approved & supported by :

Saturday, July 11, 2009

in graphics we trust



setelah hampir mati sebahagian jiwa.

ya.aku menulis ini bagaikan emosi yang sedang sedih.sebenarnya bukan sedih tetapi lebih kepada kekecewaan yang melanda. pasti ada yang menjangkakan apa yang aku akan coretkan melalui dasar kata-kata indah bahasa melayu yang klisenya aku gunakan.

walaupun dalam hidup ini ada banyak keinginan yang aku mahukan.tapi segalanya terbatas sekarang. dengan ini aku secara jujur menyatakan yang aku sudah tawar hati dengan nombor-nombor yang berjuta. keseimbangan yang sangat dikejar. segala rupa bentuk yang berasaskan prinsip aset dan liabiliti. aku sudah beralih arah.

aku sedar yang setiap kali keputusan itu diumumkan.aku akan melihat satu baris demi satu baris. mata tertumpu kepada itu dan keputusan aku merudum jatuh kerana kamu.tapi aku syukur kerana sudah enam semester, aku masih boleh berjalan tanpa tempang.

aku seorang askar yang tidak berjuang tetapi mempertahankan.

frasa kata diatas ini lebih sesuai dengan aku.ya.aku askar yang berlagak kuat dan tegap.tapi tidak berjuang dan hanya mempertahankan. tidak seperti askar-askar lain yang berjuang untuk mendapatkan kemenangan mutlak. aku hanya mempertahankan agar kubu tidak roboh diserang musuh.

masa masih ada setahun lagi untuk aku mempertahankan. setelah transkrip aku terisi dengan gred C dan lulus.aku meletakkan harapan sedikit tinggi kali ini. mungkin lebih baik untuk sejarah hidup aku sendiri.

aku akan buktikan pada mereka di mana jiwa,semangat dan kesungguhan aku berada sebenarnya. aku akan bangun walaupun di hempas jatuh je bumi. aku akan kembali berdiri andai kata kau menyerang aku dari setiap penjuru.aku tidak gentar dicantas, aku tidak takut dengan kata-kata yang pedas. Kau kritik aku, aku akan bangkit. Perjalanan berduri akan menjadi melodi hidup aku selepas ini.Kau tengoklah nanti.

Ada orang kata aku bercita-cita terlalu tinggi. dan mungkin tidak akan kesampaian hajat dan matlamat aku itu.tapi pernahkah kau sedar tujuan kau hidup? Buat apa hidup kalau matlamat kau itu sendiri kau tak ingin kejar? jangan jadi manusia yang terperangkap dalam kotak dan hanya mengikut telunjuk kata orang lain.kemudian kau senyap, menunduk dan hilang suara.. aku tidak akan jadi begitu..

aku percaya pada diri sendiri,yang aku tak akan tewas selagi yang Maha Esa mengizinkan. Takdir tuhan menentukan.tapi aku tetap berusaha untuk cita-cita dan matlamat sendiri.bukan kerana orang lain yang menentukan.

farhannazmey

3 comments:

Anonymous said...

orang yang mempunyai cita2 yg tinggi, juga kesungguhan dan keazaman yang kuat akan mendapat kejayaan, insyaallah. all the best ! always pray for ur success in everything u do.

hikayat aku dan mereka said...

u can do it.. jgn hiraukan suara2 yg membunuh jiwa kite.. kerana mereka dan dir kite berlainan.. apa salahnya menjadi org yg mempertahankan drpd org yg mengejar kemenangan..? setiap manusia itu berbeza n tidak sama... kite perlu hanya satu farhan nazmee di dunia ini.. =)

farhannazmey said...

anonymous : terima kasih atas sokongan itu.mungkin satu hari nanti kejayaan itu akan datang pada waktu yang sempurna untuk saya :)

nur : sangat-sangat terharu nur :) terima kasih.betul.jalan setiap orang tak sama.kita perlu ikut kata hati,pilih mana yang lebih sesuai dan yang kita suka :)