approved & supported by :

Tuesday, July 28, 2009

kawan-kawan & rakan-rakan

usul hari ini adalah tentang kawan-kawan & rakan-rakan

untuk aku, kawan-kawan ini adalah orang yang sangat-sangat penting dalam hidup aku. mereka banyak mengajar aku pelbagai perkara yang tak mungkin aku dapat pelajari seorang diri. Dalam hidup aku ini, aku memang lebih banyak menghabiskan masa berbincang dengan rakan-rakan serta kawan-kawan.

sebenarnya, aku memang menyayangi semua kawan-kawan serta rakan-rakan aku.yang aku kenal sejak dari kecil hinggalah saat ini. Kerana kalian semua adalah "guru tidak langsung " kepada aku. Setiap kawan yang aku kenali, setiap rakan yang aku sering berkongsi mempunyai gaya,cara dan pemikiran yang berbeza.Hal ini mengajar aku tentang selok belok kehidupan.

cuma aku mahu mohon maaf sekiranya aku kurang rapat dengan diantara kamu. aku juga tidak berkesempatan untuk menegur semua pada satu masa. Tapi aku mengakui, jaringan rakan atau pun "circle of friends" aku turut berubah mengikut keadaan.

pada aku, pabila berbicara tentang kawan dan rakan, aku definisi kan mereka sebagai orang yang punya rasa untuk mengambil berat, yang sudi menegur dan berkongsi apabila diperlukan. dan ia dikukuhkan lagi dengan keadaan dimana aktiviti ataupun kebiasaan sesuatu perkara itu dilakukan. sebagai contoh, minat yang sama diantara rakan atau kawan akan menjadikan kita lebih rapat dengan kawan itu berbanding kawan yang lain.

hal ini kerana banyak perkara yang boleh dibualkan,yang boleh dibincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara itu. ini cuma pandangan aku sahaja.mungkin kalian yang lain berbeza.

terima kasih rakan-rakan,terima kasih kawan-kawan..kerana kamu semua adalah satu anugerah buat aku sebenarnya. semoga kita masih berkawan, walaupun jarak memisahkan, moga segar dalam ingatan...persahabatan tetap berkekalan.

Friday, July 24, 2009

satu cerita di hari rabu


posting ini hanya tambahan cerita daripada blog esah :)

hari rabu lepas 22 julai 2009. sekumpulan rakan-rakan berjalan-jalan. maklumat adalah seperti dibawah :

destinasi : Jusco Bukit Tinggi

matlamat utama : menonton wayang

matlamat sampingan : jalan-jalan saja, melihat-lihat kedai

mereka yang terlibat : esah,nadia, anis, adila, nisaA, nazlin, aimran, justice, farhan.

ya. memang sangat seronok bila aktiviti @ rombongan kelas diadakan :D haha..banyak sangat cerita-cerita kelakar yang terjadi. tapi semuanya akan jadi kenangan nanti.

p/s : kalau ada apa2 acara lagi nanti.jangan lupa ajak jurufoto ini ya! :P

Sunday, July 12, 2009

orang-orang gila kuasa dan kerja mereka

Aku sebenarnya naik muak dengan politik ini. Aku tak minat langsung,cuma sekadar nak ambil tahu keadaan semasa sahaja. Kalau diperhatikan keadaan semasa memang aku definisikan politik tempatan sekarang ini sangat-sangat kotor dan tidak bersih langsung.

Wahai orang-orang politik sekalian.janganlah ingat kami semua ini makhluk bodoh yang tidak tahu perkara sebenar.Rakyat semua dah berpendidikan.Tak perlu untuk cakap bermegah-megah seperti 30 tahun lepas.Dulu rakyat memang akan percaya saja.Sekarang rakyat ada otak dan pendidikan untuk berfikir.

Macam mana hendak dihormati kalau kamu sendiri yang tidak menghormati.Hari-hari dengar kau benci dia,kau mengata dia,dia salah dan kau betul. Ini hendak jadi pemimpin? Pada pendapat aku, baik pilih mereka yang tidak berpolitik sebagai pemimpin.Senang saja,ikut cara kepimpinan dan ciri Rasulullah s.a.w. Kalau tak semua pun, yang lebih kurang sama boleh juga.

Politik masakini sangat-sangat gila. Golongan belia, tolonglah buka mata.Jangan ikut emosi,ikut orang jadi penyokong bermati-matian dengan parti politik tertentu. Kita sudah berada di zaman baru yang memberikan ruang kepada rakyat untuk berfikir dan menentukan.

Jadi sekarang ini,hentikan lah segala sikap-sikap gila wahai orang-orang yang berpolitik.Mungkin ada yang benar-benar bersih dari segala anasir kotor.tapi mungkin boleh dikira dengan jari. Aku pencinta keamanan.Benci persengkataan dan permusuhan. Aku mahu bangsa Malaysia yang menghormati dan bukan yang saling membenci.

nota untuk diperhatikan :

Diantara pemimpin-pemimpin parti politik dengan tokoh usahawan Melayu, Syed Mokhtar Al-Bukhary, aku memilih Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai idola dan pemimpin sebenar.

cerita seorang gadis di stesen lrt dengan lelaki tak seberapa

Hari minggu yang riuh di stesen putra lrt. dekat dengan pasar seni. ada seorang gadis yang cantik rupawan. pandai berhias dan menjadi tarikan segala jenis makhluk yang punya mata untuk memandang. cantik,anggun menjadi idaman setiap lelaki yang punya perasaan.bagaikan peragawati LV ataupun Gucci cara dia berjalan.

kemudian ada seorang lelaki,berpakaian kurang kemas dan tak berapa mahal. datang menghampiri gadis tadi.kemudian cuba menyapa, berbual mesra. Si gadis jadi hairan dengan tindakan lelaki itu tadi. rasa kurang senang, si gadis melarikan diri. berjalan cepat tanpa menoleh kebelakang. lelaki itu terus mengejarnya.langkah pantas bergerak.mengejar gadis itu...

di satu jalan.si gadis berhenti berlari.tidak larat lagi. dia berhenti. lelaki itu datang menghampiri. si gadis ketakutan. merayu supaya tidak di apa-apakan. jalan itu sangat sepi dan dan kosong.tiada orang yang boleh tolong.lelaki itu sudah makin menghampiri.

si gadis hanya mampu mengharapkan belas kasihan lelaki yang tak seberapa itu. berteriak tiada siapa mendengar, mengalir air mata hanya dia yang rasa. kemudian lelaki itu menyapa gadis tadi " cik, tadi cik tercicir duit RM 100 cik semasa di stesen lrt tadi.ini yang saya hendak pulangkan ". Lelaki itu terus pergi..meninggalkan si gadis itu dalam keadaan yang seperti mana tadi.

"....dalam hidup ini kita tidak boleh membuat kesimpulan sebelum kita benar-benar berdepan dengan keadaan. luaran mungkin lain, apa yang tersirat mungkin juga lain. kalau lari dari keadaan kita tak akan tahu jawapan. perlu bijak membuat keputusan. jadi lebih matang dan berpengalaman..."