Kata orang hidup ini penuh cerita.Setiap orang mempunyai cara hidup yang berbeza dan matlamat hidup yang berbeza.Memanglah.Nama pun manusia,citarasa berbeza-beza. Urm...dikala assignment dan kerja-kerja kuliah memenuhi meja,saya ingin berkongsi sedikit tentang perjalanan hidup.
Mungkin ada diantara kita ini sering tak pasti apakah tujuan ataupun matlamat hidup kita. Sebagai contoh anda seorang pelajar jurusan kejuruteraan,tapi anda sendiri tidak pasti yang anda akan menjadi seorang jurutera nanti.Dan ada berbagai-bagai lagi soalan seperti ini sering bermain diminda kita.Itulah keadaan kita sebenarnya. Perjalanan hidup itu tak dapat ditentukan dengan tepat.Ia boleh berubah-ubah mengikut masa,situasi dan apa2 yang berkaitan. Saya sendiri banyak memikirkan tentang hidup.Selama 20 tahun ini,apakah yang telah saya kecapi dan ingin dicapai.Setiap orang punya matlamat berbeza.Jadi yang penting kita sudah mula merancang apa yang akan kita lakukan dalam hidup kita.
Kegembiraan,kesedihan dan berbagai2 lagi emosi menjadi warna kehidupan. Ya..kadang2 kita rasa bosan dengan kebiasaan.Hidup dalam angan-angan yang sentiasa memberi kegembiraan. Manusia memang begitu.Maha Pencipta juga telah memberitahu kita yang manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka ada. Itu memang kenyataan dan hakikat seorang manusia.Masa kita muda hendak berlagak macam orang dewasa,masa sudah berusia mahu jadi orang muda.Itu adalah contoh yang termudah untuk kita fahami.
Hidup juga menjadi girang dengan kehadiran orang2 yang disayangi.Keluarga,sahabat,rakan2 menjadi penghibur hati.Kadang2 cinta dan perasaan akan mula membuatkan hidup menjadi indah bagai tiada sebarang masalah. Cuma untuk mencari cinta yang sebenar itu tidaklah mudah.Cinta kepada Allah swt adalah cinta sebenar yang tidak akan berubah,tetapi cinta manusia itu tidak dapat ditentukan.Kerana manusia itu telah dicipta sebegitu rupa.
Jadi apa yang kita tahu tentang hidup kita sebenarnya? Adakah kita yakin hidup ini akan berterusan sebegini.Atau mungkin menjadi misteri yang belum lagi diketahui.Harapan untuk meneruskan hidup itu adalah sangat perlu,kerana esok lusa siapa yang tahu?
No comments:
Post a Comment