beberapa buah buku independen yang aku beli.termasuk Perempuan Simpanan ( buku hot & kontemporari yang popular masakini).untuk dihabiskan ketika cuti ini
Perkara terhebat 30 mei 2009. Aku berpeluang untuk berjumpa wani ardy secara in person. orangnya kecil dan sangat peramah :) sempat berbual2 bersama wani ardy dan mengucapkan good luck untuk performasi Tiga Venus esok. wani ardy menandatangani buku perempuan simpanan karya beliau itu. wani ardy make my day :)
30 Mei 2009 : Hari sabtu yang cukup panjang dengan pelbagai cerita. pada sebelah paginya aku dan rakan sibuk menguruskan acara One Day Play sehingga lah lewat tengahari. Tapi aku tidak akan menulis review 1DP kali ini. Mungkin lepas sudah dapat gambar barulah aku akan menulis tentang acara ini.
apa yang aku ingin kongsi adalah berkenaan Pekan Frinjan & Wani Ardy. Seperti juga tajuk posting kali ini.Hmm...ceritanya bermula begini.
Aku mendapat tahu dari hebahan yang Pekan Frinjan edisi Mei akan diadakan pada 30 Mei 2009 di Dataran Shah Alam. Aku pada mulanya agak pelik.Persoalan yang terlintas difikiran adalah,apa itu pekan frinjan? jawapannya ialah...acara atau pun flea market untuk penggiat industri independen terutamanya penulis2 buku.penyajak dan sebagainya.itulah dia aktiviti ini diadakan.
Jadi aku memanga agak letih pada hari itu.penat yang semakin hilang selepas tidur pada waktu petang. Famili sibuk hendak pulang ke kampung.tapi aku tak rasa hendak balik sebab aku teringin benar nak melihat pekan frinjan ini sendiri dan lebih2 lagi, pengkarya kegemaran ku Wani Ardy turut hadir untuk membuat persembahan.Aku cukup teruja.
Tepat jam 8 malam.Aku mengambil kunci kereta mak,dan terus menuju ke Dataran shah alam. Walaupun aku agak kekok untuk memandu,maklumlah sudah beberapa lama juga tidak memandu kereta.
Pekan Frinjan :
Setiap kali berkunjung ke indie event.aku pasti dapat belajar benda baru.Ya. Pekan Frinjan mengumpulkan para penggiat seni,terutamanya penulis dan pemuzik. Menonton persembahan mereka secara live sememangnya terbaik. Persembahan mohd jayzuan dan beeha (pelajar mass comm UiTM) menarik perhatian aku. Artis independen memang berbakat. Open performance indie event ini mendekatkan lagi peminat indie dengan penggiat2 seni ini.Kita boleh berborak,bergambar dan sebagainya.
aku juga berkesempatan berjumpa dengan alina abdullah,salah seorang penulis buku Perempuan Simpanan itu. Friendly orangnya. Terima kasih kerana sudi menandatangi buku yang saya beli ye :)
Wani Ardy in Person :
Sememangnya aku sangat meminati wani ardy berdasarkan karya2 beliau. sungguh mendalam setiap patah yang ditulisnya. Jadi semalam, aku hampir balik pada jam 10,kerana aku rasa yang wani ardy tidak akan hadir.Sebelum aku melangkah meninggalkan Pekan Frinjan, aku terlihat wani ardy sudah datang!
Berdiri hanya kurang 10 meter dari wani ardy dan melihat beliau melakukan performasi sungguh mengujakan. Berpeluang untuk berborak bersama beliau adalah seperti satu impian menjadi nyata. Thanks wani ardy for your time :) you are such a friendly person.
teruskan berkarya wani ardy.aku akan menunggu buku senikatawati itu dan selalu meng update dengan waniardy.com
30 mei 2009 penuh cerita.satu pengalaman yang pasti mengubah persepsi.membuka mata lebih kepada dunia seni.