approved & supported by :

Wednesday, October 29, 2008

Bola Sepak Malaysia : dimana hilangnya kita?


Semua orang suka bola sepak.Lelaki dan juga perempuan.Budak2 sekolah main bola,orang dewasa pun main bola.Semua suka bola sepak.Jadi sebagai seorang rakyat Malaysia,saya juga berminat dengan bola sepak. Kali ini saya ingin berkongsi pendapat tentang bola sepak di Malaysia.


Pada suatu masa dulu,Malaysia sangat digeruni lawan.Tapi sekarang banyak dah jadi bahan ketawa pihak2 tertentu.Penyokong Malaysia pun dah tak macam dulu.Dulu stadium penuh.Kalau ade Liga Malaysia tu confirm penuh.Tapi sekarang entah berapa kerat je yang datang.Masa Piala Asia yang lepas,Malaysia jadi pasukan belasahan.Tuan rumah yang lain boleh lak menang lawan negara2 yang menjadi gergasi di Asia dalam bola sepak. Tak lama kemudian,FAM dihentam orang ramai.Itu tak betul,itu salah.Memangla..sape yang tak marah,kalo tengok pasukan yang patut dibanggakan kena belasah teruk? semua orang marah..FAM tukar muka baru, tapi tiada perubahan yang drastik berlaku.


Penyokong bola sepak Malaysia masih mengharap..Walaupun sekarang jersi Malaysia makin versatile dan world class.Ramai rakyat Malaysia pakai jersi Malaysia sekarang.Sebab design lawa,dan brand NIKE. Memang ramai orang suka brand NIKE. Tapi Pestabola Merdeka 2007 jadi penawar duka,bila skuad U-23 jadi Johan.Walaupun kejohanan tak berapa berprestij,asalkan johan sudah cukup untuk menjadi penawar duka peminat bola sepak Malaysia buat sementara.


Hari Sabtu lepas,Malaysia masuk final lagi.Kali ini corak permainan Malaysia makin bagus dan matang.Ada perubahan.Banyak gol dijaringkan,tiada bolos.Bangga sekejap dengan prestasi bola sepak negara.Malangnya, tuah tak menyebelahi.Kalah penalti 5-6.Tapi tak pe..masih boleh perbaiki.Bila tengok Malaysia main, kita tau Malaysia kurang taktikal dan strategi.Mungkin kita perlukan jurulatih yang lebih arif dalam bidang2 ini. FAM kena buat sesuatu.Jangan duduk diam je..Penyokong dah lama tunggu,apa perubahan yang berlaku.Liga Singapura,Liga Indonesia sekarang makin maju..tapi Malaysia entah kemana2...Musim depan tiada pemain import,tak tau la ade lg ke orang nak pegi stadium tgk liga.Nama je Malaysia Super League,bila tengok balik tak sehebat mana.Semua orang Malaysia akan sokong Malaysia,tetapi Pasukan Malaysia yang macam mane kita nak sokong?


4 comments:

SangKunang said...

sama sama kita sokong.
walau terok mana bolasepak malaysia,
penyokong tetap menaruh kepercayaan setiap kali beraksi.
ini membuktikan masih ramai yg sayangkan bolasepak malaysia..

MALAYSIA MESTI BOLEH !

Unknown said...

bolehkah malaysia?

Malaysia Boleh!

tank said...

boleh tak selepas ini buat tajuk baru 'sepak takraw malaysia : di mana hilangnya kita?'

salam sahabat -tank

Camino Palmero said...

xde ke kesah rugby malaysia??rugby skang lagi naik dari bola..tp x di besar2kan..xrase bengong???