approved & supported by :

Thursday, September 24, 2009

sudah lama sebenarnya aku mahu menulis tentang perkara ini. cuma setiap masa yang berlalu itu merubah cara pemikiran aku. hari-hari bila difikirkan kembali, hidup di usia muda ini banyak perkara yang berlaku. persoalan yang sukar dijawab. kadangkala keraguan itu bagaikan satu kemestian pula rasanya.

orang kata masa zaman muda lah banyak perkara yang kita akan lalui. tapi satu perkara yang sangat-sangat sinonim dengan remaja dan zaman muda ialah cinta. percintaan. bercinta dan sewaktu dengannya. ramai rakan-rakan dan kenalan yang sedang berbahagia dilamun dan mungkin dilambung dengan perasaan bahagia disebabkan oleh cinta. aku tumpang gembira untuk mereka.

tapi sebenarnya cinta ini banyak mengajar manusia. sangat banyak mungkin. kerana setiap cerita cinta itu berbeza. setiap orang melaluinya mungkin.tapi jalan cerita yang lain dan berbeza-beza. ada orang yang jadi hebat kerana cinta. ada orang rasa hebat kerana cinta. dan tak ketinggalan ada yang jadi bodoh dan dungu dek kerana cinta.

cinta boleh diibaratkan macam satu perkara yang kita perlu lalui dulu,kemudian baru kita dapat rasakan nya. ia tak boleh dipelajari daripada buku atau internet. kalau kita dengar cerita cinta daripada kawan-kawan kita pun,kita masih tak akan dapat mengerti apa itu cinta. lebih kurang macam itulah ceritanya.

cuma kadangkala kita sendiri susah nak pastikan adakah perasaan yang wujud itu sebenarnya adalah yang akan kekal? yang akan berterusan hingga ke akhirnya. aku pasti ramai yang tak mampu untuk menjawab soalan ini. Ini kira macam, kau tak akan tahu selagi kau tak melalui segalanya. yang boleh hanya kepercayaan dan harapan yang diletakkan terhadap cinta itu.

aku pun bukannya pakar bidang ini. hanya tahu sedikit sahaja. dan untuk aku.perkara cinta ini sememangnya sukar dan sangat susah. mungkin bila dah sedia dan tiba masanya baru aku akan mula menulis cerita sendiri. mungkin bahagia dan gembira. tapi harap dijauhkan dari yang sebaliknya. sekarang ini banyak perkara yang perlu diuruskan terlebih dahulu. matlamat yang menunggu aku disitu. buat kawan-kawan yang yang bercinta.teruskan cerita cinta anda.aku doakan semoga berbahagia hendaknya...

yang benar,

farhannazmey

No comments: