approved & supported by :

Friday, October 30, 2009

revolusi kebangkitan pemikiran menjadi penentu

artikel ini ditulis selepas saya baru sahaja membelek-belek akhbar arus perdana sebentar tadi. melihat tajuk utama muka depan akhbar itu yang penuh propaganda dan anasir-anasir hasad membuatkan saya rasa satu kemestian untuk menulis entri ini.

walaupun sudah hampir setahun lebih berlaku,ia masih belum berakhir. Ya. isu-isu politik yang tidak pernah putus daripada kaca mata media di Malaysia ini membuatkan saya sangat jelek dan menyampah.Mungkin bukan saya sahaja yang berpandangan sebegitu.Ada ramai lagi yang turut merasa begitu. Isu politik dan masalah politik ini sepatutnya tidak menjadi hidangan bacaan yang membanjiri minda rakyat negara ini.Pelbagai lagi keutamaan perlu diberi terhadap rakyat dan keperluan rakyat yang belum cukup.dari segi ilmu,ekonomi dan perkara-perkara lain.

isu di Perak yang semakin tidak masuk akal masih berterusan.pastinya rakyat biasa akan terfikir, adakah barisan kepimpinan yang sebegini perlu dihormati? yang asyik mahu berebut kuasa dan mahu menunjukkan kewajaran dalam memerintah? Sudah pasti rakyat negeri Perak sendiri sudah bosan dengan keadaan ini.

Hakikatnya masa kini, revolusi pemikiran sudah berubah.Pemikiran rakyat sudah makin matang dalam menentukan siapa yang diangkat,dan siapa patut ditumbangkan. Informasi dan tindakan semasa sesuatu pihak pasti akan menjadi ketentuan.Tidak lagi seperti dulu yang rakyat akan mengikut sahaja telunjuk.rakyat kini makin berkuasa dan berilmu.Jika kepimpinan yang mahu berkuasa,tunjukkan kredibiliti anda dimata rakyat.

Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, masing-masing punya pendekatan tersendiri.Masing-masing juga punya masalah sendiri. Media pula tidak henti-henti memaparkan politik,dan seharusnya ia perlu berhenti daripada bertindak sebegitu.

Rakyat generasi muda sekarang ini sedang memerhatikan tindakan pihak kepimpinan.Usahlah cakap berkhidmat untuk rakyat atau segala macam lagi.Kerana rakyat bisa menentukan. Cakaplah apa-apakan sekalipun.Diakhir nanti rakyat menentukan. InsyaALLAH jika diizinkan tuhan,kita bakal melihat satu keadaan Malaysia yang baru.Dimana rakyatnya lebih terbuka dalam membuat keputusan berdasarkan kredibiliti dan informasi semasa. Akhir kata, memetik frasa lirik kumpulan One Buck Short dengan lagu mereka tertajuk Kelibat Korupsi, " Ingat kita takut,apa mengarut, kita tunjukkan, rakyat ke depan." Inilah yang sedang berlaku sekarang, rakyat daripada pelbagai arena dan bidang, sudah mula berfikiran matang.

farhannazmey

Askarya Media & Publishing

1 comment:

sobo said...

btol paan..aku sokong..serius menyampah dgn politik skrg..mls nk ambik tau dh..haha