ikutlah resmi padi.makin tunduk makin berisi. ini adalah peribahasa yang telah dicipta oleh nenek moyang dan keturunan kita yang lepas. peribahasa yang sangat bererti kepada generasi baru.namun ia semakin dilupakan oleh kita,mereka dan semua.
aku ingin melontarkan pandangan di kala ramadhan semakin pergi dan syawal hampir pasti. manusia kini lupa tentang hidup sebenarnya. baru semalam aku berbual kosong bersama beberapa orang rakan.bagaimana manusia itu tidak dapat belajar tentang sesuatu jika dia sendiri tidak melaluinya.
zaman sekarang ini, orang hidup senang. ada duit semua dapat.ada pengaruh semua mampu. ada kuasa pasti dibela. konsep hidup yang sebenarnya merosakkan jati diri manusia. manusia lupa tentang asal usul mereka. hidup dalam keadaan yang sangat hampir sempurna.apa yang diinginkan pasti dapat. tak perlu bersusah payah mencari. duit bukan persoalan.ambil dari bank dan belanja sakan.
aku terfikir.pernahkah golongan seperti yang diatas ini fikirkan tentang mereka yang kurang bernasib baik? jika ada,alhamdulillah..semoga mereka turut membantu golongan ini. Tapi aku agak "kasihan" kepada golongan yang hidup senang lenang ini jika mereka tidak mengerti apa itu kesusahan. Kesusahan dan kepayahan itu adalah satu elemen penting hidup manusia. Yang membuatkan kita rasa bersyukur dengan apa yang ada. Bila kita melihat orang lain tidak cukup makan, tetapi kita makan diwarung murah.kita akan bersyukur kerana kita ada makanan. tapi jika kita mewah dan senang.mungkin kita lupa tentang ini.
semoga resmi padi ini kita ikuti.bila kita hidup senang dan mewah. pandanglah ke bawah.kepada golongan yang kurang mewah dan bernasib baik itu.kerana itu lebih mulia dan kita akan belajar sesuatu daripadanya..
No comments:
Post a Comment