approved & supported by :

Friday, October 9, 2009

bucu bintang yang tidak lagi tajam kerana dilanggar kapal angkasa

bintang-bintang menyerikan langit di malam hari yang gelap. kisahnya ada satu bintang yang gah diangkasa. hanya satu butir saja yang macam itu. satu butir yang berkedipan.bintang berbucu lima yang tajam.boleh kata bintang ini independen kerana dia tiada bergantung dengan bintang-bintang lain.

bila malam makin kelam, dia mula bercahaya. walaupun banyak lagi bintang-bintang zodiak popular diangkasa, dia tetap lain dari bintang-bintang itu.Lagi hebat dari Aries.lagi menawan jadi Gemini.Lagi indah dari Taurus dan kesemua bintang zodiak yang lain.itulah perbandingan bintang bucu lima yang gah.

sampai satu ketika, bintang bucu lima yang tajam rasa riak akan dirinya sendiri. dia mahu tunjukkan yang dialah bintang terhebat di alam angkasa.mulalah dia beredar dari tempat biasa dia menyinar. bergerak meronda angkasa dengan rasa megah diri.

sedang ia bergerak laju meluncur malam itu.Tiba-tiba dia terlihat satu objek bersaiz raksasa. bunyi deruman jentera meluncur laju itu melanggar bintang bucu lima yang tiada sempat mengelak itu tadi. Maka terpelantinglah dia si bintang bucu lima. bucunya tidak lagi tajam.sudah patah jatuh ke bawah.

musnah sudah harapan si bintang itu tadi itu menerokai dunia. dirinya kini sudah tiada berguna.kerana mahu jadi angkuh dia mengembara.kini dia tidak lagi menjadi bintang yang menawan.hanya tersadai dibawah. bucu sudah patah,cahaya sudah hilang...

rupanya angkasa pada tanggapan si bintang itu hanyalah bilik gelap tidak berlampu dan bercahaya. bintang itu rupanya perhiasan plastik yang bercahaya ketika gelap.cetek sungguh pengetahuan si bintang. ruang kecil disangkanya angkasa.

mahu jadi angkuh disatu ruang yang sebenarnya hanya kecil saja. adakah golongan manusia yang seperti bintang bucu lima plastik ini? kalau diangkasa tidak mengapa,tapi kalau dalam bilik gelap buang masa saja....

2 comments:

(@_@) said...

manusia selalu lupa, bila terasa gah dengan nikmat yang datang mula lupa diri. bila musibah tiba baru rasa kekerdilan diri jika dibandingkan dengan yg maha Esa.

p/s saya suka entry ini.

AishahReen Musa said...

ape maksud ni...?? hehe