Aku sudah 21 tahun hidup di dunia ini. Aku sedar bahawa aku perlukan perancangan yang lebih terperenci, pragmatik dan bersesuaian. Jadi aku telah menggariskan Resolusi 21 ini sebagai kayu pengukur dan tiang panduan hidup ku.
resolusi 21.
1. Percaya dengan kebolehan diri sendiri.
2. Impian memacu kehidupan.
3. Sehebat mana pun kita ALLAH s.w.t. tetap menentukan
4. Jujur dan amanah dalam hidup
5. Mengisi ruang-ruang hati & rohani dengan ilmu
6. Memperbanyakkan perbincangan dalam mencari keputusan
7. Mengawal emosional supaya tidak mempengaruhi rasional
8. Martabat manusia terletak pada pemikiran,pertuturan dan tindakan
9. Istiqamah dalam merealisasikan impian
10. Hidup perlu dinakhoda sendiri
11. Sahabat adalah sebahagian daripada keluarga
12. Memperkukuhkan sumber kewangan untuk masa depan
13. Belajar dari pengalaman secara berterusan
14. Minat dan kesungguhan itu mendahului keupayaan
15. Bersikap lebih terbuka dan mendengar pandangan orang lain
16. Mencintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain
17. Setiap yang berlaku punya hikmah tersendiri
18. Menikmati setiap saat hidup dengan agenda berkualiti
19. Sentiasa bermuhasabah diri
20. Tidak menjadi orang yang menyusahkan orang lain
21. Hidup ini tidak lama sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan
resolusi yang cuba dipenuhi,
farhannazmey
5 comments:
i'll support u in everything u do. :) all the best!
eleh jihan =p
kurang asam esah! :P
kau patut ubah sikap kau yang blagak dan perasan bagus tu. itu paling utama.
to anonymous : terima kasih atas kejujuran itu :)
kadang2 kita tak sedar apa yang kita buat selagi orang tak tegur kita.
InsyaALLAH saya akan ubah :)
Post a Comment