangan 1 a.k.a Pak Lah. Baca bajet pun macam tak faham sangat dengan isi kandungan bajet. Bajet kali ini bertemakan "kerajaan prihatin". Satu bajet yang dibuat selepas kerajaan hampir tumbang dalam pilihan raya yg lepas. Kepimpinan pembangkang menyatakan bajet sebentar tadi sebagai bajet untuk meraih kembali populariti kerajaan yang makin bermasalah dan terdesak. Jadi banyaklah bajet-bajet disalurkan kepada Sabah & Sarawak (kalau Sabah & Sarawak ini tidak ada maka tiadalah lagi kerajaan BN)
Walaupun bajet tahun 2009 paling tinggi iaitu RM 207 billion, namun banyak perkara masih boleh dipersoalkan. Pada pendapat saya bilakah agaknya rakyat yang berada di bandar utama seperti KL akan merasai sistem pengangkutan awam yang selesa dan sistematik.Teringat minggu lepas PM telah menaiki LRT dan mengatakan macam tiada sistem.Nak je cakap balik, cube naik KTM pukul 5 petang.Masa tu baru tau macamane orang punye ramai. Belum lagi cakap pasal bas semua..Jadi tadi peruntukan untuk sistem pengangkutan awam adalah RM 45 billion dari tahun 2009-2014.Tunggu dan lihat saja..adakah kita akan merasa satu keadaan yang berbeza pabila menaiki LRT,KTM,Monorail pada "peak hours" nanti atau sama saja macam sekarang.
Lagi satu yang pasal bil elektrik rumah yang di bawah RM 20 tak akan di caj bilnya.Urm...sekarang ni agaknya berapa banyak rumah la yang bil elektrik tak lebih RM 20?
p/s : belum lagi sebut tentang Bas RapidKL 603 & 604 pada jam 4-7 petang dalam kampus UiTM.

Beijing 2008 Olympic Collection
The Olympic Games just ended . There are so many memories about this very beautiful games and already be part of history now.My personal favourite would be the stunning achivements by the Jamaican track & fields athletes. Its all about their sprinter, Usain Bolt that have won the 3 gold medals and breaking 3 world records! Superb! Not forgetting Asafa Powell and also rest of the team.
above photos show some of the merchandise that I had collected.
1st pic : the Coca-Cola "08.08.08 Limited Edition" Bottle. Although it is cheap,but still a merchandise about the Olympic Games.
2nd pic : The Beijing Olympic Contour Glass. I get it from McDonalds restaurant. It have 5 different design, but I only have this one, the swimming edition ( Michael Phelps 8 golds to be remembered :) )
3rd pic : This is a free catalogue or merchandise book from Nike. They show all their new products used by the athletes in Beijing.Kinda cool catalogue actually.
4th & 5th pic : The unique thing about this t-shirt is it have the chinese pattern on the star design.Like an ancient chinese art.
So this is some merchandise that i managed to collect during the 2008 Beijing Olympic Games. Can't wait for South Africa World Cup 2010 & 2012 London Olympic Games :)
Thursday, August 28, 2008
Situasi
Diskriminasi menjatuhkan aku,
Reputasi kini menjadi bisu,
Dan aku...ku layu..disitu
Mengharapkan sesuatu yang baru,
Itulah impian aku..
CHORUS :
Dan bila kau menghilang,
Musnahlah..musnah impian,
Untuk menggapai bintang,
Terangi hidupku,
Ku mahu kau tahu,
Engkaulah..destinasi ku,
Dalam ingatan ku..
Kerna diri ini tak daya lagi,
Menempuh hidup yang kutemui,
Dan aku..Ku tunggu..di situ
CHORUS
Lirik lagu Situasi dari BunkFace ini mempunyai mesej yang sangat mendalam. Mungkin tak semua orang melalui benda yang sama. Lirik ini menceritakan bagaimana jatuh bangun seseorang disebabkan oleh seseorang individu lain... Fikirkanlah..

Friday, August 15, 2008
kemana arah tuju kita sebenarnya?
Saban hari kita membaca,mendengar dan melihat perkara yang asyik berulang-ulang di media massa dan media cetak.Politik..politik..politik..tiada apa yang lebih penting melainkan politik.Berita-berita tentang politik tidak pernah kering dari lautan media di negara ini.Yang ini mencari salah yang itu,yang itu menyalahkan yang ini.Memang bosan dan naik jelek membaca tentang isu-isu ini.
Sukar untuk kita fahami pergolakan minda rakyat sekarang.Kadangkala saya terfikir apakah isu-isu utama negara sebenarnya? Bukankah kekuatan ekonomi serta perkembangan pesat dunia teknologi lebih penting dan seharusnya menjadi agenda perbualan dan perbincangan sesama kita.Bukannya masalah-masalah politik yang tidak menguntungkan rakyat dan orang awam. Memang tidak dapat dinafikan lagi,benar kata orang kuasa buatkan kita leka,lupa dan terpedaya.Politik itu merupakan satu bentuk kuasa yang amat besar impaknya. Kuasa politik ini dapat dikategorikan sebagai "kegilaan" sesetengah pihak.Namun sehingga kini,saya tidak dapat memahami mengapa isu-isu politik ini yang menghiasi muka depan surat khabar dan berbagai-bagai lagi bahan bacaan di negara ini.
Apa yang sebenarnya kita sebagai rakyat biasa perlukan? Apakah fokus dan tujuan utama kita sebagai warganegara? Saya yakin sepatutnya perkembangan ekonomi,teknologi dan kematangan sosial menjadi tumpuan utama.Dalam era globalisasi ini kita perlu berubah. Rugilah kita menjadi katak di bawah tempurung.Minda dan pemikiran kita dilimpahi dengan isu-isu kepentingan sesetengah pihak yang tiada untungnya untuk kita.Isu-isu ini juga secara tidak langsung memulakan bibit-bibit perasaan hasad,dengki dan takbur yang akan membawa kepada perpecahan dan pertelingkahan. Hal ini sememangnya tidak menguntungkan sama sekali.
Jadi apa yang harus kita lakukan sekarang adalah untuk menilai sendiri isu yang dibesar-besarkan oleh sesetengah pihak.Untuk siapa perkara ini dihebohkan? Siapa yang untung daripada isu ini? dan bermacam-macam lagi soalan yang relevan. Apa yang saya lihat sekarang ini terlalu banyak cakap-cakap politik yang sebenarnya meruntuhkan fokus utama kita.Fokus utama kita adalah untuk membangunkan negara tercinta.Saya yakin dan percaya setiap warganegara Malaysia sayangkan keamanan dan kesejahteraan negara ini.Apa yang berlaku sekarang adalah huru-hara pemikiran sesetengah orang yang berkepentingan.
Oleh itu kembalilah pada fitrah semula jadi manusia.Yang cintakan keamanan,kesejahteraan dan keharmonian.Lenyapkanlah segala anasir-anasir yang hanya merugikan kita.Bagi mereka yang hidup di dalam angan sendiri itu,biarkan mereka. Emosi perlu dikawal, keharmonian perlu disemai,perpaduan perlu dikukuhkan.Sentiasalah berdoa,supaya sinar kerahmatan dan keredhaan akan menunjukkan jalan yang sebenar dan bukan ditentukan oleh cakap-cakap politik yang retorik.

Thursday, August 14, 2008
UiTM : antara emosi dan keadaan
Dalam seminggu ini heboh berbagai-bagai perkara yang mencetuskan pelbagai reaksi pihak-pihak tertentu. Keistimewaan Hak orang Melayu dipersoalkan, calon pilihanraya kecil dan sebagainya. Jadi terlintas dihati saya untuk berkongsi pendapat dan pandangan peribadi saya sendiri. Sebagai seorang belia dan juga seorang mahasiswa saya berkongsi pendapat ini.
Setelah kenyataan dibuat tentang kuota 10% patut dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera di UiTM,siswa dan siswi UiTM telah menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dan protes terhadap kenyataan tersebut.Kenyataan yang telah dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu membuatkan warga UiTM tersinggung,marah dan kecewa. Pada hari Selasa yang lepas sekumpulan siswa dan siswi UiTM telah berarak menunjukkan protes mereka terhadap kenyataan tersebut. Jalanraya menjadi medan berkumpul, sepanduk-sepanduk protes diangkat tinggi. Warga penduduk Shah Alam secara umumnya dapat melihat perarakan protes itu.Dilaporkan seramai 3000 pelajar terlibat dalam protes tersebut.
Saya berpendapat, tidak salah untuk menunjukkan protes kita terhadap sesuatu yang sememangnya hak milik kita.Tapi dalam hal ini,tidak kena caranya.Sebagai siswa dan siswi,golongan terpelajar kita punya ruang bersuara.Hak kita perlu dipertahankan tetapi perlu kena pada tempatnya. Memang dengan protes ia dapat mengambil perhatian umum.Tetapi, kewajaran untuk memenuhi jalan raya mewakili institusi pengajian tinggi yang berprestij tidak sepatutnya berlaku.Ada cara yang lebih sesuai.Jangan biarkan emosi mengawal diri,kerana ia akan memakan diri.Dalam keadaan sekarang, setiap langkah yang diambil oleh sesuatu pertubuhan akan dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu.Jadi fikirkanlah kemungkinan atau implikasi yang akan terjadi dengan adanya protes oleh siswa dan siswi sebegini...
Bagi kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Ibrahim pula,saya rasa kenyataan ini sememangnya sangat subjektif.Berdasarkan statistik dan informasi data,UiTM melahirkan ramai graduan berkualiti.Baik dari segi akademik,ketrampilan dan sahsiah. Boleh dikatakan, graduan UiTM mempunyai kualiti yang terbaik.Bila mengambil kira tentang daya saing pelajar pula,memang tidak dinafikan UiTM tidak mempunyai pelajar bukan Bumiputera untuk bersaing.Tetapi jika kita lihat persaingan yang berlaku diantara rakan-rakan siswa itu sendiri ia sudah cukup untuk membuktikan kadar persaingan yang tinggi berlaku di UiTM kerana penuntutnya cukup ramai. Saya juga cukup pasti, jika diambil "high flyers" dikalangan siswa dan siswi UiTM kemudian bandingkan pencapaian mereka, mereka juga sama tarafnya dengan pelajar bukan bumiputera yang cemerlang.
Jadi sebagai seorang belia Melayu,saya mengambil kira semua ini.Hal ini kerana, belia yang ada akan mengambil alih negara ini pada masa depan. Setiap langkah kita sekarang,akan membentuk denai yang untuk mereka yang akan datang.Sememangnya hak keistimewaan orang Melayu perlu dipertahankan.Cuma kadang-kadang,kita sendiri alpa dengan keistimewaan itu.Nilailah sendiri,dimana kita sebenarnya..Untuk mengubah kaum atau bangsa Melayu itu adalah sangat sukar,tapi untuk mengubah diri sendiri ia mampu dilakukan.Dan jika setiap orang yang berbangsa Melayu itu berubah menjadi lebih baik,maka bangsa Melayu itu sendiri akan menjadi yang terbaik.
MALAYSIAN FOR UNITY

Subscribe to:
Posts (Atom)