assalamualaikum w.b.t.
aku ingin mengambil kesempatan yang masih lagi ada untuk berbicara lagi. Hidup yang semakin nampak samar masih menunggu aku dihadapan. Aku harap aku masih kuat untuk teruskan usaha.
maafkan aku kalau aku teremosi sedikit.buat rakan-rakan yang mengenali aku dengan rapat. Mungkin aku jarang bersikap seperti itu. Aku juga manusia. Pernah buat salah dan ada emosi.jadi kalau ada yang bertanyakan apa2. aku OK.hanya sedikit bengang.
Kalau apa yang kita rancang tak menjadi, mesti kita jadi sakit hati selalunya. Lebih-lebih lagi bila ia berkaitan dengan peluang yang hanya ada sekali sahaja. Bila kau tersalah langkah.Habis kau dihukum. Hilang sudah peluang itu.
Tunggu dan lihat saja nanti apa yang akan jadi. Aku malas nak fikir lagi. Aku cuba kembali rasional.Tinggalkan marah itu jauh-jauh. Memang kesal dengan apa yang sudah terjadi.Tapi perkara dah lepas apa boleh buat.
hanya yang boleh sekarang adalah berdoa.percaya dan usaha.itu sahaja harapan yang tinggal.
mungkin tuah itu sudah tidak lagi ada bersama aku. Tapi aku percaya dengan ketentuan ALLAH s.w.t.
nota untuk diperhatikan :
aku mohon maaf kepada semua jika ada aku terbuat salah dan silap yang menyebabkan mungkin ada orang benci,sakit hati dan meluat dengan aku. Maafkan aku. Aku juga manusia seperti kamu yang pasti buat silap.
No comments:
Post a Comment