hari ini aku dengar lagi. satu frasa kata daripada mulut orang yang perlu aku hormati. aku naik bosan dan malas sebenarnya. aku penat sudah untuk menempuhi nya. aku rasa seperti mahu mulakan sesuatu yang baru. cuma buat masa sekarang ini aku tak mampu.
mengapa banyak perkara dalam dunia ini terjadi tidak menyebelahi kita? walaupun kau tahu usaha mu sudah tiada sempadan lagi. tetapi apa yang kau mahu masih tak diperolehi. dan kau lihat orang lain itu.hanya duduk bersenang lenang. tapi apa yang diimpikan semuanya dapat. tak perlu berusaha.hanya duduk dan minta sahaja. pernahkah perkara sebegini bermain difikiran anda?
aku jujur mengaku. banyak kali aku pernah rasa sebegini. kadangkala aku terfikir seperti aku menyalahkan takdir pula. tapi aku hanya manusia biasa yang buat silap dan punya emosi. aku kembali duduk termenung. dan fikir kembali.
aku bukan mahu menyalahkan keadaan.cuma kadangkala aku mahu lakukan sesuatu yang aku minat. dan kemahuan terhadap minat itu tak termampu oleh ku. aku redha pada keadaan. aku mula mencari jalan.
sekarang ini duit itu kunci segalanya. ada duit kau boleh capai cita-cita dan penuhi impian. kau boleh ke kolej swasta dan belajar.pergi ke luar negara. beli barang tanpa memikirkan baki di dalam akaun bank. dan macam-macam lagi.itulah kehebatan duit pada masa kini.
namun aku rasa aku tidak begitu. dan aku fahami semua itu. hikmah disebalik apa yang berlaku. aku cuba untuk usaha. kumpulkan kudrat yang ada. mengikat perut dan sebagainya. hanya untuk mencapai cita-cita dan impian. benarlah kata pepatah.ukurlah baju dibadan sendiri.
apa kan daya kalau sesuatu itu sudah ditakdirkan. kau bangun dari tidur pada setiap hari, semua perkara itu sama sahaja. tiada berita gembira. cuma sinar harapan yang ada. kau akan fikir apa masalah yang menanti dan sebagainya.
aku akur dengan apa yang berlaku. aku cuba untuk mengawal emosi.kadang2 aku turut hanyut dalam kekecewaan itu.setelah asyik menunggu sahaja. jujur aku katakan menunggu itu sesuatu yang memenatkan.aku sememangnya malas menunggu.
cukuplah sampai sini. aku rasa bagaikan orang yang kurang siuman menulis. maafkan aku keadaan. aku cuba untuk menempuhi. dan kadangkala kita perlu berhenti mempersoalkan...
3 comments:
bro.sadis2 je entry?
apsal?cool2...ape yg penting?kerjasama!
haha..xde la.senag gini bro,yg ko minat pun buat yg dah kene buat tu.teruskan je la?amcam?haha
kang dapat 22..tamak tak semestinya rugi.:D
haha.thanks la bro =) sgt2 menghargai.ter emo skit.biase la.byk sgt pk benda.hehe.i'm good now.just hoping things will get better :)
life is full of questions that seem to have no answer :(
Post a Comment