lantas dia berfikir dengan sedikit tiada rasa tenang dijiwa. tekanan memuncak dikala masa tidak lagi menyebelahi. fikirannya berkocak bagaikan air dalam balang ditempat duduk belakang sebuah kereta yang dipandu laju. semuanya tak tenang. dia mula naik garang.
orang lain juga merasakan perkara yang sama. namun dia fikir dia lain. semua orang tak sama macam dia. dia rasa dia sahaja yang lebih. yang lain hanya picisan dan tidak macam dia. orang lain pandang dia semacam sahaja. bercakap dalam hati dan ada juga yang mengeji dibelakang makhluk yang itu.
perbandingan hati manusia itu tetap tidak sama. mungkin adakalanya kita akan menjadi si dia yang dalam perenggan diatas. ada kala kita jadi orang yang mengeji si dia dibelakangnya.
yang pasti.kita semua manusia yang lemah.punya perasaan yang berubah. tapi tak salah bukan untuk cuba jadi makhluk yang suka ingin jadi baik?
No comments:
Post a Comment