approved & supported by :

Saturday, April 18, 2009

bebas

aku ingin bicara tentang bebas. kadang2 orang selalu rasa tertekan dengan keadaan. contohnya macam sekarang ni semua orang tengah struggle untuk peperiksaan.

jadi sebenarnya bagus la untuk struggle gile2 dalam belajar.tapi bagi aku, kena rileks2 gak. tapi lain orang lain cara la kan.bukan semua orang sama.

berbalik pada bebas ni. dalam hidup ni kita banyak bergaul dan setiap pergaulan itu menambahkan pengetahuan kita. baik dari segi pengalaman,pembelajaran dan sebagainya. kadang2 kita dalam keadaan terpaksa kita buat sesuatu. dengan hati tidak merelakan tapi kita masih melakukan.

Yang sepatutnya, jadilah jujur dengan diri sendiri. Sebab itu yang paling utama.Kalau kita tak jujur dengan diri sendiri,bermakna kita menipu diri sendiri. Bebaskan pemikiran,bebaskan diri dalam membuat keputusan.Bebas berekspresi dalam hidup. Itu penting.

Sebab kalau kita tidak merelakan, semua benda akan jadi tidak kena. Jadi bebaskanlah pemikiran. Kadangkala kita tidak sanggup untuk melakukan sesuatu kerana takut akan kehilangan.Fikirlah dua kali kerana mungkin ada kebaikan.

Bebas itu milik semua orang. Tiada siapa yang boleh merampas kebebasan dalam hidup seseorang. Keluarga boleh mengawal kebebasan kita.Tapi sampai suatu masa mereka perlu membiarkan bebas itu sepenuhnya.

Dalam Islam sendiri menyatakan yang semua manusia perlu merdeka. Ia bererti bebas.Tapi Islam memberikan panduan untuk kebebasan.

Jadi kebebasan adalah hak asasi manusia. dari sekecil2 kebebasan. Sehinggalah sebesar2 nya. Sekarang fikirlah. Adakah anda perlu dibebaskan atau membebaskan? Pemikiran atau kelakuan?

2 comments:

nabilah said...

bebas untuk memilih identiti diri

farhannazmey said...

yeap. bebas memilih identiti sendiri. maknanya jujur dengan diri sendiri :)