approved & supported by :

Thursday, October 8, 2009

rama-rama unik meneropong karma kasih sayang

rama-rama itu kecil.penuh dengan warna-warni.ia menjadi tarikan semua mata yang melihat ia terbang ke sana ke mari. rama-rama itu juga punya hati dan perasaan. ia sungguh unik kerana ia hampir sama macam manusia. Yang beza, hanya rupa bentuk ia seekor rama-rama kecil.tiada tubuh seperti manusia. tapi punya perasaan macam manusia.

bila ia terbang bebas diudara.ia lihat macam-macam gelagat manusia.ia hanya boleh melihat.rama-rama unik itu boleh berfikir,sebab ia ada perasaan macam manusia.

satu ketika, rama-rama unik melihat sesuatu yang belum pernah ia lihat.ia meneropong dengan lebih dekat. kisah manusia yang cuba melakar kasih sayang. Bibit cinta dua orang antara lelaki dan perempuan. lelaki itu gundah fikiran.raut wajah menyatakan cinta terhadap si perempuan. tapi si rama-rama dapat merasakan sesuatu.

ada yang tidak kena dengan lelaki yang menyatakan cinta itu. rama-rama itu terus meneropong hati lelaki dan perempuan itu.benarlah. apa yang rama-rama itu jangka.si lelaki punya konflik diri. tidak tahu memilih siapa.di depannya perempuan lain, di hatinya orang lain.dia keliru mana satu. sentiasa berubah-ubah ikut keadaan.

si perempuan pula ada hati yang sangat suci. dia mengharapkan satu perasaan kasih sayang yang ikhlas dari lelaki itu.dia sudah lama menunggu saat itu.di mana dia kembali bahagia.kembali tersenyum kerana kasih sayang seorang lelaki yang amat menghaargai dirinya.

rama-rama unik hanya boleh meneropong saja.lihat apa yang berlaku diantara lelaki dan perempuan itu. karma kasih sayang yang akan terus berlaku antara mereka. yang mana kedua-duanya tidak pasti.tapi dalam hati mereka tersembunyi cerita ini.rama-rama unik kemudiannya terbang jauh.hilang dari pandangan dan bermulalah satu ingatan.

1 comment:

(@_@) said...

kalau kita dapat melihat masa depan mesti hidup kita akan sentiasa sempurna.tapi dapat membca perasaan manusia adalah mustahil. itulah keistimewaan yang diberi kpd kita. kalau kita selalu ingin tahu apa yang orang lain rasa, kita tak akan pernah gembira. mengetahui sesuatu yang tak patut diketahui bakal menyakitkan.jadi lebih baik tak tahu. yang penting bila jadi sesuatu tu kita kena terima je la..

p/s komen yang tak dapat dijelaskan tadi. :p i like this post!