approved & supported by :

Saturday, October 4, 2008

KAMI the Movie


Sebelum menghabiskan cuti hari raya yg ada, td aku baru saje pergi menonton filem yang ditunggu oleh ramai remaja2 di luar sana.KAMI the Movie..So what i can say about the movie is.. really2 fresh and something different from the typical malay movies. Memang sesuai dengan jiwa remaja sekarang.Banyak konflik dan cara hidup remaja sekarang.


Aku memang suke tgk cite2 Red Productions ni..Memang satu platform baru yang berkualiti untuk industri layar perak & media massa negara ni.Kalau sebelum ni kita asyik di hidangkan dengan cerita2 yang "kurang bijak" dan tak berkualiti,sudah sampai masanya kita berubah.Erm..KAMI ni sekarang mcm dah jadi satu fenomena lak rasenya..orang dah mula ikut style2 dalam cite ni..I mean that Music & gigs kinda stuff.Dulu pun memang la indie band dah lama start jamming.Cuma sekarang lagi mendapat spot dikalangan remaja.


Review filem..urm, jalan crite memang senang faham.Konflik dan konfrantasi hidup remaja masa kini.Tapi apa yang membuatkan konflik itu menarik adalah sebab satu perkara..iaitu RAHSIA. Dalam filem ni RAHSIA menjadikan cerita ni lebih menarik..Ali,Abu,Lynn,Adii,& Sofie semua ada rahsia masing2. Jadi konsep rahsia itu yang menarik dalam cerita ini.Bagaimana rahsia seseorang itu diolah untuk dijadikan cerita.


Setiakawan & adat bersahabat. Melalui filem ini banyak perkara yang berkaitan dengan sahabat dan hubungan sesama rakan.Memang tak dapat dinafikan banyak sgt cerita pasal kawan dalam KAMI the movie.Tapi semua remaja yang menonton filem ini pasti memahaminya.Unsur humor mennjadikan cerita ini ada gak kelakar..Watak Abu yang dilakonkan oleh Nas-T menjadi "anchor" dalam cerita ni.Kalo watak ini xde mungkin akan jadi bosan sedikit..


Pada pandangan saya ade jg keburukan cerita ini.Mungkin anak2 muda akan terpengaruh dengan unsur negatif dalam cerita.Walaupun ia bertujuan untuk menyedarkan masyarakat,mungkin ada anak2 muda yang akan mengikut unsur2 negatif itu.Lagi satu, unsur keagamaan langsung tidak disentuh dalam filem ini.Memanglah karya ini dihasilkan berdasarkan pengaruh muzik yang kuat.Namun saya berpendapat,unsur agama itu perlu juga diterapkan.


Filem ini juga menerapkan unsur2 sastera secara tak langsung.Budaya sastera juga merupakan satu seni.Memang patut remaja zaman sekarang menghayati sastera.


Konklusinya,KAMI the movie memang suatu karya yang hebat dan mempunyai keunikan yang tersendiri.Memang best untuk remaja.Bukan senang nk jumpa filem yang memahami jiwa remaja.Tapi KAMI telah dicipta untuk remaja..Ape2 pun, usaha untuk mempromosi karya2 independant memang patut disokog.



6 comments:

Ajami Hashim said...

nice rev bro ;-)

Cik Remyza said...

Pada pandangan saya ade jg keburukan cerita ini.Mungkin anak2 muda akan terpengaruh dengan unsur negatif dalam cerita.

>> anak2 zaman skrg cepat sungguh terpengaruh..!! good Review

farhannazmey said...

owh..thanks :)
hanya pandangan sebgai seorg penonton wyg..

nabilah said...

hi franky!!
dah lama x pnggil nama nih '-'
akak last sem skrg
insyallah sem dpn smbung lg
dah sem bpe ye?

nabilah said...

ouh
cepat ye..fast track kan
so, degree bpe thn?
'_'

nabilah said...

ouh
so, duduk hostel or berulang dari umah aje?
umah family kt sana jgk kan?