approved & supported by :

Sunday, April 19, 2009

hipertensi

Sememangnya manusia itu seringkali terlupa. Termasuklah aku,kamu dan semua orang. Dalam Islam itu sendiri ada mengingatkan tentang 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Dan salah satu perkara itu adalah lapang sebelum sempit.

Ya. Apa yang cuba dinyatakan disitu adalah MASA. Kita perlu beringat tatkala masa lapang sebelum datangnya masa sempit. Sekarang ini emosi aku sangat rapuh. Aku pun buntu kenapa? Walaupun tarikh peperiksaan sudah semakin hampir aku masih hilang dalam angan.

Mungkin aku sedar apa yang berlaku. Menghadap sesuatu yang tidak langsung menarik minat itu memang payah. Segala yang mudah jadi susah kerana kau tak minat. Aku hilang kawalan dalam hipertensi. Mahu saja dinding itu dipecahkan,namun emosional perlu dijaga. Rasional itu lebih baik.

Tapi aku jujur. Aku sangat buntu dan celaru. Tapi masa akan mengajar aku. Aku pasti.Aku yakin. Terima kasih kepada semua yang sudi menyokong dan menasihati. Terima kasih dari hati yang ikhlas aku ucapkan.

Aku rindu pada semangat aku itu.Semangat yang tidak pernah mengenal penat. Yang sentiasa bersedia untuk mempelajari dari hari ke hari. Aku rindu semua itu. Aku mohon pada-Nya supaya aku boleh menemui saat itu. Dimana aku ceria dan bersemangat seperti dulu. Aliran seni yang mungkin menguasai diri ini sudah makin memuncak. Dan aku bukan orang teknikal. Yang hanya bisa mengatur kira.Aku bukan begitu.

Namun hidup perlu diteruskan.. Mungkin hipertensi ini akan hilang,Cuma aku rasa bukan sekarang.

No comments: