approved & supported by :

Thursday, October 9, 2008

aku tidak tahu

Itulah sikap manusia,
Bila tiada kita mencari,
Bila dapat kita sukar untuk mensyukuri,
Inilah dia sifat insani.

Kasih dan sayang itu perasaan,
Ia juga mungkin bibit percintaan,
Dari cinta mulalah hubungan,
Dan kalau akrab hubungan akan terjalinlah ikatan.

Mula-mula setiap saat itu girang,
Duka atau luka hati tetap senang,
Diri bagaikan melayang,
Diawangan kerna rasa hati itu begitu,
Rasa seronok tiada penghujung.

Masa berlalu kita berubah,
Fikiran tak menentu,
Jiwa celaru,
Kadang-kadang jadi buntu,
Bosan dengan keadaan,
Tapi tiada siapa perlu dipersalahkan,
Itu adalah kerana aku,
Yang sendiri tidak tahu,
Apa yang ku mahu,
kebebasan,kesepian,keseorangan,
mungkin ini adalah jawapan,
kepada setiap persoalan,
Yang bermain difikiran..
Aku sendiri tidak mengerti...
Mengapa aku jadi begini...

1 comment:

amir hamzah said...

sebab psa
haha
sangat indah
justifikasi seseorang yang berjiwa celaru